Friday, August 31, 2012

Cape Town Pt 2 - Menyusuri Puncak Table Mountain

Entry hujung minggu seterusnya adalah perjalanan menaiki Cable Car ke puncak Table Mountain. Table Mountain ni adalah prominent landmark macam KLCC jugaklah. Jadi memang tak lengkap kalau tak naik ke atas tu dan tengok 360 degree panoramic view bandar Cape Town dari atas tu. Memang kena plan betul-betul masa nak naik tu sebab perkhidmatan kabel car ni akan ditutup kalau cuaca tak mengizinkan. Salah lagi tengok juga kabus disekelilingnya, kalau banyak sangat menyeluputi awan rugilah nanti, tak nampak apa-apa sebab semuanya dilitupi kabus tebal.

Kalau dikutkan Table Mountain agak unik sebab permukaannya puncak batuannya yang rata (tengok gambar di bawah). Jadi kalau ambil gambar bandar Cape Town memang cantik sebab nampak gunung ni sebagai background.



Cabel Car ni (gambar di bawah) boleh tahan besarnya dan memuatkan lebih kurang 50 orang sekali jalan. Memang tak terasa naik atas tu sebab kurang daripada 10 minit dah sampai puncaknya. Panjangnya mungkin lebih kurang dalam 700m macam tu. Harga turun naik adalah lebih kurang RM70 untuk dewasa.





Keadaan kat atas tu memang sejuk walaupun kitaoarng pergi masa tu dah nak summer. Kalau sekali angin bertiup tu memang sampai ke tulang sejuknya. Saya sempat jalan dari hujung (town view) ke hujung gunung (lautan atlantik).




Bila sampai kat atas, memang banyak jumpa binatang-binatang pelik kat atas tu tapi mereka ni tak mesra camera. Bila nak ambik gambo je dia dah lari.



Kat atas gunung tu juga ada disediakan cafe dah toilet. Cuaca memang sejuk berangin, jadi memang rasa nak terkucil sentiasa pun ada. Kat atas tu juga ada disediakan track so memang selesa untuk berjalan. Mula-mula ingatkan kat atas tu cuma batu-batan je, sebaliknya ada juga tumbuh-tumbuhan, flora dan fauna tak tak pernah kami jumpa sebelum ini.






Thursday, August 30, 2012

Cape Town Pt 1 - Pemanduan Paling Indah Di Dunia

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, akan diselitkan juga cebisan kisah-kisah pengalaman "travelling", "food" and "running" dalam blog ini terutamanya entry pada hujung minggu. Rasanya ada yang muak juga balik-balik baca pasal property, tengok-tengok entry pasal flipping, asyik-asyik kisah motivasi nak dapat duit daripada penjualan rumah dan banyak semuanya berkisar pasal rumah dan rumah sahaja. Nampak sangatler penulis ni macam takde other life langsung.

Sebagaimana pelaburan hartanah, nak kena diversified juga, sesekali nak tengok juga pemandangan dan lokasi-lokasi dalam dan luar negeri yang cantik dalam blog ini. Nak juga makan makanan yang sedap-sedap dan enak seantero dunia. Bila dah kuat makan, kenalah masuk "running" untuk kempiskan apa yang patut. Barulah ada colourful in life namanya.

Entry pertama adalah pengalaman my travelling ke Cape Town. Subhanallah! terpegun dan teruja bila sahaja touch down ke kota indah dan natural ini. Ramai kawan-kawan yang mengatakan Switzerland atau New Zealand adalah lebih spectacular tapi tak boleh nak komen sebab belum pernah menjejakkan kaki ke negara2 ini. Kalau ada duit extra tu kami lebih gemar melancong tempat-tempat eksotik daripada tempat-tempat shopping jer! Walau apapun MALAYSIA tetap no 1.

Entry ni terpaksa saya edit dan panjangkan sikit sebab terkesan daripada komen pertama daripada En Salfhi (dah check nama dia - blog dah ada nama tapi takde entry lagi), macam baru nak start enjin, tak panas lagi dah habis dah!

