Tuesday, August 7, 2012

DwiPutra Presint 15, Putrajaya - CSRU Unit

Seminggu dua ni entry berkenaan DwiPutra Putrajaya agak hot pulak. Walaupun launching date dia dah lama, tapi 'hit' nya naik baru-baru ini. Tertanya-tanya jugak apakah sebabnya, adakah developer bagi diskaun 10% lagi ataupun ada offer-offer baru lain yang menarik.

Sehinggalah 2 seorang sahabat datang approach tanya OK tak beli kondo ni. Sambil tu dia cucuk-cucuk nak apakah exit strategy creative saya untuk projek ini sebagaimana yang saya mention dalam blog ini dulu. Lepas tu ada juga beberapa komen menyatakan ada potential buyer yang baru dapat offer letter untuk unit-unit CSRU ini. Tahniah saya ucapkan kepada mereka-mereka yang berjaya ni. Buat mereka yang tak tahu lagi, cepat-cepatlah register kat Kementeriam Kerja Tanah Wilayah Persekutuan.

Bagi sesiapa yang tak tahu CSRU unit ni. Ia merupakan discount sebanyak 25% kepada kakitangan kerajaan yang ingin membeli rumah di Putrajaya. Discount diberi secara terus, maksudnya harga di SPA memang dah siap-siap tolak discount ni. Kelayakkan adalah secara merit dan salah-satunya kriterianya  adalah seniority, so lagi senior lebihlah peluang untuk dapat unit kat situ.

Kalau sapa2 tak tahu jugak berapa 25% tu, untuk rumah DwiPutra berharga 400k, discount yang diberikan adalah 100k. Banyak tu! Tapi ada syaratnya harta yang dibeli itu tidak boleh dijual selama 20 tahun tanpa kelulusan pihak tertentu. Memang ada kaveat! Kalau nak jual juga, kena pulangkan discount minus selama mana tahun kita hold untuk jual.

Ada satu lagi yang tak menariknya untuk unit-unit CSRU DwiPutra ini sebab unit-unit ini tak dapat kelebihan DIBS. Kalaulah ada DIBS dengan discount 25% esok juga saya merayu kat Kementerian Wilayah tu utnuk secure a unit there.

9 comments:

Anonymous said...

Ada lagi CSRU unit? how to apply?

Anonymous said...

Ade lagi ke unit yg available?
ape 'exit strategy creative' yg bro sarankan kalu kawe nak flip umah nii..? mohon pencerahan?

dzirhans said...

Pergi ke Kementerian Jawatankuasa Tanah WP register utk Csru.

dzirhans said...

Ada lagi kot. Bro exit strategy ni bila kita x dpt flip and sewa pun cash flow negative >50%.

Kawe nak try buat business dgn unit tu.

alie said...

CSRU is only applicable for government servant right ?

dzirhans said...

Yes CSRI is only mean for government servant

Anonymous said...

1weeks before raya aritu pegi sales opis dah 85% sold. Still tggu unit yg xlepas loan open blk hehe...bleh tahan jugak waiting list utk unit2 feveret nii....

nisa said...

apa maksug DIBS not apply 4 csru unit ye?...

dzirhans said...

U kena still kena byr progressive interest utk CSRU.