Saturday, November 17, 2012

Jalan-Jalan Hong Kong - Part 1

Sebenarnya Adam Dzirhan (AD) dah merancang percutian kali ini sejak bulan September lepas lagi. Objektif utamanya adalah tidak lain dan tidak bukan, dek kerna nak bawa anak-anak ke Disneyland. Untuk Nuryn pula, mungkin ini adalah hadiah untuknya sempena kecemerlangan dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.

AD memang tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi Hong Kong tapi banyak baca blog termasuklah informasi daripada kawan-kawan yang pernah ke sana. Sebelum pergi tu kena settlekan dan survey benda-benda kat bawah ni:

a) Tiket Penerbangan & Passport - pastikan passport tu valid lagi untuk 6 bulan. Visa tidak diperlukan sebab kami tidak rancang pun untuk ke Shenzhen. Kalau berniat ke Shenzhen tu, kenalah buat visa juga.

b) Hotel - Rate hotel kat Hong Kong ni boleh tahan mahalnya. AD dah book Regal Airport Hotel (booked via PYO Travel - RM700 untuk katil 2 queen), Holywood Hotel Disneyland (Travel Agent via MATTA fair RM1.1k untuk 2 katil queen termasuk tiga tiket masuk ke Disneyland (2 days pass) dan Kowloon Hotel (booked via Agoda - RM600 untuk bilik kecil 2 katil single). Pengajaran yang nak AD kongsikan, rajin-rajinlah hantar e-mail kepada pihak hotel directly (not travel agent) untuk confirmkan booking kita. Masalah telah berlaku bila AD nak check in Holywood Hotel, receptionist tu kata, booking AD adalah untuk hari semalamnya. Tak ke haru..! walaupun boleh diselesaikan, tapi AD membazir masa selama 2 jam++ kat hotel tu sebelum pihak hotel dapat selesaikan hal ini. Nasib baiklah diaorang ni fasih berbahasa Inggeris (senang nak communicate) dan masih ada kekosongan bilik pada hari itu.

c) Credit Card - dah bagitau pihak bank mengenai pemergian AD ke Hong Kong ni.

d) Maxis - walaupun maxis akan activate line (roaming) kita secara automatik tapi biasanya AD akan call juga sebab AD ada 2 line postpaid Maxis (AD dan Isteri) dan biasanya dia hanya activate satu line je. Roaming ini hanya sebagai emergency sahaja sebab chargenya mahal.

e) Cuaca - bila tengok forecast cuaca seminggu tu dalam 15 deg C. So tak perlulah nak sibuk-sibuk sangat bawa winter clothing. Cukup bawa jaket biasa je.

f) Adapter - tiada masalah sebab sama sahaj dengan negara kita. AD bawa juga plug yg combine 3/4 tu, kalau tak berebut dengan wife dan Nuryn untuk charge handphone, camera, masak air/ nasi etc.

g) Wireless - tiada wireless free dalam ketiga-tiga hotel ni. So far yang AD jumpa free, di airport dan Avenue of Stars.

h) Tukaran wang asing - masa tu tukarannya adalah RM41.40 = HKD100. Bawalah calculator atau guna IPhone calculator kalau nak shopping tu.

i) Pengangkutan - Kami cuba semua pengangkutan awam seperti Teksi, Ferri, Cable Car, MTR, Bas, Tram

Info berkenaan stesyen MTR:
  •    Monggkok - Ladies Market
  •    Disneyland - Disneyland
  •    Tsim Sha Tsui (TST) - Kowloon Hotel, Avenue of Star, Masjid Kowloon 
  •     Tung Chun - Cable Car Ngong Ping 360 - Lantau Island, Citigate Outlet
  •     Central - The Peak, ataupun sambung naik bas ke Stanley market
Bas memang tiada duit tukar, kena bagi exact atau lebih. Driver dia pula tak tau ckp Inggeris.
Teksi dia pula mahal sebab dia charge juga luggage yang kita bawa.

MTR memang convenience tapi entry/exit untuk pasengger yang bawa stroller satu je, kena cari melilau sana sini.

j) Makanan - AD memang bawa travel rice cooker, beras, maggi, roti, biskut, 3 in 1 Milo/Kopi, Sardin, Brahims yg dalam paket tu sebab makanan kat Hong Kong ni dahlah tak sedap, mahal pulak tu. Tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal - memang banyak.

k) Hard Rock Shop - Ada berdekatan stesyen Central dan juga di The Peak.

l) Cenderamata - for us Fridge Magnet is a must! tapi yang kalau nak beli yang cantik-cantik tu belilah dekat The Peak. T Shirt Hong Kong tu paling murah yang AD jumpa 6 helai = HKD100.

m) Shopping - T-Shirt Polo Ralph L kat Citigate outlet tu boleh tahan harganya. Kalau compare dengan JPO memang much-much better. Aku cuma beli perfume and wife pula beli barang-barang SKII dia sebab memang lagi murah. Sebenarnya aku masih lagi berhutang satu bag LV untuk wife (sebab dah settle penjualan rumah baru-baru ni), malangnya harga kat Hong Kong bila aku check lagi mahal RM200, so terpaksa cancel perancangan nak membelinya.

PLACES OF INTERESTS - IN THE NEXT ENTRY







6 comments:

Nadot said...

seronoknye berjalaaannn... haiishh.. bile la sy bley bercuti ni... huhuhu

dzirhans said...

but I think you won't like HK..food dia x sedap..!

MySham said...

Ada singgah makan dim sum & masakan cina halal di kantin pusat islam Wan Chai?

Ramai cina muslim, pak arab dan pelancung mcm kita pergi sini sebab makanan sedap dan harga pun berpatutan...



dzirhans said...

Syam, igtkan nak singgah juga.. Tapi masa x mengizinkan...

Aeillaz said...

tahnks for sharing especially the tips.. i and family akan fly ke sana 14th dec ni..

dzirhans said...

Wah bestnya...!