Friday, October 12, 2012

Mahalnya Sewa Kedai di Shaftsbury Square, Cyberjaya

My family memang "die hard fan" of bubble tea. Yang si kecik baru 2 tahun ++ tu pun boleh tahan, kalau dah beli satu untuk dia, jangan haraplah nak lepas. Sampai licin pearl tu barulah dia bagi balik kat kita.

Kedai Bubble Tea yang terdekat dengan rumah kami adalah di Comebuy di Shaftsbury Square Cyberjaya (SSC). Rasanya memang tak pernah miss every week pergi situ. Sejak Comebuy dah memulakan operasi kat situ, kami adalah antara pelanggan setia mereka (cuba tengok cop kat bawah ni - so far ini merupakan kad BUY 10 FREE 1 kami yang ketiga). Sebenarnya aku lebih suka Gong Cha, Chatime or Ochado, tapi takde satu pun yang buka kat area-area rumah aku ni.

Our favourites drink @ Comebuy adalah Ultimate QQ Milk Tea and 3 Q Passion Blast. Harganya RM5.90.


Shaftsbury Square merupakan kawasan deretan kedai-kedai baru di Cyberjaya. Kalau tengok gayanya, kedai-kedai kat sini memanglah ada potential. Ada Bank, O'Brien, Subway, Kenny Rogers dan banyak lagi. Ini sudah pastinya melegakan buyers yang beli rumah SOHO/Apt SSC kat belakang kedai-kedai ni.

Seperti biasa sebagai property investor yang bercita-cita nak main komersial satu hari nanti (bilalah tu agaknya!), dengan muka tak malu aku tanyakan rental rate dengan tokey dua unit kedai kat situ. Satu kedai tu sewanya RM8300 dan satu lagi unit sewanya RM8500, GULP! mahalnya. Sometimes terfikir jugak, dengan kawasan yang masih baru, bolehlah business survive dengan rental rate sebegini?


6 comments:

salfhi said...

Menulis 4 d 2nd time, mula2 td pnya dh ilang bla ada incoming call.. @!!#*/%

sya pnh attend 1 training which happen trainernya adalah ex-admin head slh sebuah rngkaian farmasi besar kt msia.. Dia bg tips, sewa kdai max mstilah 10% dr total mthly sales.. If more than that, u can't survive ktanya..

dzirhans said...

Woo in that case sale > 80k per mth!

salfhi said...

U got it rite.. Yg pnting on paper dia dh blh kira brape daily volume kna kjar utk breakeven

dzirhans said...

Got one unit tu, they divide into 2 selling different stuf.. so creative

ReM said...

So bro bila nak masuk Commercial ni? Modal kena kukuh dan ada holding power. Baru-baru ni ada komersial lot kat Amanputri just open kat Sg Buloh. Tempat tu nampak prime dan tunggu utk dimajukan...

dzirhans said...

Tak boleh sorang2 kit sbb capital besar.. May be kena JV dgn kawan2