Saturday, October 27, 2012

Rindukan Kaabah

"Rindukan Kaabah"  Inilah butir-butir perkataan yang keluar daripada Nuryn tatkala kami mengulangkaji pelajaran Sirah hari ini. Aku sebenarnya masih lagi pening selagi dia tak habis exam. Ada 16 paper (paper 1 & paper 2) untuk 8 subjek yang perlu kami cover. Berbanding dengan sekolah kebangsaan yang mempunyai persaingan yg tersangatlah sengit, sekolah agama ni aku rasa masih ada harapan buatnya untuk dapat no 1. Kami buat latih tubi, soal jawab peristiwa sejarah Islam sehinggalah ke satu topik yang berkisar tentang peristiwa di Bukit Safa, Mekah dan Madinah. Tanpa diduga tetiba dia kata dia rindukan Kaabah...! Syahdu pulak aku rasa masa tu.

Selepas ulang kaji pelajaran kat kampung tu, sempat tengok jugak online drama popular Astro Adam Dan Hawa yang banyak dipukul-canangkan sekarang ni, yang dikatakan menjalani pengambaran di Mekah. Puas aku fast forward cari episod-episod yang kat Mekah tu, rupa-rupanya start dengan episod 23. Kali ini aku pulak yang terlebih syahdu bila tengok Kaabah di dalam drama tu. Teringat secara tiba-tiba dengan salah satu permintaan utama aku yang berkali-kali aku pohonkan di depan Kaabah untuk jaga ibadat solat aku ni.

7 comments:

Nadot said...

Ishk...bile la rezki dapat sampai ni....
Bijak Nuryn ye... semoge dapat A semua exam & dapat nombor 1 :)

Matjoe said...

dunno la zaman skng ni saingan byk sgt. ntah la, kesian gak budak2 sekarang, xde happy sbb asyik kene belajar jer.

tu la time raya hari selalu terfikir, smpt ke aku pegi haji sblm aku mati...

dzirhans said...

Yup bro.. Persaingan amatlah sengit skg. Apatah lagi KSSR skg ada cari marks+ exam.

Dah register ke Haji? We all registered n InsyaAllah pergi tahun 2021..

dzirhans said...

TQ Dot.. Will reply ur e mail today.. Bz sket skg..

DeLinn said...

Sangat rindu kan

dzirhans said...

Yup tempat paling indah di dunia..!

salfhi said...

pandangan saya bekenaan haji/umrah byk berubah lps baca buku hasil nukilan prof kamil..

pegi ke mekah tu bkn lah titik noktah kejayaan tp sbenanye titik permulaan utk berubah(jd lbh baik eg makmurkan masjid etc)... bila dh berubah, tulah yg dinamakan sbg haji mabrur..