Friday, November 2, 2012

Estana Garden Cafe - Mamak Daun Pisang Terbaik

Aku secara naturalnya memang tidaklah gemar sangat dengan makanan restoran mamak ni. Mungkin disebabkan tekak jawa aku ni yang dah terbiasa disuapkan dengan "tempe" sejak kecil. Namun sesekali tu ada pergi jugalah terutama yang berdekatan dengan office iaitu di Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang. Tu pun jarang sangat. Seingat aku, kali terakhir aku makan kat mamak adalah pada bulan September, masa aku buat ENTRY INI @ Nasi Ganja Ipoh.

Tapi semalam ada seorang kawan ni (aku rasa dia ni ada darah mamak kot) ajak pergi makan. Lama jugalah tak jumpa dia. Dan kalau jumpa dia ni tak sah kalau tak makan mamak kat Estana ni. So far dah dua kali dia ajak makan kat sini, memang lemak berkrim, lemak dalam badan pun bertambah-tambah serinya.

Tapi sebelum tu sebagai mukadimah. seperti biasa kalau jumpa dia ni, aku akan tanyakan khabar CONDO SUASANA SENTRAL dia. Luxury condo yang dia beli RM600k 10 tahun lepas (kalau aku tak silap) sekarang dah mencecah harga > 2 juta (700-800 psf) rasanya. Dia tak jual lagi sekarang sebab katanya market tak berapa bagus dan sekarang disewakan kepada expat.

Estana Garden Cafe ni terletak berhadapan Menara Standard Chartered, dekat-dekat area Wisma Jerneh. Kitaorang jalan kaki je from KL Convention. Tapi ada satu tempat kena melintas jalan raya besar yang bahaya dan agak scary jugaklah.

Kita mulakan dengan tengok-tengok dia punya display food kat bawah ni. Tengok pun dah teruja.




Sebagai pembasah tekak, aku order Manggo Lassi, harga nya RM7 kalau tak silap. Tapi lupa ambik fotonya. Masa tu hujan lebat, stuck dan tak dapat balik office cepat, so second round aku order Teh Masalah. Memang hilang segala masalah kerja aku bila minum teh ni.




Inilah main dish kami, nasi daun pisang. Aku ambik nasi separuh je (tapi tengok kat foto ni macam nasi penuh pulak). Yang aku tau paling atas tu ada ikan tenggiri goreng dan sotong masak lemak style india. Yang 4 sayur/ kekacang tu memang aku tak tau apa bendanya, main letak je kat situ. Rasanya pula ada rasa kari, ada masam sikit, ada lemak-lemak, kiranya bercampur-campurlah.



Last sekali cuba tengok kat bawah tu, inilah kas-kas terbaik dalam dunia. Kuah/ sauce dalam 4 bekas yang berbeza. Bila kena sekali tu perghh sampai ke tekak rasanya. Yang aku tau ada kuah kari ikan (mungkin secret resepi) yang dah disimpan dalam peti ais 1-2 hari. Kari ni kalau simpan 1-3 hari lagi sedap. Dalam bekas lagi satu tu ada sambal dia, memang ada ummmph! Kami order Rasam (rasem) juga tapi rasanya tak berapa nak kena dengan tekak aku ni.




Total harga makanan pada hari tu adalah RM71 untuk 5orang. Memang berbaloi!

9 comments:

salfhi said...

Dh abes mkn, lipat daun pisang.. Mcm dh biasa sgt ni..

salfhi said...

Dh abes mkn, lipat daun pisang.. Mcm dh biasa sgt ni..

dzirhans said...

Yes itu simbolik meaning dah kenyang!

Nadot said...

Tak brape minat mamak jugak... Tp tgk entry abg east ni rase nak serbu mamak skarang jugak! Hehe

dzirhans said...

Serbu sekarang juga..!

salfhi said...

Dh kenyang? Bkn mknanya sedap?

ReM said...

Aku pun kurang minat masakan mamak.. pekena sekali sekala ok gak...Nasi Kandar Yasin ok jugak

Matjoe said...

will try it someday, ahha bro keje tang mana, aku within reach gak la estana garden cafe.

dzirhans said...

Area KLCC