Friday, June 8, 2012

Selamat Pulang ke Malaysia

Alhamdulillah saya selamat tiba di bumi bertuah ini malam tadi. Rasa sayu, pilu dan terlalu sebak sewaktu hari terakhir meninggalkan tanah haram itu. Masih merindukan Kaabah sampai saat ini. Memang rindu serindu-rindunya. Di sanalah tempatnya kita lupakan hal dunia (termasuk dunia blogging hartanah) dan tempat kita beribadah 500%. I will come again one day!

Banyak juga perkara-perkara buruk yang berlaku semasa ziarah kali ini mengingatkan diri ini agar tidak megah atau sombong diri. Kita ini sama disisiNya, tidak kira miskin, kaya, pelabur hartanah mewah atau pelabur hartanah kecil-kecilan yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia risiko ini.

Rasa tersentap juga bila ada sekali tourist guide menyentuh berkenaan riba dalam membeli hartanah. Katanya dia menyewa sahaja di Istanbul sebab tak nak terlanjur dengan riba. Saya memang berjanji pada diri-sendiri sejak saat itu hanya untuk consider islamic loan. Biarlah orang kata kat belakang islamic loan negara kita tidak betul-betul islamic dan fund islamic bercampur-campur dengan fund conventional. Lagipun kalau kita dah start was-was semua benda akan menjadi haram. Wallahualam.

Saya berdoa di depan Kaabah jika halal duit saya tunjukkanlah jalannya, jika haram juga tunjukanlah dengan tanda yang jelas...

Sekadar berkongsi beberapa foto semasa ziarah ke Jordan

Laut Mati, Jordan


Ashabul Kahfi, Jordan



2 comments:

aBu said...

Selamat pulang tuan!

Nadot said...

Alaaa...seronoknye... sayu plak rase sebab teringin nak pergi sana juge.. Tp belum rezeki lg... huhuhu..