Saturday, September 29, 2012

Menginap Di Joy Chalet, Bota Perak

Dari sehari kesehari nak buat entry berkaitan dengan chalet ni nampaknya macam tak berkesempatan pula. Dan seperti kebiasaannya juga, aku memang tak menulis berkenaan dengan isu hartanah pada hujung minggu. Pengisiannya adalah lebih santai dan berkisar tentang travelling, makanan dan aktiviti-aktiviti kesihatan (larian).

Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih kepada pembaca yang link-kan ENTRY INI dan ENTRY INI dalam forum popular lowyat.net. Menjawab soalan En. K - saya akan terus menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya kecuali entry yang berkaitan dengan projek perumahan baru ataupun project review di mana pembacaannya adalah lebih menyeluruh.

Aku menginap di chalet ini semasa majlis bertandang ke perkahwinan anak saudara (anak abang), yang beristerikan orang Bota. Kalau ikutkan hati, aku nak duduk di Lumut sahaja sebab lebih familiar dengan lokasinya. Tetapi bila memikirkan aku kena berulang-alik2 semasa majlis nikah then esoknya bersanding, nak memandu 35km one way tu (termasuk tengah malam), secara logistiknya kurang sesuai dan aku terpaksa mencari opsyen lain.

Lalu diusulkan menginap di chalet kat bawah ini yang jauhnya hanya 5 minit dari rumah pengantin. Duduk free je sebab anak saudara dah book-kan chalet ni awal-awal lagi.

Kreatif - Titi Gantung kat tengah-tengah.

Masa nak masuk tu memang agak suspen sikit, dahlah aku memandu MPV yang agak besar (dengan muatan 6 orang), kena pula menyusuri masuk jalan kampung yang tak berapa nak besar tu. Dalam hati tertanya-tanyalah juga, macam manalah boleh ada chalet kat tengah-tengah kampung ni. Perjalananan itu dikelilingi dengan kebun getah dan kelapa sawit dan agak jauh dari jalan besar.


Aktiviti memancing adalah percuma di sini. Tapi kena sediakan pancing sendiri.

Bila sampai kat chalet tu, memang terkejut dan tertanya-tanya sendiri, macam manalah owner chalet ni boleh terfikir nak bina dan memulakan perniagaan chalet tu, memang kreatif dan "out of the box" untuk kawasan kampung yang semacam tu. Terdapat 14 buah chalet dan FULL HOUSE malam tu (kecuali 2 unit yang dengarnya ada last minute cancellation.

Untuk menginap di sini, semalam harganya adalah RM80. memang berpatutan sangat sebab satu bilik tu boleh memuatkan 5 orang. Ada disediakan juga surau dan tempat berkumpul kalau kita nak buat meeting ataupun team building. Tapi parking agak limited dan kena parking pula kat tepi kebun-kebun orang.


Aku sempat berbual dengan seorang pekerja di situ. Diberitahu dulunya kawasan itu adalah kawasan projek penternakan air tawar. Tapi projek ini telah menjadi terbengkalai, tak tau sebab apa, tapi rasanya mungkin ilmu penjagaan dan pemasaran ikan tu tak cukup. Mungkin jenis macam pelabur hartanah juga, tengok orang lain beli rumah, kita pun nak beli juga tapi asas pengetahuan dan pelaburan tiada, so jadilah projek hangat-hangat tahi ayam.

Tengok pokok-pokok menjalar tu takutlah juga ada ular.

Biznes chalet ni diberitahu boleh tahan jua, terutamanya pada masa pendaftaran pelajar baru dan konvo UiTM Seri Iskandar dan Universiti Tenaga Petronas. Aku ada komen juga dekat pekerja tu produk yang baik (chalet ni) kalau kita tak dipasarkan dengan baik, returnnya tentulah tak memberansangkan. Kena tengok target market dan study lingkungan dan potensi market ni betul-betul. Barulah perniagaan kita boleh maju, (macam bagus je aku cakap, lagipun cakap memang senang, guna ayaq liur je). 

Aku rasa RM80 tu worth the money, janganlah expect service 4-5 bintang pula untuk harga sebegitu. Buat owner chalet ni pula, semoga berjaya dalam biznes chalet ni! Aku ni pula, bilalah nak start business homestay/chalet  ni?


5 comments:

Nadot said...

InsyaAllah...soon... hehe
gudlak utk semua! ;)

dzirhans said...

itu retirement project nanti..!

JustKAY said...
This comment has been removed by the author.
ReM said...

Perniagaan homestay ni bagus dan pulangannya agak lumayan. Buka dekat dengan universiti tempatan tu satu bonus.

salfhi said...

Kalo trget mrketnya parents bdk2 konvo, dh jd seasonal la.. Msa x knvo sangap jgk.. Tu psl owner ni buat kolam etc..