Thursday, September 6, 2012

Loan Documentation - Part 2

Mungkin telah disuratkan yang aku ni memang jenis yang masih tak akan berpuas hati kalau ada kekurangan sana-sini. Terutama kesilapan yang menyebabkan ada masa dan kos terbuang. Ada yang dah baca my previous entry berkenaan keperluan dokumen-dokumen untuk memohon pinjaman dan ada juga yang komen senarai itu memang lengkap dan terbaik.


Boleh refer balik entry Loan Documentations ni.

Mula-mula tu, aku ingatkan list tu dah 120% complete. Memang confident, siap share & post lagi senarai-senarai yang kononnya lengkap tu dalam blog ni. Malangnya berdasarkan feedback banker masa apply loan Ayu Impian(AI) & Seri Jati (SJ), alahai kecewanya, banyak lagi additional info kena bagi kat banker.

My main my objective masa buat entry tu adalah agar bank boleh terus proces application dan loan akan cepat diluluskan. Malangnya setiap kali tu juga, bank tu akan call at least 2 kali or sms balik for further info. Aku apply 4 bank for AI dan 4 bank for SJ, at least 16 kali aku kena call balik, e-mail or sms. Yang lucunya sebab dah banyak sangat contact sana sini, ada sekali tu banker from Al-Rajhi call, aku terdengar macam RHB, then aku ON-kan jer dan terus set appointment. Then bila banker tu datang, aku jadi blur, pesal apa orang Al-Rajhi yang datang ni? The next thing, tak mau tidak, aku terpaksa berlakon as if like takde apa-apa yang berlaku. Dalam hati gelak tak hengat!

Kalau ada sesiapa perasan sekarang ni nak apply loan, memang sangat ketat peraturannya. Lepas budget 2013 nanti tak taulah macamana keadaanya. Aku bercakap bagi pihak diri aku sendiri yang % DSR-nya cukup-cukup makan paras leher. Bagi pembaca yang DSR < 50%, tak payahlah baca sebab pejam mata, esoknya sesedar bank dah boleh bagi lulus pinjaman!

Kebanyakkan bank-bank ni mintak additional info di bawah sebab application form tu pun, banker jugak yang isi sendiri, kita tinggal sign je. Next time aku nak prepare and type siap-siap masa apply loan bank ni.

a) Permanent Address, No of Dependant, Length of Service, Taraf Pendidikan, Nama dan Alamat Majikan & No Telefon General Line

b) Spouse Details – Nama, Alamat Majikan & No Telefon General Line, Gross Income

c) Personal/ Emergency Reference, Contact – Nama, Address, No Phone

d) Kalau sesiapa yang dah print CCRIS tu, mungkin perasaan setiap loan kita takde info mengenai monthly installment. Mungkin sebab aku ada existing 1 loan kereta & rumah dalam jumlah yang agak besar, semua bank nak mintak berapa monthly installment. Ada jugak yang mintak 1st page setiap offer letter loan tu yg menunjukkan kita punya monthly installment.

17 comments:

wakif said...

Normally aku buat satu summary tentang semua loan yg aku ada dan berapa installment sebulan plus rental income utk setiap rumah yg aku ada...

narfey said...

@wakif: summary tu disertakan dgn dokumen apa?

fauzirasta said...

bro,

agreed with your statement...aku punya AI loan documentation pun bank minta byk kali, siap kena amik gambar n email wife punya Master cert la, aku punya current slip gaji la although apply under wife name, CCRIS report lagi, mmg bank strict skrg ni especially DSR yg cukup2 makan...

salfhi said...

Bank cma nk tau komitmen blnan kta je, dgn summary suppose dh ok.. Tp dh thp mntak surat yg mnyatakn ansuran blnan utk existing loan, tu xtau le.. Requiremnt baru utk supporting doc? Mcm2 la hai skrg ni..

dzirhans said...

Good suggestion bro!

dzirhans said...

Yg ni Wakif kena jwb.

Sbb saya xdelah byk rumah sewa.

dzirhans said...

Kalau baca paper loan application increase tapi rejection rate meningkat > 40%.

Matjoe said...

been a while tak apply loan. segala macam mak nenek dia tapis rupanya. thanks for sharing the info.

aku rasa aku faham apa yg wakif maksudkan, buat summary on the document yg kita sertakan. attach sekali loan offer + tenancy argee, tu fully prove we can make income dan of course the bank statement yang duit sewa tu masuk dekat akaun kita

MySham said...

sekarang ni memang banyak info dan supporting document yang bankers nak.

Mcm aku yang DSR bukan setakat cukup makan...tapi dah ter'over' lagi lah teruk.

Lepas bank inform DSR terlebih, slow talk dengan OIC...semak satu-satu jumlah komitmen yang dia orang kira. Banyak kali kiraan dia orang terlebih..jadi kena carik LOs yang dulu-dulu sebagai bukti jumlah installment sebenar.

Ada jugak OIC nak kerja senang, suggest wife jadi co-borrower. Tapi dengan tegas kata tak nak...nanti wife pulak kena follow LTV 70% bila nak guna nama dia beli rumah.

Halif Mohamad said...

Fuh!! dengar ni yang risau takut loan dgn Bank Islam tak lepas. hehe. By the way, bro dzirfan, bro kerja swasta ke gomen? nak tahu sebab nak tanya soalan berkenaan gomen loan.. boleh ke kita pinjam bank n setelkan hutang yang dah dibuat dengan gomen?

Omar Gold Realty said...

OK, nak juga dpt kan jwpn super-muktamad dari soalan en Halif di atas.

saya tanya abg ipar keje gomen, di ckp 'BOLE' dgn syarat bank bg consent letter. tu je jwpn dia...ada sapa yg pernah buat ke and bole verify?

dzirhans said...

Saya kerja swasta but ada pengalaman jual rumah government loan...

Jawapannya 200% boleh..!

powercube said...

Ada juga try guna teknik tenancy agreement utk increase my wife punya income. But that rented house S&P is under my name. Problem lah & Banker tak accept. Banker nak name in tenancy agreement is same in S&P rumah tu. Mean only can increase my income.

ruchan said...

ok maybe soalan saya tak sama.

saya nak guna bank loan dulu.[sbb bank loan lebih senang nak urus and value tinggi]
lps tu saya nak tukar kpd gomen loan.
[kira gomen akan byr settlement kt bank, and saya dpt guna gomen loan yg interest lg rendah]

bole ke?

dzirhans said...

Peliknya approach ni, ada ke org buat?

Btw soalan ni dah tahap tinggi, kena tanya pegawai pinjaman kerajaan.. Hehehe

salfhi said...

Utk kes mcm ni(ala refinance tp dgn gov loan) sya pnh bca kt wbsite.. Blh buat.. Cma 1 nasehat sya, cari lwyer yg blh sbmit application+doc ke putrajaya tu.. Kalo buat sndiri mmg ada hrapan sakit ati dealing wif gov staff.. My 2¢ based on my kin xprience

Halif Mohamad said...

Thanks bro coz answering my Q