Wednesday, October 31, 2012

Tiang Lampu Depan Rumah

Sebenarnya aku baru sahaja berbincang dengan rakan investor last week mengenai perkara ini. Tup tup terbaca pula kisah blogger INI. Aku pun ada pengalaman yang sama, buyer (esp non-bumi) kalau nak beli rumah ratus2 ribu ni, pelbagai aspek fengshui yang dilihatnya. Tak boleh silap sikit, mulalah tak jadi.

Kalau beli rumah subsale senang, dah nampak dah tiang lampu letaknya kat mana.

Kalau beli under-cons? macamana ye? Sebenarnya ini di luar kawalan kita, benda-benda lain macam facing south, field etc kita boleh pilih, tapi kalau tiang lampu ni, developer boleh suka-suka cucuk kat mana-mana.

Kitaorang pergi tengok rumah yang kami beli kat SINI, nak tengok juga adakah tiang lampu tu betul-betul depan rumah kita. Rupa-rupanya belum ada lagi.

Kalau ikut rumus pelaburan aku iaitu kena tengok baris perumahan fasa sebelum ini mungkin tak kena sebab nampak macam tiang lampu tu letaknya dekat rumah pertama dan seterusnya ke 8 dalam baris yang sama macam tu.

Kita tunggu je nanti. Harap-harap tak kena...!


Saturday, October 27, 2012

Rindukan Kaabah

"Rindukan Kaabah"  Inilah butir-butir perkataan yang keluar daripada Nuryn tatkala kami mengulangkaji pelajaran Sirah hari ini. Aku sebenarnya masih lagi pening selagi dia tak habis exam. Ada 16 paper (paper 1 & paper 2) untuk 8 subjek yang perlu kami cover. Berbanding dengan sekolah kebangsaan yang mempunyai persaingan yg tersangatlah sengit, sekolah agama ni aku rasa masih ada harapan buatnya untuk dapat no 1. Kami buat latih tubi, soal jawab peristiwa sejarah Islam sehinggalah ke satu topik yang berkisar tentang peristiwa di Bukit Safa, Mekah dan Madinah. Tanpa diduga tetiba dia kata dia rindukan Kaabah...! Syahdu pulak aku rasa masa tu.

Selepas ulang kaji pelajaran kat kampung tu, sempat tengok jugak online drama popular Astro Adam Dan Hawa yang banyak dipukul-canangkan sekarang ni, yang dikatakan menjalani pengambaran di Mekah. Puas aku fast forward cari episod-episod yang kat Mekah tu, rupa-rupanya start dengan episod 23. Kali ini aku pulak yang terlebih syahdu bila tengok Kaabah di dalam drama tu. Teringat secara tiba-tiba dengan salah satu permintaan utama aku yang berkali-kali aku pohonkan di depan Kaabah untuk jaga ibadat solat aku ni.

Thursday, October 25, 2012

Kesesakkan Jalan Raya Yang Melampau

Dikesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca yang beragama islam. Semoga kita beroleh lebih keberkatan pada Aidil Adha kali ini. Dan juga dimurahkan rezeki dan bertambah-tambah rumah yang dapat kita beli pada tahun ini.

Buat sesiapa yang memandu tu, banyakkanlah bersabar sebab trafik hari ini nampaknya sangatlah nazak. Saya mula memandu from Putrajaya pada jam 4 petang, perjalanan yang biasanya mengambil masa hanya 1.5 or 1.75 jam nampaknya melarat sehingga 4 jam setengah, barulah tiba ke Melaka. Puas dah Casseh minta ulang-ulang sampai 10 kali dan bosan tengok kartun Shaun The Ship dan Timmy Time. Yang peliknya jalan Jasin ke Ayer Keroh pun jam juga. Mungkin kenderaan dah terlalu banyak, sebab lebih 500k kereta terjual setiap tahun di negara kita.

Bila check status rakan-rakan dalam FB, rata-rata mengeluh. Apa nak dikata, jangan ambil ringan faktor cuti 3 hari ini. Lagipun cuti sekolah pun dah dekat dan exam pun dah habis. Inilah masanya yang paling sesuai untuk bawa anak-anak  pulang ke kampung.



