Thursday, October 25, 2012

Kesesakkan Jalan Raya Yang Melampau

Dikesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca yang beragama islam. Semoga kita beroleh lebih keberkatan pada Aidil Adha kali ini. Dan juga dimurahkan rezeki dan bertambah-tambah rumah yang dapat kita beli pada tahun ini.

Buat sesiapa yang memandu tu, banyakkanlah bersabar sebab trafik hari ini nampaknya sangatlah nazak. Saya mula memandu from Putrajaya pada jam 4 petang, perjalanan yang biasanya mengambil masa hanya 1.5 or 1.75 jam nampaknya melarat sehingga 4 jam setengah, barulah tiba ke Melaka. Puas dah Casseh minta ulang-ulang sampai 10 kali dan bosan tengok kartun Shaun The Ship dan Timmy Time. Yang peliknya jalan Jasin ke Ayer Keroh pun jam juga. Mungkin kenderaan dah terlalu banyak, sebab lebih 500k kereta terjual setiap tahun di negara kita.

Bila check status rakan-rakan dalam FB, rata-rata mengeluh. Apa nak dikata, jangan ambil ringan faktor cuti 3 hari ini. Lagipun cuti sekolah pun dah dekat dan exam pun dah habis. Inilah masanya yang paling sesuai untuk bawa anak-anak  pulang ke kampung.



4 comments:

Hazmin said...

Selamat hari raya aidiladha... pandu kereta dengan berhati-hati..

dzirhans said...

TQ very much..!

hafez said...

Selamat hari raya aidiladha tuan. Saya juga mengalami kesesakan yang sama. Bergerak dari hulu langat jam 10.30 malam. Dan sampai di Kluang jam 4.30 pagi. Selain kesesakan kerana pertambahan kenderaan, kemalangan jalanraya menambahkan lagi perit.

dzirhans said...

Nampaknya dah tgh malam pun kesesakkan tak reda lagi.

Apa nak buat sabar je lah.