Thursday, September 20, 2012

Persoalan Bumi Diskaun / Bumi Lot

Tajuk hari ini agak sensitif tapi saya kongsikan juga untuk pembacaan anda semua. Ianya berdasarkan pengalaman saya yang sedikit dan ia mungkin berbeza dengan pengalaman pembaca-pembaca sekalian.

Tuan Dzirhan,

a) Saya telah membeli Seri Jati dengan bumi diskaun 7%. Adakah nanti bila siap saya hanya boleh jualkannya kepada pembeli bumi sahaja?

Bagi projek Seri Jati saya memang amat pasti tiada sekatan yang saudara nyatakan itu. Cuba saudara lihat apa yang tertulis pada offer letter dan juga SPA, dia ada tulis disitu Lot Status = "Non-Bumi".


Lihat foto kat bawah ni.


b) Adakah tuan pernah berjaya menjual rumah tuan kepada non-bumi?
Rumah yang berjaya saya jual kepada non-bumi sebelum ini adalah rumah FREEHOLD, jadi tiada masalah sekatan-sekatan yang saudara nyatakan itu.

Kalau kita tengok kat geran bawah ni : SEKATAN-SEKATAN KEPENTINGAN = Tiada.


c) Kenapa Tuan tidak membeli rumah leasehold?
Rumah leasehold mempunyai sekatan-sekatan seperti TIDAK BOLEH DIJUAL, DIGADAI, DIPAJAK, DIPINDAH MILIK bla bla tanpa kebenaran Penguasa negeri. Besar kemungkinan pertukaran nama bumi ke non-bumi akan mengambil masa yang lama atau direject terus berdasarkan polarasi penduduk kawasan tersebut.

Saya pun tak pasti di mana tertulisnya status lot = bumi lot (untuk rumah leasehold) sebab title rumah Bandar Sri Permaisuri saya takde mention pun bumi lot tapi saya dah pernah tanya lawyer dan disahkan lot saya hanya boleh dijual kepada bumiputera sahaja.

Ada juga sekatan kepentingan ini yang berkuatkuasa selama 20 tahun sahaja. Selepas itu kelulusan jualan tidak perlu melalui Penguasa Negeri. Contohnya salah satu rumah saya di bawah.


Sebab banyak sangat GREY AREA ni, seboleh-bolehnya saya akan try to avoid buying leasehold property kecuali untuk long-term rental atau kawasan-kawasan yang majoritnya adalah penduduk melayu seperti Bangi dan Shah Alam.




10 comments:

Rasni said...

Saya ada rumah flat di seri kembangan yg leasthold.majoriti penghuni flat tersebut adalah bangsa cina.bagaimana proses untuk tukar status bumi kepada non bumi? saya hendak jual rumah tersebut tetapi kebanyakan yg berminat hanya pembeli bangsa cina sahaja.

ReM said...

Memang betul ada banyak persoalan atau grey area tentang bumi lot/status. Untuk flipping memang akan makan masa yang lama.

AMIR.DIN said...

Orang cakap bumi lot nie bertujuan untuk mengekalkan komposisi penduduk tidak dimonopoli oleh satu kaum sahaja. Ianya jadi grey area sebab pihak berkuasa negeri agak kurang konsisten dalam memberikan kelulusan. ada yang lulus dan ada yang tak lulus.

Matjoe said...

tahu kan ada sata function yg dinamakan rotate dalam window picture viewer

sekarang dah 3 kali aku rotate kepala aku. haha

dzirhans said...

Mat Joe,

Sesekali tu buat exercise kepala OK juga. Utk ergonomic!

dzirhans said...

Mungkin ada yang lebih arif untuk menjawab soalan ini.

Pendapat saya mungkin sukar diluluskan sebab faktor low cost dan bumi lot. Kalau diluluskan pun ia akan mengambil masa yang sangat lama.

Cadangan saya cuba dapatkan lawyer yg pernah handle case seperti inu.

dzirhans said...

Ya betul. Sebab itu seboleh-bolehnya saya tak beli rumah leasehold.

dzirhans said...

Kalau area yg ada permintaan bumi memang tak ada masalah.

Halif Mohamad said...

Ahaks..macam dipostkan terus dari smartphone jer..tu yg kena excercise kepala

dzirhans said...

Tau takpe...lol