Monday, October 22, 2012

S P Setia Ranked First For Seventh Time

SP Setia takes the Top Spot again.

Source : theedgeproperty.com/haziq hamid.

KUALA LUMPUR (Oct 19): S P Setia Bhd was ranked the No 1 developer in Malaysia at The Edge Malaysia Top Property Developers Awards (TPDA) 2012 for the seventh time.


The developer was first in the annual TPDA rankings from 2005 to 2008 and again in 2010 and 2011. This year, S P Setia led in both the quantitative and qualitative sub-rankings, winning the Best Qualitative Attributes Award trophy as well. Its president and CEO Tan Sri Liew Kee Sin took home The Edge Malaysia Outstanding Property Personality Award 2012. (Watch video here)

The TPDA is the anchor award of The Edge Malaysia Property Excellence Awards. The awards presentation gala night was held last night. (Watch video here)

Other developers that made it to the TPDA 2012 top 10 rankings were
SP Setia (1)
Sunway Bhd (2),
Sime Darby Property Bhd (3),
IGB Corp Bhd (4),
UEM Land Holdings Bhd (5),
I&P Group Sdn Bhd (6),
Mah Sing Group Bhd (7),
Gamuda Bhd’s property division (8),
Bandar Utama City Corp Sdn Bhd (9)
IJM Land Bhd (10).

The Edge Malaysia Property Excellence Awards also featured The Edge-PEPS Value Creation Excellence Award and The Edge-PAM Green Excellence Award. (Watch video here)

In addition, four new awards were introduced this year — the Best in Qualitative Attributes Awards, The Edge Malaysia Outstanding Property Personality Award, The Edge Malaysia Notable Achievement Award and The Edge Malaysia Outstanding Property Project Award.

The Edge Malaysia Notable Achievement Award was won by UOA Development Bhd, the developer of Bangsar South. This award recognises the developer that has made significant success in raising its profile and reputation through its products and branding as a leading player in the country in recent times.

The Edge Malaysia Outstanding Property Project Award, which recognises completed projects that have made an impact through their design and concept, was awarded for the iconic Petronas Twin Towers in KLCC, and conservation project Cheong Fatt Tze mansion in Penang.

Shopoffices in The Lake Precinct Business Park 2 in Kota Kemuning, Shah Alam, and cluster homes at The Gateway precinct in Horizon Hills, Nusajaya won The Edge-PEPS Value Creation Excellence Award 2012 in the non-residential and residential categories respectively. Kota Kemuning and Horizon Hills are joint venture projects between Gamuda and DRB-Hicom Bhd, and Gamuda and UEM Land respectively.

The value creation award jointly initiated by The Edge and the Association of Valuers, Property Managers, Estate Agents and Property Consultants in the Private Sector (PEPS) recognises developments that have rewarded their purchasers in terms of capital appreciation in an outstanding way.

Platinum Sentral, a low-rise office building in KL Sentral developed by MRCB Sentral Properties Sdn Bhd, a subsidiary of Malaysian Resources Corp Bhd, is the winner of The Edge-PAM Green Excellence Awards 2012. The award was initiated in partnership with the Malaysian Institute of Architects (PAM) to recognise projects that demonstrate sustainable design innovation while contributing positively to the community.

Housing and Local Government Minister Datuk Seri Wira Chor Chee Heung presented the awards. Chor said the prestigious awards allow top-notch developers to stand out.

“Kuala Lumpur’s city skyline changes every six months thanks to the continuous efforts by our local developers and investors making Kuala Lumpur similar to any top-notch city in the world,” he said.

The Edge Communications Sdn Bhd managing director Au Foong Yee said in her speech, “The Malaysian property investment landscape is fast evolving and this year marks a new milestone for The Edge property awards. We hope to further raise the bar on the quality of Malaysian property.”

