Monday, April 9, 2012

Project Sime Darby Bersebelahan Lebuh Raya Guthrie

Artikel daripada Berita Harian 09/04/2012. Yang ni 1st phase die-die must buy.

SIME Darby Property Bhd, cabang hartanah konglomerat multinasional Sime Darby Bhd, akan memajukan satu lagi projek perbandaran baru membabitkan kawasan seluas kira-kira 405 hektar di Lebuh Raya Koridor Guthrie.

Projek baru itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan Sime Darby Property sebagai pemaju hartanah perbandaran utama di negara ini. Ketika ini ia sudah pun memajukan enam projek perbandaran di kawasan berkenaan dengan jumlah keluasan 4,046.9 hektar.

Ketua Pembangunan Hartanahnya, Zulkifli Tahmali, berkata pembangunan projek yang terletak di bahagian utara Denai Alam dan bersempadan dengan Subang Bestari itu akan bermula tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh antara tujuh hingga lapan tahun.

Katanya, nilai pembangunan kasar (GDV) projek berkenaan masih belum dimuktamadkan kerana ia bakal membabitkan lebih banyak komponen berbanding Denai Alam, meliputi kawasan kediaman, komersial dan industri.

"Beberapa pembangunan baru akan dilaksanakan di bahagian atas Denai Alam termasuk projek pembandaran ini yang terletak di bahagian yang amat penting serta strategik kerana kedudukannya berhampiran lokasi kemudahan MRT di Subang Bestari.

"Golongan sasaran dan pasarannya hampir sama dengan Denai Alam. Kami akan mula menjualnya tidak lama lagi menerusi konsep 'bina dan jual’” katanya dalam temubual mengenai Sime Darby Lifestyle Collection di Subang, minggu lalu.

3 comments:

rohaniah noor said...

menarik projek ni. harap boleh update kami di sini ya

dzirhans said...

RN mmg akan update.. cuma takut saya x terjangkau bila dgr harganya nanti...

Jay said...

sy tinggal di denai alam,mmg tgh rancak sy tgk development di area ni..laju jer diorang siapka rumah....