Saturday, August 4, 2012

Bangi Avenue by Trans Loyal

Boleh refer kat LINK ni untuk review projek ni.

Malam tadi ada meeting untuk finalize aktiviti-aktiviti bagi pengisian projek reunion pada bulan September nanti. Salah-satu aktivitinya nanti sudah pastinya dengan terpaksa rela, saya wajib mengadakan sesi mengenai "pelaburan hartanah menjana pendapatan lumayan". Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal juga, ada seorang member rasa nak upgrade from apartmen kepada teres. Budgetnya lebih kurang RM300k++.

Lalu saya cadangkan projek Bangi Avenue di Bangi Lama. Saya tidak berapa pasti the exact location tetapi diberitahu ia berdekatan dengan KTM Komuter Bangi. Bangi Avenue merupakan FREEHOLD development. Saya belum lagi sempat untuk pergi ke sales office untuk melihat dengan lebih lanjut the whole development dan membuat penilaian mengenai potensinya tetapi sempat telefon SA tadi. Dinyatakan oleh SA fasa kali ini merupakan yang ke 4.

Keluasan tanah adalah 20x70 dengan keluasan yang agak besar 2140sqt, mungkin dia fully utilize keluasan tanah sehingga tak banyak lebihan tanah di bahagian belakang. Harga non bumi adalah 388k dan 360k untuk bumi. Developer tak bagi banyak offer selain yuran guaman SPA.

Jadi siapa-siapa yang berminat memang kenalah fork-out 10% = 36k atau 5% = 18k untuk bank yang boleh offer 95% margin + MOT = 6k++. Berdasarkan kiraan biasa, average monthly installment adalah RM1500 dengan keperluan minimum nett income adalah RM2300 (DSR 70%)







10 comments:

salfhi said...

Potensi bgs utk flip?

dzirhans said...

Belum tgk lagi the whole development. Harga masih boleh tahan

Matjoe said...

harga masih masuk akal dan mampu milik.

bty, i think anon komen tu spam.

dzirhans said...

Ok Matjoe.. Bolehlah tangkap 1..

Anonymous said...

Jauh ke dalam rasanya taman ni

dinsblog said...

masih ada lagi ke...mcm menarik

dzirhans said...

Masih ada lagi..

dzirhans said...

Xdelah jauh sgt drp entrance from kuil Bangi Lama.

bangiguy said...

PLEASE SHARE TO ALL DON'T BUY OR BOOK THIS BANGI AVENUE PROJECT @ BANGI LAMA ..... PEOPLES HELP PEOPLES.

bangiguy said...

LADANG BANGI NAK TUKAR MENJADI BANGI AVENUE... TETAPI PEKERJA2 LADANG BANGI YANG TINGGAL SELAMA LEBIH 4 GENARASI DIPAKSA & DIBERI NOTIS MAHKAMAH UNTUK KELUAR/KOSONGKAN TEMPAT TERSEBUT TANPA SEBARANG RUNDINGAN OLEH PEMAJU InP, Sime & SP Setia.
PLEASE SHARE TO ALL DON'T BUY OR BOOK THIS BANGI AVENUE PROJECT @ BANGI LAMA ..... PEOPLES HELP PEOPLES.