Kenapa ada Pt 1? sebab kalau nak cerita semua tempat yang kami (sekeluarga) pergi memang lebih daripada 5000 perkataan. So kenalah senarainya Cape Town Pt 1 till Pt 10 mengikut ranking keindahan tempat itu mengikut pandangan dan kepala sendiri.
a) Pt 1 - Chapman's Peak
b) Pt 2 - Cable Car to the top of Table Mountain
c) Pt 3 - Cape of Good Hope
d) Pt 4 - Hout Bay
e) Pt 5 - A&V Waterfront
f) Pt 6 - Dan seterusnya

Memang ada tour semasa di Cape Town tu tapi kami sepakat untuk menyewa kereta Toyota Corolla dan memandu sendiri. Rasalah macam advantureous sikit dan tak terkejar-kejar dengan masa. Kalau mengikut offer daripada AVIS online tu sepatutnya kami dapat kete VW paling kecik sebesar Perodua Viva. Tapi untuk menjamin keselesaan, kami upgrade untuk dapakan kereta yang lebih besar sikit.

Pt 1 - Masih teringat lagi pengalaman memandu menuju ke Chapman's Peak (CP), iaitu kira-kira 9km sebelum sampai ke puncak batu-batannya setinggi 600m (source link). Chapman's Peak ni memang salah satu tempat yang paling dinanti2kan dan wajib kami singgah, on the way from V&A Watefront to Hout Bay tu. Masa nak masuk jalan dia kena tol ZAR30 (~21 masa tu), mahallah jugak utk pemanduan singkat ke puncak tu tapi the scenic view memang really worth the money.

I was like speechless sepanjang pemanduan tu, memuji ciptaan Tuhan. Terpegun dengan pemanduan tu yang dikelilingi batu-batuan cantik dan kebiruan Lautan Atlantik sepanjang barat daya Afrika Selatan. Tengoklah gambar-gambar kat bawah (gambar yang pertama tu cilok drp web link), self-explainatory keindahannya. Kalau ada sesiapa yang baca review kat intenet, CP ni merupakan salah satu the most spectacular marine drive in the world.



Terdapat beberapa stop/ tempat rehat sepanjang CP untuk berehat mengambil gambar. Kami takdelah pandai technically nak ambik gambar, camera pun murah je.




Masa nak naik tu cuaca pulak sejuk dan berangin...heaven! kelihatan juga penunggang-penunggang basikal sepanjang perjalanan tu. Hmm memang bestlah kalau dapat cycling kat area ni.


                                  

Ada jugak nampak banyak penguin sedang bermain-main air semasa meneruskan perjalanan ke Cape Point. Mula-mula ingatkan penguin ni besar tapi sebenarnya kecik kemetot je (tengok gambar kat bawah ni).




Ok cukuplah untuk mukadimah dan entry kali ini, see you next time di tempat lain pula.

Monday, August 27, 2012

EPF subsidiary completes purchase of 943ha of Rubber Research Institute land for RM2.28bil



Berdasarkan plan di atas, nampak memang mengujakan projek ini dengan township lengkap dan station MRT juga akan dibina di sini. Berbanding dengan projek-projek lain yang pernah aku tulis dalam blog ini, aku lebih berminat dengan projek di atas. Boleh dikategorikan sebagai WAJIB beli. Jadi sesiapa yang berhasrat nak beli tu, mehlah kita sama-sama berjamaah register/ atau beratur beramai-ramai untuk membelinya.

Jualannya dijangka bermula pada tahun 2013, so ada setahun lagi untuk kita kumpul duit untuk bayar downpayment.

.... Bagi pemenang Pencarian Nama Domain Berbayar tu, aku dah finalize the best 3 dan pemenangnya akan dihubungi pada 03/08/2012.


Source - thestar.com.my

PETALING JAYA: Kwasa Land Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of the Employees Provident Fund (EPF) tasked as master developer for an iconic township development, Monday announced it had finalised the purchase price of RM2.28bil for 943ha (2,330 acres) of prime Rubber Research Institute land in the heart of the Klang Valley.


