Tuesday, October 16, 2012

Filing is Boring

Selain proses MENUNGGU yang memang membosankan, ada satu lagi benda yang aku rasa boleh tahan juga bosannya iaitu menguruskan pemfailan surat-surat dan document-document berkaitan penjualan dan pembelian hartanah. Sometimes macam nak hire je kerani buat kerja kerja admin ni termasuklah pengurusan pelbagai bil-bil utiliti, penyata kad kredit/bank/saham dan sebagainya.

Biasanya aku sediakan satu fail untuk pembelian dan jualan satu rumah (macam foto kat bawah ni). Dalam fail nilah aku simpan SPA (belian dan jualan - dokumen paling penting) dan segala macam-macam lagi dokumen berkaitan.


Ada juga developer macam SP Setia & PJH (mcm kat bawah ni) yang dah siap-siap bagi fail yang sesuai dan besar, so tak perlulah beli fail lain.



Mungkin ada juga orang yang rasa pelik, susah sangat ke nak buat filing ni? Dia bukan susah tapi remeh.

Cuba anda bayangkan aku ada :

a) Rumah yang baru nak sign SPA
b) Ada yang baru nak sign loan agreement
c) Ada rumah yang belum siap dan tengah bayar progressive interest
d) Tengah tunggu surat ambik kunci
e) Ada yang tengah buat defect

d) Rumah yang dalam proses jualan
    - Masa ni pulak ada yang tengah proces lawyer tengah sediakan SPA,
    - Bank tengah sediakan disbursement statement
    - Tengah tunggu lawyer sediakan cheque
    - Tengah tunggu settlekan RGPT
    - Dan macam-macam status lagi.

Setiap hari tu mesti ada at least satu surat datang dari bank, lawyer, LHDN dsb. Mula-mula tu rajinlah jugak setiap 2 minggu buat sorting dan masukkan filing rumah masing-masing. Lah ni makin malas, bila nampak kertas dah menimbun sampai aku pening tengok, barulah aku buat filing ni.

Penting sangat ke buat filing ni? Simpan dokumen-dokumen yang penting sudahler...pada pendapat aku, simpan jerlah semua dokumen2/surat tu as you may need them one day...tapi kalau dah buat 5-6 round jual-beli dan boleh tahu apa yang perlu dan apa yang tidak, bolehlah buang je surat2/dokumen2 yang tak penting tu..buat menyemak dan menyesakkan mata je.

2 comments:

Nadot said...

serius x suke filing juge....for the time being, mmg bertimbun surat2 berkenaan pembelian rumah yg masih dlm sampul n bertimbun yg belum di file.. harap akan rajin la dlm mase terdekat ni..haiishh

dzirhans said...

Mungkin Nadot boleh outsource kerja ni kat maid/ babysitter ...hehe