Friday, April 27, 2012

Pangsapuri Melor, Bandar Baru Bangi

Hari tu baca blog RN nak tengok juga kenapa apartmetn ni murah. Macam tak percaya, dapat pada harga 112k pada tahun 2012 ini. Ingatkan dia bagi pangsapuri kos rendah, lantai simen, takde guard tapi bila tengok real memang mengujakan. Sila tengok foto-foto di bawah, really could not believe it. Teringat zaman nak beli Pangsapuri Cemara BSP yang pada masa tu areanya mcm hutan lagi berharga 99k for 7XX sqt.

Harga Melor ialah 112k dengan 1 covered parking.





Friday, April 20, 2012

Ayu Impian (Ayuthia) at Setia Alam - PKNS Project

2 minggu lepas sempat pergi tengok rumah contoh yang dah hampir siap, Ayu Impian ataupun dulu dikenali sebagai Ayuthia (bunyi macam sejarah). Bila masuk dalam tengok design and material dia memang much2 better daripada fasa-fasa sebelum ini. Master bedroom pulak lagi spacious daripada Ayu Prima.

Ada berita yang kurang menyenangkan bila dikhabarkan harganya ialah 570k, launch dikatakan pada bulan 5. Hopefully berita ini hanyalah rumours. Ingatkan hari tu dah happy2 sikit bila dengar harganya adalah 520k. Kena buat study lagilah nampaknya, cost benefit analysis. Macam tak boleh pergi je! Sebab rumah teres SP Setia subsale 20x70 pun now dah turun < 600k. Kalau nak sewakan pun sekarang ratenya cuma RM1300 (kosong) sebulan.


Monday, April 9, 2012

Project Sime Darby Bersebelahan Lebuh Raya Guthrie

Artikel daripada Berita Harian 09/04/2012. Yang ni 1st phase die-die must buy.

SIME Darby Property Bhd, cabang hartanah konglomerat multinasional Sime Darby Bhd, akan memajukan satu lagi projek perbandaran baru membabitkan kawasan seluas kira-kira 405 hektar di Lebuh Raya Koridor Guthrie.

Projek baru itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan Sime Darby Property sebagai pemaju hartanah perbandaran utama di negara ini. Ketika ini ia sudah pun memajukan enam projek perbandaran di kawasan berkenaan dengan jumlah keluasan 4,046.9 hektar.

Ketua Pembangunan Hartanahnya, Zulkifli Tahmali, berkata pembangunan projek yang terletak di bahagian utara Denai Alam dan bersempadan dengan Subang Bestari itu akan bermula tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh antara tujuh hingga lapan tahun.

Katanya, nilai pembangunan kasar (GDV) projek berkenaan masih belum dimuktamadkan kerana ia bakal membabitkan lebih banyak komponen berbanding Denai Alam, meliputi kawasan kediaman, komersial dan industri.

"Beberapa pembangunan baru akan dilaksanakan di bahagian atas Denai Alam termasuk projek pembandaran ini yang terletak di bahagian yang amat penting serta strategik kerana kedudukannya berhampiran lokasi kemudahan MRT di Subang Bestari.

"Golongan sasaran dan pasarannya hampir sama dengan Denai Alam. Kami akan mula menjualnya tidak lama lagi menerusi konsep 'bina dan jual’” katanya dalam temubual mengenai Sime Darby Lifestyle Collection di Subang, minggu lalu.

Tuesday, April 3, 2012

Seri Jati & Seri Baiduri, Setia Alam lagi

Hari ni call lagi SA SP Setia, I did ask about the exact date for the balloting. Bukan apa takut terlepas peluang kerana ke luar negara till 06/06. Harap2 dia tak buat on the 1st week of June tu. If yes, then nampaknya terlepas "peluang depan mata". Masih tiada kepastian on the exact tetapi SA kata bulan June.

Beberapa soalan yang aku tanyakan masih tak berjawab, antaranya:
a) Bilakah tarikhnya?
- takde jawapan

b) SP Setia Staff Allocation?
- lebih kurang satu block for Seri Jati & Seri Baiduri

c) Ada kuota Bumi/Non Bumi?
- Ada

d) Ada segregation bumi n non-bumi masa balloting?
- Ada, satu peti bumi, satu peti non-bumi alternate..so peluang cerah utk bumi

e) Discount utk bumi?
- Yang ni x jelas 7% sebab katanya atas basic. Tak tau pulak harga yg ditawarkan tu dah harga upgrade unit.

f) Bagaimana pembeli yg belum register
- Hanya pembeli yg register n dpt sms shj boleh ballot.. pembeli yg x register hanya boleh register untuk 2nd phase Seri Kasturi & Seri Intan, yg rasanya harga dah > 200k.

g) Bagaimana harga pada setiap tingkat
- Harga paling rendah adalah untuk tingkat 1-4.

h) Selain density & saiz, apakah perbezaan ketara Jati & Baiduri (JB)
- Lift Baiduri kat tengah, sementara kat hujung

i) Bilakah launch utk phase 2?
- Tidak pasti but kalau response bagus utk JB, launch utk Kasturi/Intan pada tahun ini juga.

j) Apakah plan utk new apartment di utara Jati?
- Walk-up 5 storey. So avoid beli high floor jati facing North Block 1 & 2.

k) Berapa jauh JB dari Setia City Mall?
- approximately 2km.

l) Apakah panel bank utk JB?
Based on launch March hari, it's going to be Maybank n CIMB (Subject to change)

m) Bolehkah saya beli lebih daripada satu unit
Boleh dgn syarat nama husband n wife asing. Ni peluang baik.

n) Ada tak DIBS, freebies?
TIADA!!!

I will share why we should invest (and cons) in JB (Baiduri especially) in my next post.

Seri Jati
BU: around 800sf
Price: tentatively from RM155,000 (193psf)
Additional info: 10 story with lifts, 2 carparks allocated per unit
Density: 960 units (16 units per floor x 10 floors x 6 blocks)

Seri Baiduri
BU: around 900sf
Price: tentatively from RM185,000 (205psf)
Additional info: 10 storey with lifts, 2 carparks allocated per unit
Density: 640 units (16 units per floor x 10 floors x 4 blocks)