"This new Kwasa Damansara township development will incorporate plans that are befitting of a city, replete with infrastructure and modern facilities, both residential and commercial, that aim to serve the entire Damansara region, if not the Klang Valley," said Kwasa Land chairman Tan Sri Samsudin Osman in a statement.

The proposed township development will create opportunities for developers and contractors to participate in developing residential and commercial properties, main infrastructures and public amenities for an expected population of 150,000, Samsudin added.

The development planning is now at an advanced stage, with the iconic township development expected to commence in 2013.

Among the key features in the design and layout plan is a development hub comprising modern residential, commercial, recreational and educational facilities.

It will also incorporate an integrated transportation system that links the township via MRT to the rest of Klang Valley. A green park will also be among the highlights of this new development.

The master plan is being finalised for submission to the Selangor State Planning Committee for approval.

"We are looking for experienced property developers with strong track record and who have successfully completed developments with a high Gross Development Value (GDV) for the past two to three years," Samsudin said.

 

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya, Maaf Dzahir Batin

Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Dzahir Batin. Jika ada tulisan-tulisan sebelum ini yang mengguris mahupun menyebabkan ada yang terasa hati, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.

Sebagaimana tuan punya blog yang bercuti selama seminggu, kerana kekangan jaringan tanpa wayar di kampung, nampak gayanya blog ini pun bercuti selama seminggu.

Bagi sesiapa yang memandu pulang ke kampung tu, pandulah dengan cermat, walaupun sampai lewat, asalkan semuanya selamat...

Tuesday, August 14, 2012

Sayu & Hiba bersama Iklan BERNAS





Rasanya ramai dah tengok iklan BERNAS ni. Bagi yang belum berkesempatan melihatnya dicadangkan tengoklah puas-puas, yang 7 minit punya version. Yang perempuan tu sediakan tisu dulu takut-takut air mata tumpah membasahi karpet. Simpan-simpanlah air mata tu masa pagi raya nanti.

Aku baru tengok semalam dan hati yang memang tak berperasaan aku ni boleh tersentuh, hiba dan sayu. Melihat 3 orang anak-anakku sedang leka main IPAD, Iphone & S3 merasakan bertuahnya mereka, masih mempunyai ibu bapa dan dikurniakan fizikal yang cukup sifat.



Monday, August 13, 2012

Southville City, Bangi By Mah Sing

Seperti yang dinyatakan dalam beberapa surat khabar utama, salah satu developer tersohor di Malaysia, Mah Sing “has landed in Bangi”. Nampaknya semakin rancaklah pembangunan di kawasan berdekatan Bangi Lama ni. Kalau sebelum ini kita dengar UEM dah beli tanah daripada Inch Kenneth Kajang Rubber Public Ltd Company dan Trans Loyal pula sedang hebat membangunkan Bangi Avenue. Ini tak termasuk lagi dengan pembangunan yang telah sedia ada di dalam lingkungan sekitarnya.

Bagi yang ingin mengetahui dimanakah lokasinya, silalah rujuk gambar kat bawah ni (source Bursa Malaysia).

Aku kiranya agak berminat juga dengan projek ini kerana diberitakan Mah Sing akan membina a new interchange dari projek Southville City untuk direct access ke Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Kedudukannya adalah 2.5km ke selatan plaza tol sedia ada (Bangi). Mungkin exit plaza ni akan dinamakan Exit Southville City. Barulah terasa-rasa macam duduk kat UK semasa musim panas. Kalau jadilah exit baru ni, sudah tentunya akan menguntungkan projek-projek perumahan berdekatan. Tidak perlulah lagi ikut jalan zig zag ke UKM tu ataupun kena keluar ikut Bandar Seri Putra.

Mengikut perancangannya, pembangunan township ini akan mengambil masa selama 5 tahun. Fasa pertama dikhabarkan akan launch pada akhir tahun ini dengan pembinaan rumah double storey GnG pada harga permulaan 530k. Boleh tahan harga first phase dah > 500k.