Introduced in 2003, this year marks the 10th year of the TPDA. Property developers are ranked based on their quantitative and qualitative attributes from the consumer’s perspective.

All companies listed on Bursa Malaysia’s property sector are automatically eligible for the awards.

The judges included International Real Estate Federation (Fiabci) Malaysia past world president Datuk Alan Tong, Fiabci Malaysia immediate past president Datuk Richard Fong, Real Estate and Housing Developers’ Association (Rehda) Malaysia past president Datuk Jeffrey Ng, Fiabci Malaysia recent past president Datuk Teo Chiang Kok, Fiabci Malaysia past president Kumar Tharmalingam, Rehda Malaysia past president Datuk Eddy Chen, Rehda Malaysia president Datuk Seri Michael Yam and Ho Chin Soon Research founder Ho Chin Soon. The Edge was represented by its managing director Au Foong Yee and executive editor, property, Sharon Kam.

The main sponsor of the awards was Malayan Banking Bhd and the supporting sponsor Malaysia Property Incorporated. (Click here for more photos)

Full details of The Edge Malaysia Property Excellence Awards 2012 will be published in the Oct 22 issue of City & Country, the property pullout of The Edge.

Saturday, October 20, 2012

Konvo UKM ke 40 - 3500 Lagi Graduan Perlukan Rumah

Alhamdulillah hari ini merupakan konvokesyen wife terchenta. Ucapan sekalung tahniah tulus daripada suamimu ini dan segala usaha jerih payah selama 4 tahun akhirnya membuahkan hasil dan terbukti pada hari yang bersejarah ini. Aku faham benar sesungguhnya further study selepas bekerja, bersuami dan beranak-pinak ini bukan sahaja memerlukan otak yang bijak untuk berfikir tetapi juga perlu ada mental yang kental dan tidak mudah patah semangat. Walaupun kalau nak dikirakan dalam 4 tahun itu, banyak juga hari-harinya aku tidur berseorangan bertemankan anak-anak, tetapi selama itu juga, setiap hari aku pohonkan doa yang tidak putus-putus memohon agar dipermudahkan jalan-jalan ke mercu kejayaan. 


Selama 6 jam sebenarnya aku berada di dalam dewan menyaksikan wajah-wajah gembira menantikan saat-saat bersalaman dan menerima segulung ijazah daripada Raja. Nasib baik aku ada telefon pintar ni, kalau tidak tepu juga kat dalam tu. Lapar pun boleh tahan.

Pada konvokesyen kali ini seramai 7k+- graduan akan menerima ijazah termasuk doktor falsafah, peringkat sarjana dan sarjana muda. Mendengar angka ini aku terus berimaginasi.


Daripada 7k ini, katalah mengikut kiraan konservatif, separuh daripadanya akan dan telah memasukki pasaran pekerjaan di Klang Valley. Sudah tentunya 3500 orang ini memerlukan rumah untuk didiami/ atau disewa. Katalah separuh lagi 1750 graduan memang dah ada rumah (rumah sewa semasa belajar) atau duduk dengan family, jadi sekurang-kurangnya 1750 graduan memerlukan rumah untuk didiami/ atau disewa. Ini baru satu universiti, berapakah universiti yang kita ada termasuk universiti swasta?

Memang jelas rumah akan sentiasa ada permintaan berterusan dan salah-satunya faktornya adalah permintaan yang tinggi daripada bakal-bakal graduan yang akan memasuki alam pekerjaan. Jadi fikir-fikirlah adakah rumah-rumah yang baru dibina (kos rendah, medium, tinggi)/ ataupun rumah-rumah sewa semasa mencukupi?



Tuesday, October 16, 2012

Filing is Boring

Selain proses MENUNGGU yang memang membosankan, ada satu lagi benda yang aku rasa boleh tahan juga bosannya iaitu menguruskan pemfailan surat-surat dan document-document berkaitan penjualan dan pembelian hartanah. Sometimes macam nak hire je kerani buat kerja kerja admin ni termasuklah pengurusan pelbagai bil-bil utiliti, penyata kad kredit/bank/saham dan sebagainya.

