Sunday, September 9, 2012

Matta Fair 2012



Sebenarnya dah lama benar dah, tak pergi ke MATTA Fair ni. Salah satu sebabnya mungkin kerana tak berapa gemar nak mengharung lautan manusia di situ bersama budak-budak dan juga berkemungkinan berdepan traffic jam ke PWTC. Kenapalah dia tak buat kat KL Convention Center jer, memang convenient kalau diadakan kat situ.

Seperti yang tertera pada foto di atas tu, MATTA Fair kali ini berlangsung pada 7 - 9 Sept 2012. Tak tahu pulalah MATTA kali ini adalah yang ke berapa untuk tahun ini sebab takde kepentingan sangat jadi kami tak ambik port sangat.

Untuk hari ini, seusai sarapan pagi di rumah dan seawal 8.30 pagi kami memandu terus ke PWTC. Budak-budak semua kena tinggal kat rumah. Ingatkan kami yang terawal, tapi bila nak masuk tu, alahai ramainya umat (lihat foto di bawah). Walaupun ramai orang, keadaan memang terkawal, tahniah diucapkan buat pihak organizer.




Aku takdelah selalu sangat melancong ni, mungkin disebabkan faktor masa dan kos. Sejak ada anak yang bersekolah rendah ni, memang kena plan pergi pada musim cuti sekolah jer. Bila pergi masa cuti sekolah ni pula faham-faham jerlah, semuanya "peak season" dan you have to pay a premium price for that. Walaubagaimanapun, untuk cuti panjang bulan Nov/ Dec, kebiasaannya aku akan bawak anak-anak bercuti juga sama ada dalam (at least Port Dickson) dan kalau ada duit lebih extra flipping tu, melanconglah kami ke luar negera. Selalunya aku memang allocate siap-siap, 5% duit untung flipping tu untuk budget melancong ni. Kalau tidak, nak kena korek duit gaji bulanan or saving tak best pulak rasanya.


Creative - Out of the box decoration

Kami cuma fokus pada 3 destinasi-destinasi di bawah sahaja sebab memang dah plan pun nak pergi untuk cuti Nov/Dec ni.. So prosesnya memang pantas dan by 12.30pm kami dah start memandu pulang.

Damage done at today's MATTA.
a) Entrance Ticket - Legoland JB
Rasanya ramai dah beli tiket dengan harga diskaun sebelum ini. Harga kat MATTA adalah RM96 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. Kami pun borong tiket-tiket untuk sekeluarga (open ticket till March 2012), sebab agak murah berbanding online published price RM140 Dewasa dan RM110 untuk kanak-kanak. Aku tengok senarai pembeli dah beribu-ribu orang beli tiket tu, I guess it's a good business for Legoland dan Johor Bahru indirectly.

b) Hotel Grand Lexis, Port Disckson.
Bila tengok entry gadis cun lagi seksi ni, dan tengok private pool tu memang teruja sungguh. Tapi kalau pergi bulan Dec tu memang peak season dan kalau beli online tak berbaloi langsung, sebab sangat-sangat mahal. Kalau ada goverment discount pun berapalah sangat dapatnya pun. Tapi dengan promosi MATTA 25% dan harga nett, memang sangatlah berbaloi. Kami pun book untuk satu malam.

c) Hotel & Entrance Ticket, Disneyland Hong Kong
InsyaAllah kalau diizinkan Allah dan diberi kesihatan yang baik, kami sekeluarga akan melancong ke Hong Kong bulan November nanti. Air Fare dah beli lama masa promotion Air Asia dulu, memang murah sangat. Now tengah nak cari ticket ke Hotel Disneyland. Takdelah banyak beza sangat harga online hotel/entrance fee dengan harga MATTA ni. Tapi sebab dah alang kepalang kat situ, kami pun beli jelah.

Selain itu kami juga survey percutian adik-beradik/keluarga ke Sabah tahun depan. Just nak tengok apakah aktiviti-akviti yang menarik yang boleh dilakukan at Sabah tu nanti. Termasuklah juga survey-survey harga air fare ke negara-negara Eropah, so far yang termurah adalah Qatar Air. Yang ni bukan projek masa terdekat, tengoklah nanti tapi kalau aktiviti flipping yang dirancangkan mendatangkan hasil yang diharapkan tahun depan, sampailah kami ke sana nanti.


4 comments:

Halif Mohamad said...

itula, saya pun akan sampai masanya macam bro. kena planning bila nak bercuti. Sedang menanti kelahiran anak kedua pula. :)

dzirhans said...

Tahniah...

Sementara anak-anak belum bersekolah tu, tak kisah sangat bila nak pergi bercuti, sebab tiada kekangan cuti sekolah anak.

xenogearz said...

For the Legoland JB tu, currently ada a few promotions via:

i) Dutch Lady
ii) Munchy's

Both promotions are a free single-day child ticket (RM110) for every purchase of a full-priced adult ticket of RM140. So, if anak you 2 orang and you pergi with your wife, you'll only pay RM280 instead of RM332. That's a discount of RM52! Just my 2 cents.

dzirhans said...

Thank you for the info.

It's a good deal too!