Wednesday, August 8, 2012

Seri Jati Seri Baiduri Setia Alam - Latest Updates

Proses menandatangani SPA bagi pembeli-pembeli Pangsapuri Seri Baiduri telah bermula sejak minggu lepas. Surat-surat telah dihantar oleh pihak SP Setia mengikut batch-batch terawal. Ada beberapa orang sahabat-sahabat telah mendapat surat untuk menandatangani SPA dan seterusnya membayar balance deposit 10% tempoh hari. Proses tandatangan ini dengarnya akan mengambil masa sebab unit-unit yang ditawarkan pun boleh tahan banyaknya.

Saya ada tanya juga SA Sp Setia mengenai Seri Jati, dijangkakan batch pertama akan menerima surat pada akhir Ogos ini. Harapnya akan delay sehingga September sebab masalah loan saya masih tak selesai lagi.

In my previous posting, saya ada nyatakan yang saya apply 3 bank sahaja sebab 3 bank ini jer yang offer Islamic Loan. Tiada yang indah mengenainya selain khabar duka belaka:
a) Bank pertama dah tolak permohonan saya sebab kuotanya sudah penuh.
b) Bank kedua pada mulanya kata boleh ambik permohonan, end up kata dia bukan panel.
c) Loan lepas dengan Bank ketiga tapi dengan margin 70%. Maksudnya saya harus sediakan cash 50k untuk deposit.

Saya masih try negotiate dengan bank ketiga tu dan harapnya boleh lepas juga 90%. Kalau tak, memang dilema sama ada nak withdraw or proceed dgn 50k tu.

Inilah salah-satu masalah utama dan kekecewaan pelabur hartanah, bila peluang telah terbentang depan mata tetapi loan bermasalah pula. Apapun kita hanya mampu merancang dan berusaha, rezeki semua Allah yang menentukan.


Tuesday, August 7, 2012

DwiPutra Presint 15, Putrajaya - CSRU Unit

Seminggu dua ni entry berkenaan DwiPutra Putrajaya agak hot pulak. Walaupun launching date dia dah lama, tapi 'hit' nya naik baru-baru ini. Tertanya-tanya jugak apakah sebabnya, adakah developer bagi diskaun 10% lagi ataupun ada offer-offer baru lain yang menarik.

Sehinggalah 2 seorang sahabat datang approach tanya OK tak beli kondo ni. Sambil tu dia cucuk-cucuk nak apakah exit strategy creative saya untuk projek ini sebagaimana yang saya mention dalam blog ini dulu. Lepas tu ada juga beberapa komen menyatakan ada potential buyer yang baru dapat offer letter untuk unit-unit CSRU ini. Tahniah saya ucapkan kepada mereka-mereka yang berjaya ni. Buat mereka yang tak tahu lagi, cepat-cepatlah register kat Kementeriam Kerja Tanah Wilayah Persekutuan.

Bagi sesiapa yang tak tahu CSRU unit ni. Ia merupakan discount sebanyak 25% kepada kakitangan kerajaan yang ingin membeli rumah di Putrajaya. Discount diberi secara terus, maksudnya harga di SPA memang dah siap-siap tolak discount ni. Kelayakkan adalah secara merit dan salah-satunya kriterianya  adalah seniority, so lagi senior lebihlah peluang untuk dapat unit kat situ.

Kalau sapa2 tak tahu jugak berapa 25% tu, untuk rumah DwiPutra berharga 400k, discount yang diberikan adalah 100k. Banyak tu! Tapi ada syaratnya harta yang dibeli itu tidak boleh dijual selama 20 tahun tanpa kelulusan pihak tertentu. Memang ada kaveat! Kalau nak jual juga, kena pulangkan discount minus selama mana tahun kita hold untuk jual.

Ada satu lagi yang tak menariknya untuk unit-unit CSRU DwiPutra ini sebab unit-unit ini tak dapat kelebihan DIBS. Kalaulah ada DIBS dengan discount 25% esok juga saya merayu kat Kementerian Wilayah tu utnuk secure a unit there.

