Friday, September 7, 2012

MPIB Run 2013 Early Bird Ends Sept 7

Tengahari tadi dapat sms "The MPIB Run 2013 early bird end Sept 7".

Malam ini dengan cargasnya terus register online kat link ni. Sebenarnya lariannya lama lagi,  pada 6 Jan 2013 di Padang Merbok, tapi seperti biasa kalau tangguh-tangguh memang terus lupa dan seterusnya larian dah cukup kuota, tak boleh nak daftar lagi. Aku bayar RM43 untuk daftar larian 12km Kategori Mens Open. Agak-agak boleh ke menandingi pelari Kenya tahun ni yang menghabiskan larian sejauh 12km dengan 38 minutes, kita tunggu dan lihat.

Dengan RM43 ni, kita akan dapat:
Dry Fit Round Neck T-shirt , Personalised Bib Number, Timing Chip, Finisher Medals, Online Certificate Of Participation with Timing, Goodie Bag, Light Breakfast, 1 Day Complimentary Personal Accident Insurance.

Objektif tahun ni adalah untuk mengatasi masa tahun lepas iaitu 1 Jam 23 minit, masa ni dapat nombor 500++. Pelari kenya tu kalau dia buat dua pusingan 24km pun aku masih tak sampai garisan penamat lagi. Target aku tahun ni nak lari di bawah 1 Jam 20 minit dan dapat nombor dalam bawah 400++.

Aku suka join MPIB run sebab participants tak terlalu banyak so everything macam sangat organize. Kalau Stan Chart hari tu, pening nak cari tempat parking end up kena jalan 2km sebelum running. Satu lagi kita akan dapat T-Shirt dan bukannya vest seperti kebanyakan larian lain. So dapatler aku sorokkan my six packs kat tempat-tempat yang sepatutnya. Finisher medal pun boleh tahan qualitynya.

Seperti mana juga pelaburan hartanah yang mengamalkan konsep "force-saving", dengan mengikuti larian ni, ia jadi "force-exercise" untuk aku! yelah sebab dah bayar mahal-mahal, adalah motivasi sikit untuk pergi gym masa lunch hour ataupun jogging petang2. Lagipun sejak raya ni BMI dah melepasi 29, dah dekat-dekat nak obese 30 mata.

Aku rasa powercube sure senyum lebar baca perenggan yang terakhir tu.


7 comments:

Mohd Aslam said...

Bro pum join ke? Jumpa kat sana. Anyway PNM masuk tak?

dzirhans said...

PNM pun join.. Jumpa kat sana.... But aku ikut belakang je.. Hang kuat lari..!

powercube said...

Tak terkata or omputih ckp speechless :D . Kita jumpa di Padang Merbuk thn depan ya :-)

dzirhans said...

so bila nak start practice ni?

Halif Mohamad said...

Ho Ho ho, dah ada member ni. nak join gak. bayar murah tapi t shirt ape semua tu yg mahal... aritu masa join PUAC siap dapat vocher medical check up. terbaik lah!

powercube said...

Tuesday next week kick start ok? Rabu ni ngeteh kat Killeney Kopitiam kita citer panjang

dzirhans said...

Marilah kita berjamaah, jangan hangat-hangat tahi ayam sudah..lol