Saturday, September 22, 2012

Bercuti dan Cari Makan sampai ke Ipoh

Sempena cuti Hari Malaysia hari tu, aku sekeluarga sempat bercuti-cuti Malaysia ke Ipoh. Mungkin ada yang tanya kenapa Ipoh, apa specialnya Ipoh ni....kenapa tidak ke Pangkor, Langkawi, Sabah, Cherating atau Penang?

Tujuan utamanya adalah untuk join reunion kawan-kawan lama dan Ipoh dipilih sebab lokasinya yang strategik berada di tengah-tengah antara Penang & KL. Nampaknya dapat ditekankan disini, faktor lokasi bukan sahaja penting untuk "flipping" tapi juga penting sebagai lokasi reunion. Kalau dah namanya flipper tu nak juga masuk point-point flipping tu.

Sebab lainnya adalah disebabkan Lost World of Tambun memang sesuai sangat untuk anak-anak aku yang 3 orang tu. Diaorang memang sangat happy, kalau tak takkan tak sedar tiba-tiba dah pukul 5pm.

Seperti biasa kalau dah sampai Ipoh tu, tak sahlah kalau aku tak pergi 3 tempat kat bawah ini.

a) Nasi Ganja - entah kenapa aku rasa kali ini kas-kas dia macam kureng sikit.


Nampak je dah tau sedap dan menyelerakan. 


The Signature Ayam Merah dia.


Memang tak pernahnya kosong. FULL HOUSE!

b) My Favourite SOYA - Funny Mountain. Funny Mountain memang tak pernah mengecewakan sejak dulu. Kali ini dia dah upgrade kedainya. Nampak lagi besar, bersih dan selesa. Kali ni aku mintak soya kurang manis.


Bertong-tong taufu fa habis dalam sekelip mata.
Kedai dah cantik sekarang. 

c) Kampung Kacang Puteh - Bagi mereka yang minat kekacang, maruku dan yang sewaktu dengannya. Kat sini memang heaven!

Pening nak pilih yang mana satu!


Boleh beli untuk stock 3 bulan.


First time try maruku ni



4 comments:

salfhi said...

Funny mt tu bkn kdai cina ke?

dzirhans said...

Haah kedai cina

Matjoe said...

mertua aku kt ipoh and i've heard alot about nasi ganja, but have no idea where it is. ada gps coordinate tak, nk try sekali bila balik ipoh

dzirhans said...

Kedai ni tumpang Kat Kedai Makan cina Yong Suan. Aku guna Iphone Map jer.. Sure jumpa.