Monday, August 6, 2012

2012 Buffet Ramadhan Chakri XPress Alamanda

Kami sekeluarga berbuka puasa kat luar hari ini. Kali ini sempena "Hari Jadi Mem Terchenta". Puaslah juga memikirkan kat mana portnya, sampailah akhirnya we all decide to give Chakri Xpress, Alamanda a try. Harga buffet bermula RM56++ dan yang paling best budak-budak bawah 10 tahun FREE. So anak-anak yang 3 orang tu makan percuma.

Orang tak berapa ramai, mungkin mood bercuti nuzul al'quran, ramai yang mengambil peluang berbuka di kampung. Mula-mula tu aku dok memilau cari kek hari jadi ni. "Oh My English - OMG ", cari Pavlova seluruh Alamanda, sayangnya tak nampak bayang pun. 2nd option cari Red Velvet Cake pun takde. Nampak tak up-to-date betullah Alamanda ni. Terpaksalah tangguh acara makan kek ni and kena beli pulak kat Delicious esok.

Seperti biasa Thai Food memang one of our favourite Target pertama adalah "sireh thai" seperti dalam gambar kat bawah. Seterusnya merasa tomyam + cili yang superb. Then barulah ambik makanan-makanan lain seperti kerabu mangga, ikan 3 rasa, butter prawn dan desert.






Saturday, August 4, 2012

Bangi Avenue by Trans Loyal

Boleh refer kat LINK ni untuk review projek ni.

Malam tadi ada meeting untuk finalize aktiviti-aktiviti bagi pengisian projek reunion pada bulan September nanti. Salah-satu aktivitinya nanti sudah pastinya dengan terpaksa rela, saya wajib mengadakan sesi mengenai "pelaburan hartanah menjana pendapatan lumayan". Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal juga, ada seorang member rasa nak upgrade from apartmen kepada teres. Budgetnya lebih kurang RM300k++.

Lalu saya cadangkan projek Bangi Avenue di Bangi Lama. Saya tidak berapa pasti the exact location tetapi diberitahu ia berdekatan dengan KTM Komuter Bangi. Bangi Avenue merupakan FREEHOLD development. Saya belum lagi sempat untuk pergi ke sales office untuk melihat dengan lebih lanjut the whole development dan membuat penilaian mengenai potensinya tetapi sempat telefon SA tadi. Dinyatakan oleh SA fasa kali ini merupakan yang ke 4.

Keluasan tanah adalah 20x70 dengan keluasan yang agak besar 2140sqt, mungkin dia fully utilize keluasan tanah sehingga tak banyak lebihan tanah di bahagian belakang. Harga non bumi adalah 388k dan 360k untuk bumi. Developer tak bagi banyak offer selain yuran guaman SPA.

Jadi siapa-siapa yang berminat memang kenalah fork-out 10% = 36k atau 5% = 18k untuk bank yang boleh offer 95% margin + MOT = 6k++. Berdasarkan kiraan biasa, average monthly installment adalah RM1500 dengan keperluan minimum nett income adalah RM2300 (DSR 70%)







Thursday, August 2, 2012

Setia Eco Glades Cyberjaya - Project Preview

It's everyone's dream to live by the lake but it will be PERFECT if you can afford a home in the great ISLAND.

I went to the Setia Eco Gales (SEC) project preview and it's easy for me to fall in love with this development. I have never fall in love with women at first sight but now I tend to firmly believe I am really in love with this township. SEC does offer a fairy tale like stay in her eight island. I would say the preview launch event was well attended mostly by chuyuk. I overheard one conversation that there are already 150 people registered for balloting unit in The Glades Island. I saw one malay kakak standing next to me has registered for a Bungalow unit. I pray for her to secure a unit there.

Yeahh... I have to admit all the pretty faces need a high-maintenance and all good things come with a price. I did not check the price for Bungalow & Semi-D as they are beyond my reach but for entry level Linked-Villa (LV) starts from the investor-friendly price, 1.1mil (and 1.2mil for unit in the Island). The build-up for LV is 29XX sqt and the land is 26x95. One banker did a calculation to me and the monthly installment for LV, will be around RM4500. This is only the beginning and we could expect the price will keep on increase further for the next launches.