Wednesday, October 31, 2012

Tiang Lampu Depan Rumah

Sebenarnya aku baru sahaja berbincang dengan rakan investor last week mengenai perkara ini. Tup tup terbaca pula kisah blogger INI. Aku pun ada pengalaman yang sama, buyer (esp non-bumi) kalau nak beli rumah ratus2 ribu ni, pelbagai aspek fengshui yang dilihatnya. Tak boleh silap sikit, mulalah tak jadi.

Kalau beli rumah subsale senang, dah nampak dah tiang lampu letaknya kat mana.

Kalau beli under-cons? macamana ye? Sebenarnya ini di luar kawalan kita, benda-benda lain macam facing south, field etc kita boleh pilih, tapi kalau tiang lampu ni, developer boleh suka-suka cucuk kat mana-mana.

Kitaorang pergi tengok rumah yang kami beli kat SINI, nak tengok juga adakah tiang lampu tu betul-betul depan rumah kita. Rupa-rupanya belum ada lagi.

Kalau ikut rumus pelaburan aku iaitu kena tengok baris perumahan fasa sebelum ini mungkin tak kena sebab nampak macam tiang lampu tu letaknya dekat rumah pertama dan seterusnya ke 8 dalam baris yang sama macam tu.

Kita tunggu je nanti. Harap-harap tak kena...!


2 comments:

ruchan said...

alamak..mcm mana ni....adakah rumah pertama bermaksud umah ke-2 dari corner? or the corner unit itself?

dzirhans said...

Rumah ke 3 tapi facing North.. Tapi x tau jugak sbb tgk every row tu dia letak tempat lain2..