Biasanya aku sediakan satu fail untuk pembelian dan jualan satu rumah (macam foto kat bawah ni). Dalam fail nilah aku simpan SPA (belian dan jualan - dokumen paling penting) dan segala macam-macam lagi dokumen berkaitan.


Ada juga developer macam SP Setia & PJH (mcm kat bawah ni) yang dah siap-siap bagi fail yang sesuai dan besar, so tak perlulah beli fail lain.



Mungkin ada juga orang yang rasa pelik, susah sangat ke nak buat filing ni? Dia bukan susah tapi remeh.

Cuba anda bayangkan aku ada :

a) Rumah yang baru nak sign SPA
b) Ada yang baru nak sign loan agreement
c) Ada rumah yang belum siap dan tengah bayar progressive interest
d) Tengah tunggu surat ambik kunci
e) Ada yang tengah buat defect

d) Rumah yang dalam proses jualan
    - Masa ni pulak ada yang tengah proces lawyer tengah sediakan SPA,
    - Bank tengah sediakan disbursement statement
    - Tengah tunggu lawyer sediakan cheque
    - Tengah tunggu settlekan RGPT
    - Dan macam-macam status lagi.

Setiap hari tu mesti ada at least satu surat datang dari bank, lawyer, LHDN dsb. Mula-mula tu rajinlah jugak setiap 2 minggu buat sorting dan masukkan filing rumah masing-masing. Lah ni makin malas, bila nampak kertas dah menimbun sampai aku pening tengok, barulah aku buat filing ni.

Penting sangat ke buat filing ni? Simpan dokumen-dokumen yang penting sudahler...pada pendapat aku, simpan jerlah semua dokumen2/surat tu as you may need them one day...tapi kalau dah buat 5-6 round jual-beli dan boleh tahu apa yang perlu dan apa yang tidak, bolehlah buang je surat2/dokumen2 yang tak penting tu..buat menyemak dan menyesakkan mata je.

Sunday, October 14, 2012

Pinjaman Perumahan Kerajaan Bersandarkan Bank

Pendekatan ini telah diguna pakai oleh kebanyakkan syarikat swasta pada masa ini dan aku memang tak menyangka secepat ini, ia akan menular kepada sektor kerajaan. Pada aku, ia bukanlah sesuatu yang baru sebab aku pernah dengar kawan-kawan bercerita proses sebelum dan selepas proses peralihan tersebut. Bagi yang tidak berapa pasti apakah kesannya janganlah mudah melatah, benda ini tidak akan dibuat kalau tidak mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. It's a win-win situation!

Aku dah check di website BPP, setakat ini masih belum jelas biji butirnya. Mungkin masih lagi belum finalize sebab ada masa lagi 2 bulan setengah sebelum menjenguk tahun 2013.

Sekadar berkongsi cerita mengenai sebuah syarikat swasta (bukan tempat aku bekerja sekarang). Mestilah tak sama implementasi untuk kerajaan sebab private lebih berorientasikan cost efficiency. Anda fikirkanlah sendiri impaknya sebab kalau aku tulis panjang-panjang, nanti ada pulak pihak yang ban blog ni :-)

a) Mengurangkan peruntukkan kewangan syarikat kepada non-productive income.
b) Penjanjian adalah dimeterai antara pihak bank & peminjam.
c) Memudahkan admin work bagi menangani pekerja yang resign sebab loan boleh terus convert kepada normal package BLR - 2.XX.
d) Interest rate tetap at X%. Balance offering @ (BLR-2.XX) - X% akan ditanggung oleh pihak syarikat.
e) Syarikat telah melantik 3 bank besar sebagai panelnya.
f) Pengiraan kelayakkan pinjaman?
g) KPI & tempoh proses kelulusan pinjaman (belian) dan jualan (flip)?
h) Benda-benda lain seperti Tenure, MRTA, Legal?
i) Berbeza dengan company loan, bank loan akan appear dalam CCRIS.
j) Exit Penalty?
k) Menutup "loophole" peminjam yang apply loan for another house (untuk under-con property dengan company loan sebab peminjam hanya start bayar pinjaman dan appear dalam slip gaji bila rumah siap). Dah tak boleh skip LTV70% & DSR untuk case ni.
l) Existing govt loan will be converted?

