Monday, October 1, 2012

Variable Income - Overtime, Commission, Bonus

3 hari lepas ada satu e-mail masuk daripada bro Ghaffar bertanyakan tentang how to optimize our variable incomes (VI) e.g. commission, overtime, bonus & claim to be part as our other income for loan application?

Jawapan pertama saya kepada bro yang bertanya ni, sudahkah bro bertanya kepada pihak bank untuk dapatkan maklumat lanjut? Kalau sudah tapi mungkin nak tahu juga pendapat saya, boleh teruskan pembacaan entry kali ini. Buat pembaca-pembaca yang lain, kalau anda ada pengalaman yang mungkin berbeza, bolehlah kongsikan pengalaman anda di bahagian komen sebagai panduan pembaca-pembaca lain.

Perkataan optimize (is a BIG WORD actually) tu kalau mengikut pemahaman saya, boleh dijelaskan dalam konteks di bawah:

a) Dapatkan full utilize 100% VI as our total income. Bermaksud kalau overtime kita 1k kita nak pengiraan 1k juga sebagai income kita.

Saya pernah bertanyakan dengan pihak bank dulu (tahun 2006) mengenai claim sebab masa ni saya involve dengan projek, jumlah claim saya setiap bulan adalah > 3k. Tapi dinyatakan oleh pihak bank pada masa itu, claim adalah reimbursement dan ia tidak termasuk sebagai income kita.

Mengenai commission, overtime dan bonus - YES memang betul, ia boleh dikategorikan sebagai additional income. Tetapi harus diingat bahawa setiap bank mempunyai treatment yang berbeza mengenai VI ni. Ada bank yang saya tahu boleh ambik 100% daripada total VI ni, ada yang ambik 60%, ada yang kedekut pahit ambik 30% sahaja dan ada juga saya dengar, bank yang tak consider langsung.

Jadi saya cadangkan anda tanya soalan ini kepada banker (sebagai salah satu soalan checklist) masa nak apply loan tu.

b) Macamana nak memudahkan pihak bank untuk memproses variable income kita tu.
Saya telah menggunakan overtime income untuk pembelian Ayu Impian saya sebelum ini. Ini disebabkan oleh my current commitment yang sangat tinggi dan kalau harapkan my nett pay (daripada gaji hakiki) memang tak cukup/ lepas loan tu.

Every month saya memang simpan semua voucher pembayaran overtime as supporting documents. Biasanya bank memerlukan at least 6 bulan pembayaran overtime yang consistent, barulah dia boleh consider VI kita itu. Sertakan juga bank statement selama 6 bulan untuk menunjukkan duit overtime yang masuk setiap bulan.

Kalau anda declare overtime income dalam BE form (tax LHDN) lagi bagus, sertakanlah sekali BE form tu yang menunjukkan VI tu.


3 comments:

shah said...

yup saya dah tanye... kebanyakan bank ambik kira ot sebagai salah satu cara utk support loan application.. yg penting ade statement ot sekurang2 6 bln keatas dan ot tersebut tally with bank statement... cara pengiraan biassnya dia ambik average ( X 6 /6)..

shah said...

yup saya dah tanye... kebanyakan bank ambik kira ot sebagai salah satu cara utk support loan application.. yg penting ade statement ot sekurang2 6 bln keatas dan ot tersebut tally with bank statement... cara pengiraan biassnya dia ambik average ( X 6 /6)..

dzirhans said...

Yes betul tu..!