Saturday, November 3, 2012

Kisah TRAUMA dan Melancong Ke Tanah Hong Kong

Aku ada cerita dalam ENTRY INI yang kami sekeluarga akan ke Hong Kong pada bulan November.

Tarikhnya adalah minggu depan, jadi mungkin tiada bebelan aku mengenai hartanah pada hari-hari yang aku berada di Hong Kong ini. Mungkin juga ada review nanti untuk hartanah-hartanah di Hong Kong dari segi perbandingan harganya dengan hartanah di KL.

Walaupun air ticketnya dah beli lama tapi baru seminggu ni aku plan betul-betul itinerarynya. Sebagaimana Flipping Checklist, aku terpaksa jugak buat Travelling Checklist (yang penting-penting je) takut-takut ada benda-benda yang tertinggal nanti.

Sebenarnya aku masih TRAUMA dengan kejadian buruk yang berlaku semasa melancong ke luar negara sebelum ini. Seorang ahli keluarga aku telah hilang uncontactable selama 3 hari di negara orang. Memang masa tu, Allah sahaja yang tahu macamana perasaan pada ketika itu - cemas, risau semuanya bercampur-baur. Everyday kena pergi Balai Polis, Contact Kedutaan dan proses mencari di tempat yang kita tak familiar memang memeningkan. Alhamdulillah dengan kuasaNYA dapat juga jumpa pada hari ketiga.

Aku harap perjalanan kami kali ini akan dipermudahkan semuanya dan jangan ada benda-benda yang pelik lagi berlaku.


4 comments:

DeLinn said...

sapa yg hilang? kat mana? cerita pls

dzirhans said...

Will story 2U later...

It's such a nightmare experience!

salfhi said...

Kalau anak yg hilang lg la pening..

Matjoe said...

3 ari ilang? fuuuuu, such a nightmare. aku anak ilang 15 minit pun luruh jantung, ni kan pulak 3 ari.