Saturday, October 13, 2012

Mencari Tadika/ Sekolah Yang Sesuai

Dah 2 tahun Nuryn meninggalkan alam pre-school dan tahun depan, my twins pulak akan mengambil giliran. Walaupun baru berumur 3 tahun 1 bulan (kalau mengikut tahun persekolahan, dah 4 tahun), sengaja aku masukkan awal for early exposure and leadership skills. Baby yang lahir pada bulan December ni selalunya late bloomer, so tiada cara lain, aku kena register awal agar perkembangan dia ni setaraf dengan baby Jan/Feb pada umur 5 tahun nanti. Itulah perancangannya dan kita tunggu dan lihat nanti, sama ada berjaya atau tidak pendekatan yang aku ambil ni.

Mencari Sekolah Rendah untuk Nuryn memang mudah sebab memang dah plan nak masukkan dia ke government school. Dia yang bersekolah tadika sejak berusia 3 tahun memang dah boleh berdikari. Masa hari pertama Standard 1, dia boleh beli makanan sendiri, cari van after school ataupun report kat cikgu kalau van tak datang, salin baju sendiri kat sekolah agama. Jadi tugas aku hanya mencari sekolah yang bagus yang berdekatan dengan rumah sebab Parents always want to give the best things to the children. Salah satu sekolah tu diklasifikasikan dalam BAND 1 (hanya ada 2 sekolah sahaja dalam BAND 1 dalam my area) so memang senang nak pilih. Ada another school dalam kategori Sekolah Berprestasi Tinggi tapi agak jauh pula, akan ada masalah logistik untuk ke sekolah agama. Sila rujuk kepada pejabat pendidikan yang berdekatan untuk listing sekolah-sekolah ni (dah try cari online tapi tak jumpa the full list).

Mencari tadika pula memanglah memeningkan kepala sebab banyak sangat pilihan yang ada. Pilihan-pilihan yang mahal dan branded tu tak semestinya bagus. Kalau baca review-review kat internet kebanyakannya tak bagus dan ada je macam-macam komplen.

Kat area aku ni standard harganya memang RM300+- sebulan dan most of them memang ENGLISH medium + ISLAM (mandatory nowadays). Kalau baca diaorang punya methodology & approach memang canggih-manggih belaka. Aku tak meletakkan sebarang kriteria tertentu cuma tadika tu mestilah bersih, aspek persekitaran dan keselamatan yang baik, ada sick room dan tak kelam kabut dengan budak-budak. Kalau berdekatan dengan rumah dan ada kelas mandarin memang bonuslah.

Banyak Tadika yang tumbuh macam cendawan sekarang ni, sedikit sebanyak menguntungkan pasaran hartanah (nak masuk jugak cerita pasal hartanah hujung-hujung minggu ni). Ada seorang kawan ni pulak dah tak jadi nak jual rumah sebab dah dapat sewakan rumah dia (minimum 3 tahun) dekat taska dengan rate yang amat berbaloi. Rumah dia (intermediate) tu sebelah corner lot, business tadika tu expand dan owner tadika nak sewa rumah dia.


Friday, October 12, 2012

Mahalnya Sewa Kedai di Shaftsbury Square, Cyberjaya

My family memang "die hard fan" of bubble tea. Yang si kecik baru 2 tahun ++ tu pun boleh tahan, kalau dah beli satu untuk dia, jangan haraplah nak lepas. Sampai licin pearl tu barulah dia bagi balik kat kita.

Kedai Bubble Tea yang terdekat dengan rumah kami adalah di Comebuy di Shaftsbury Square Cyberjaya (SSC). Rasanya memang tak pernah miss every week pergi situ. Sejak Comebuy dah memulakan operasi kat situ, kami adalah antara pelanggan setia mereka (cuba tengok cop kat bawah ni - so far ini merupakan kad BUY 10 FREE 1 kami yang ketiga). Sebenarnya aku lebih suka Gong Cha, Chatime or Ochado, tapi takde satu pun yang buka kat area-area rumah aku ni.

