Wednesday, November 14, 2012

Ayu Impian Setia Alam - the Best Quality from PKNS

He he he ... dah terima komen pulak hari ni yang berbunyi - Kenapa AD (singkatan utk Adam Dzirhan) sekarang nak menulis dalam English? Pembaca-pembaca boleh cari banyak kat blog/ forum lain in English kan? Terkesan sekejap, tersedar dan terus menulis hari ini dalam bahasa kebanggaan kita. Mungkin sebenarnya AD dah hanyut dan terbuai dengan traffik beribu-ribu lemon yang masuk ke blog ini baru-baru ini.

Hari ini sempat meninjau progres projek perumahan Ayu Impian di Setia Alam. Kebetulan ada kerja nak buat di sana (bukan-bukan!..jangan fikir pula AD nak register untuk balloting Seri Kasturi walaupun sebenarnya teringin sangat-sangat, nampaknya telan ayaq liur jelah).

Pertama sekali sebenarnya nak tengok tiang lampu yang katanya dah dipasang. Lega bila tengok, depan rumah tak kena tiang lampu ni. Sila baca kisah tiang lampu sebelum ini kat SINI. Buat pengetahuan saudara RUCHAN, tiang lampu dipasang diantara rumah no 1 (kira daripada setiap baris rumah paling kanan) dan no 3 facing south, seterusnya adalah diantara rumah 11 & 13 pada baris yang sama (sila tengok foto kat bawah ni) dan terletak selang 5 buah rumah seterusnya.

Tiang Lampu
Kemudian tengok unit rumah AD kat bawah ni. Kalau macam ni progressnya, rasa-rasanya bulan 6 tahun depan boleh siap dan VP.

My House
Melihat kepada tajuk hari ini, mungkin AD boleh masuk pertandingan ni - Pertandingan Video Kreatif bertemakan PKNS DI SISIMU. Sila rujuk LINK ini untuk maklumat lanjut. Tapi memang betul, kalau tengok kualiti Ayu Impian dengan Ayu series yang lain memang nampak ketara perbezaanya. Mungkin juga PKNS nak justify harganya yang mahal. Buatannya cermat, barang-barang dalamannya pun nampak gah. Cuba tengok foto-foto kat bawah ni.


Tangga - laminated flooring

Tak tau ruang ni untuk apa..kat tepi family hall..mungkin AD boleh buat HOME OFFICE (SOHO) cari ilham menulis e-book pertama.

Boleh tahan sinki ni

Bilik Mandi

Master Bedroom

10 comments:

Mohd Aslam said...

cantik dan menarik.TAk sabar nak dtg nanti house warming.. hehe. Ke rumah utk flipping ni

dzirhans said...

insyaAllah Aslam.. tunggu renovation siap may be bulan Jun next year.. baru ada house warming

salfhi said...

Mmg cntek umah ni secntek hrganya.. Wow

dzirhans said...

Agak-agak kat Segamat boleh dpt rumah apa utk 500k++?

Nadot said...

cantiknyeeee.... .. best je tengokk...haiishh.. bile la sy boleh duduk rumah sndiri yg cantik2 gini... (^_^)

dzirhans said...

Hmm susahlah kalau ada perasaan gini.. Kena set in mind... if kita suka sure org lain pun suka..then sure laku cepat rumah ni.. Hehehe

Matjoe said...

bro akan tinggal umah ni ker? last time baca mcm beli area putrajaya

dzirhans said...

Tak duduk.. InsyaAllah jual.

Betul rumah PUJ tu utk stay..

salfhi said...

Msh blh dpt double storey bungalow..

Omar Gold Realty said...

owh.bbrp hari saya tiada..sudah ada 3 posts di sini...OK saya dah check area to-be-home, utk phase 1, dia letak lampu kt rumah corner (kt corner tu)..so utk phase 2, (i assume)my house yg ke-2 dari corner tak kene...