Thursday, August 30, 2012

Cape Town Pt 1 - Pemanduan Paling Indah Di Dunia

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, akan diselitkan juga cebisan kisah-kisah pengalaman "travelling", "food" and "running" dalam blog ini terutamanya entry pada hujung minggu. Rasanya ada yang muak juga balik-balik baca pasal property, tengok-tengok entry pasal flipping, asyik-asyik kisah motivasi nak dapat duit daripada penjualan rumah dan banyak semuanya berkisar pasal rumah dan rumah sahaja. Nampak sangatler penulis ni macam takde other life langsung.

Sebagaimana pelaburan hartanah, nak kena diversified juga, sesekali nak tengok juga pemandangan dan lokasi-lokasi dalam dan luar negeri yang cantik dalam blog ini. Nak juga makan makanan yang sedap-sedap dan enak seantero dunia. Bila dah kuat makan, kenalah masuk "running" untuk kempiskan apa yang patut. Barulah ada colourful in life namanya.

Entry pertama adalah pengalaman my travelling ke Cape Town. Subhanallah! terpegun dan teruja bila sahaja touch down ke kota indah dan natural ini. Ramai kawan-kawan yang mengatakan Switzerland atau New Zealand adalah lebih spectacular tapi tak boleh nak komen sebab belum pernah menjejakkan kaki ke negara2 ini. Kalau ada duit extra tu kami lebih gemar melancong tempat-tempat eksotik daripada tempat-tempat shopping jer! Walau apapun MALAYSIA tetap no 1.

Entry ni terpaksa saya edit dan panjangkan sikit sebab terkesan daripada komen pertama daripada En Salfhi (dah check nama dia - blog dah ada nama tapi takde entry lagi), macam baru nak start enjin, tak panas lagi dah habis dah!

Kenapa ada Pt 1? sebab kalau nak cerita semua tempat yang kami (sekeluarga) pergi memang lebih daripada 5000 perkataan. So kenalah senarainya Cape Town Pt 1 till Pt 10 mengikut ranking keindahan tempat itu mengikut pandangan dan kepala sendiri.
a) Pt 1 - Chapman's Peak
b) Pt 2 - Cable Car to the top of Table Mountain
c) Pt 3 - Cape of Good Hope
d) Pt 4 - Hout Bay
e) Pt 5 - A&V Waterfront
f) Pt 6 - Dan seterusnya

Memang ada tour semasa di Cape Town tu tapi kami sepakat untuk menyewa kereta Toyota Corolla dan memandu sendiri. Rasalah macam advantureous sikit dan tak terkejar-kejar dengan masa. Kalau mengikut offer daripada AVIS online tu sepatutnya kami dapat kete VW paling kecik sebesar Perodua Viva. Tapi untuk menjamin keselesaan, kami upgrade untuk dapakan kereta yang lebih besar sikit.

Pt 1 - Masih teringat lagi pengalaman memandu menuju ke Chapman's Peak (CP), iaitu kira-kira 9km sebelum sampai ke puncak batu-batannya setinggi 600m (source link). Chapman's Peak ni memang salah satu tempat yang paling dinanti2kan dan wajib kami singgah, on the way from V&A Watefront to Hout Bay tu. Masa nak masuk jalan dia kena tol ZAR30 (~21 masa tu), mahallah jugak utk pemanduan singkat ke puncak tu tapi the scenic view memang really worth the money.

I was like speechless sepanjang pemanduan tu, memuji ciptaan Tuhan. Terpegun dengan pemanduan tu yang dikelilingi batu-batuan cantik dan kebiruan Lautan Atlantik sepanjang barat daya Afrika Selatan. Tengoklah gambar-gambar kat bawah (gambar yang pertama tu cilok drp web link), self-explainatory keindahannya. Kalau ada sesiapa yang baca review kat intenet, CP ni merupakan salah satu the most spectacular marine drive in the world.



Terdapat beberapa stop/ tempat rehat sepanjang CP untuk berehat mengambil gambar. Kami takdelah pandai technically nak ambik gambar, camera pun murah je.




Masa nak naik tu cuaca pulak sejuk dan berangin...heaven! kelihatan juga penunggang-penunggang basikal sepanjang perjalanan tu. Hmm memang bestlah kalau dapat cycling kat area ni.


                                  

Ada jugak nampak banyak penguin sedang bermain-main air semasa meneruskan perjalanan ke Cape Point. Mula-mula ingatkan penguin ni besar tapi sebenarnya kecik kemetot je (tengok gambar kat bawah ni).




Ok cukuplah untuk mukadimah dan entry kali ini, see you next time di tempat lain pula.

9 comments:

salfhi said...

Rasa mcm gear stuck.. Blm smpat msk gear 2, dh stopkn kete.. Hehe.. Pdk sgt citenye

dzirhans said...

Oklah tu kawe budak baru belajar.. Baru nak try tulis ..lol

salfhi said...

Waduh.. Dh kna siasat la pulak he3.. Well, i have 2 meet i'm x a writer but i luv 2 read a lot.. :b Peace bro!!

salfhi said...

Waduh.. Dh kna siasat la pulak he3.. Well, i have 2 meet i'm x a writer but i luv 2 read a lot.. :b Peace bro!!

Halif Mohamad said...

Ho ho ho.setuju.belum sampai klimaks stuck tetiba. hehe

salfhi said...

meet? meet=admit

dzirhans said...

Mukadimah je tu..Kita simpan klimaks masa Pt10 nanti.

powercube said...

Yeah lah.. Br nak climax tetiba stop. Anyway aku faham sbb u r very good in time management. Banyak kerja and perkara2 lain for u to pickup. And of courselah tak sempat nak spend 2-3 hours just to do writing kan :-). Pe pun Yg penting cerita sampai dan boleh kasi share. Keep up ur sharing my prennnn

dzirhans said...

TQVM