Our favourites drink @ Comebuy adalah Ultimate QQ Milk Tea and 3 Q Passion Blast. Harganya RM5.90.


Shaftsbury Square merupakan kawasan deretan kedai-kedai baru di Cyberjaya. Kalau tengok gayanya, kedai-kedai kat sini memanglah ada potential. Ada Bank, O'Brien, Subway, Kenny Rogers dan banyak lagi. Ini sudah pastinya melegakan buyers yang beli rumah SOHO/Apt SSC kat belakang kedai-kedai ni.

Seperti biasa sebagai property investor yang bercita-cita nak main komersial satu hari nanti (bilalah tu agaknya!), dengan muka tak malu aku tanyakan rental rate dengan tokey dua unit kedai kat situ. Satu kedai tu sewanya RM8300 dan satu lagi unit sewanya RM8500, GULP! mahalnya. Sometimes terfikir jugak, dengan kawasan yang masih baru, bolehlah business survive dengan rental rate sebegini?


Monday, October 1, 2012

Variable Income - Overtime, Commission, Bonus

3 hari lepas ada satu e-mail masuk daripada bro Ghaffar bertanyakan tentang how to optimize our variable incomes (VI) e.g. commission, overtime, bonus & claim to be part as our other income for loan application?

Jawapan pertama saya kepada bro yang bertanya ni, sudahkah bro bertanya kepada pihak bank untuk dapatkan maklumat lanjut? Kalau sudah tapi mungkin nak tahu juga pendapat saya, boleh teruskan pembacaan entry kali ini. Buat pembaca-pembaca yang lain, kalau anda ada pengalaman yang mungkin berbeza, bolehlah kongsikan pengalaman anda di bahagian komen sebagai panduan pembaca-pembaca lain.

Perkataan optimize (is a BIG WORD actually) tu kalau mengikut pemahaman saya, boleh dijelaskan dalam konteks di bawah:

a) Dapatkan full utilize 100% VI as our total income. Bermaksud kalau overtime kita 1k kita nak pengiraan 1k juga sebagai income kita.

Saya pernah bertanyakan dengan pihak bank dulu (tahun 2006) mengenai claim sebab masa ni saya involve dengan projek, jumlah claim saya setiap bulan adalah > 3k. Tapi dinyatakan oleh pihak bank pada masa itu, claim adalah reimbursement dan ia tidak termasuk sebagai income kita.

Mengenai commission, overtime dan bonus - YES memang betul, ia boleh dikategorikan sebagai additional income. Tetapi harus diingat bahawa setiap bank mempunyai treatment yang berbeza mengenai VI ni. Ada bank yang saya tahu boleh ambik 100% daripada total VI ni, ada yang ambik 60%, ada yang kedekut pahit ambik 30% sahaja dan ada juga saya dengar, bank yang tak consider langsung.

Jadi saya cadangkan anda tanya soalan ini kepada banker (sebagai salah satu soalan checklist) masa nak apply loan tu.

b) Macamana nak memudahkan pihak bank untuk memproses variable income kita tu.
Saya telah menggunakan overtime income untuk pembelian Ayu Impian saya sebelum ini. Ini disebabkan oleh my current commitment yang sangat tinggi dan kalau harapkan my nett pay (daripada gaji hakiki) memang tak cukup/ lepas loan tu.

Every month saya memang simpan semua voucher pembayaran overtime as supporting documents. Biasanya bank memerlukan at least 6 bulan pembayaran overtime yang consistent, barulah dia boleh consider VI kita itu. Sertakan juga bank statement selama 6 bulan untuk menunjukkan duit overtime yang masuk setiap bulan.

Kalau anda declare overtime income dalam BE form (tax LHDN) lagi bagus, sertakanlah sekali BE form tu yang menunjukkan VI tu.