Saturday, October 20, 2012

Konvo UKM ke 40 - 3500 Lagi Graduan Perlukan Rumah

Alhamdulillah hari ini merupakan konvokesyen wife terchenta. Ucapan sekalung tahniah tulus daripada suamimu ini dan segala usaha jerih payah selama 4 tahun akhirnya membuahkan hasil dan terbukti pada hari yang bersejarah ini. Aku faham benar sesungguhnya further study selepas bekerja, bersuami dan beranak-pinak ini bukan sahaja memerlukan otak yang bijak untuk berfikir tetapi juga perlu ada mental yang kental dan tidak mudah patah semangat. Walaupun kalau nak dikirakan dalam 4 tahun itu, banyak juga hari-harinya aku tidur berseorangan bertemankan anak-anak, tetapi selama itu juga, setiap hari aku pohonkan doa yang tidak putus-putus memohon agar dipermudahkan jalan-jalan ke mercu kejayaan. 


Selama 6 jam sebenarnya aku berada di dalam dewan menyaksikan wajah-wajah gembira menantikan saat-saat bersalaman dan menerima segulung ijazah daripada Raja. Nasib baik aku ada telefon pintar ni, kalau tidak tepu juga kat dalam tu. Lapar pun boleh tahan.

Pada konvokesyen kali ini seramai 7k+- graduan akan menerima ijazah termasuk doktor falsafah, peringkat sarjana dan sarjana muda. Mendengar angka ini aku terus berimaginasi.


Daripada 7k ini, katalah mengikut kiraan konservatif, separuh daripadanya akan dan telah memasukki pasaran pekerjaan di Klang Valley. Sudah tentunya 3500 orang ini memerlukan rumah untuk didiami/ atau disewa. Katalah separuh lagi 1750 graduan memang dah ada rumah (rumah sewa semasa belajar) atau duduk dengan family, jadi sekurang-kurangnya 1750 graduan memerlukan rumah untuk didiami/ atau disewa. Ini baru satu universiti, berapakah universiti yang kita ada termasuk universiti swasta?

Memang jelas rumah akan sentiasa ada permintaan berterusan dan salah-satunya faktornya adalah permintaan yang tinggi daripada bakal-bakal graduan yang akan memasuki alam pekerjaan. Jadi fikir-fikirlah adakah rumah-rumah yang baru dibina (kos rendah, medium, tinggi)/ ataupun rumah-rumah sewa semasa mencukupi?



9 comments:

salfhi said...

konvo ukm.. thniah..

Sop Nama Saya said...

itu rumah.. blom lagi kerja yg terpaksa bersaing kan? hehehe

hafez said...

Tahniah untuk tuan sekeluarga. Saya juga berada di sekitar UKM semalam. Sempat la merayap sampai ke bangi avenue.

rohaniah noor said...

tahniah kepada isteri tuan atas konvokesyen ini. mmg, belajar secara part time dengan beban kerja dan tanggungjawab kepada keluarga adalah sesuatu yang sangat berat jika tidak disokong dengan kekuatan mental, semangat, azam yang tinggi serta sokongan keluarga.

keperluan rumah sewa di bangi, terutamanya masih sangat kurang terutama bagi golongan sederhana rendah iaitu sewa dari rm800 ke bawah satu rumah.

saya pernah membantu mencari rumah sewa untuk sepupu di bangi. sangat terhad rupanya, terutama yang berhampiran dengan UKM. ada yang siap main booking dulu sebelum penyewa sedia ada keluar

dzirhans said...

RN .. agree 100%. Ramai of her frens stumbled sbb x boleh cope dgn kerja dan keluarga.

Kalau bilik mungkin ada tapi a decent house 800 dekat area Bangi mmg agak sukar... Kecuali agak jauh dari pusat bandar dan UKM.

dzirhans said...

TQ Salfi.

dzirhans said...

Betul.. Nak dptkan kerja kena bersaing.. Bila dah dpt kerja nak compete utk dptkan rumah pula.

dzirhans said...

Wah sempat lagi melihat Bangi Avenue.. kena pergi both actual site n sales office baru dpt feel..

Matjoe said...

tahniah same wife bro.