Monday, November 5, 2012

DwiPutra Putrajaya - Sales Chart Terkini


Hari ini sebelum berlepas ke Hong Kong, sempat juga aku tengok progress terkini projek ini, termasuklah status penjualannya. Nampaknya jualannya begitu menggalakkan. Tinggal satu unit sahaja yang belum terjual (bagi yang bersaiz 900sqt++). Kalau ikut foto kat atas ni, harganya adalah RM433k before 7% bumi discount. Yang sticker color biru tu, orang dah book rasanya, tapi mungkin loan buyer belum lepas lagi.

Kalau macam ini trendnya, walaupun hari-hari kita dimomokkan dengan cerita-cerita bubble akan burst, nampaknya orang masih nak membeli rumah lagi. Betullah orang cakap kalau awak tak nak beli sebab mahal, ada lagi orang lain yang mampu beli, kalau tidak masakan sold out juga.

Janganlah tanya kenapa aku masih menulis tentang projek ini (walaupun aku tak beli sebenarnya). Ada sentimental value sebab memang pada awalnya aku plan nak beli rumah ini. Tapi end up tak beli, sebab aku masih tak jelas dengan objektif pelaburan aku ketika itu.







6 comments:

Mohd Aslam said...

masih ramai mempunyai purchasing power yg kuat..sebab tu masih terus membeli.. Kalau boleh mendtgkan keuntungan,rembat je. Cuma agak kesian dgn rakyat yg masih mampu utk membeli rumah.

dzirhans said...

Salah satu sbb developer semua buat utk mud n high end market..

Kena tunggu prima jugalah..utk dpt yg affordable

salfhi said...

rumah high end ni msh ramai player/investor atau mmg pure buyer (4 own stay) yg beli?

johan ak said...

Apparently ni baru phase 1, phase 2 belum dibuka untuk jualan

dzirhans said...

Nampak mcm byk passive investor... Yg beli utk anak2 n simpan utk very long term investment

Halif Mohamad said...

Yup setuju, ramai yang invest dalam property sekarang ni. mak ayah tolong belikan untuk anak2..