Thursday, November 29, 2012

LAD Discussion - Tiada Yang Indah?

Entry ini adalah sambungan daripada kisah INI.

Di dalam sebuah bilik yang nyaman (walaupun airconnya berjenama cap ayam shj), bermulanya perbincangan diantara aku dan pihak developer. Aku pun pelik juga kenapalah mula-mula minah ni serious sangat, adakah sebab aku ni tak cukup ensem macam si A. Mukriz tu? Aku buat-buat biasa je sebab loan aku pun dicapitalized sampai 100%, walaupun jumlahnya nanti diumpuk, aku tak terasa sangat sebab aku tak perlu bayar progressive fee.

a) “En Adam, jika pihak encik mahukan tunai, kami hanya akan bayar 75% daripada jumlah LAD”, tersentak aku bila dengar kata-kata tu. Daripada aku kaya ~18k now tinggal 14k sahaja. Dia explainlah sebab-sebabnya, antaranya yang masuk kepala otak aku ialah rumah ni dah siap mengikut tarikh yang dijanjikan tapi CF tu yang delay selama 5 bulan. Oh OK, itu bukan masalah aku!

b) “Tetapi kalau encik tidak mahu terima offer kami yang pertama iaitu kami akan bayar dengar voucher full ~18k daripada syarikat cabinet dapur terkenal tanahair. Aku dah kira-kira kalau ambik voucher ni OK juga, tambah je lagi 22k, cukup 40k untuk mendapatkan dapur yang sempurna.

c) Kalau encik tidak setuju juga, kami cadangkan encik bayar prepayment maintenance fee G&G RM280 sebulan selama 2 tahun ke depan iaitu kira-kira RM6720. 75% bayaran itu nanti akan berdasarkan ~18k – 6.7k x 75%. Melalui option ni, aku rugi juga dalam 2.5k++.

d) Wah aku pening! tak boleh nak decide kat situ. Patutkah aku report to tribunal dan ambik lawyer lawan developer just untuk dapatkan extra 4k tu jer (macam tak berbaloi).

So macamana sahabatku sekalian jalan mana yang patut aku pilih a, b, c  atau d?

 

8 comments:

MySham said...

pilih option A..yang penting pegang cash dulu lepas tu beli la apa yang nak mcm buat kc

kalau option B - voucher ni kalau kurang tak dapat refund...memang akan kena tambah utk fully utilise

kalau option C - kalau prepayment lama sangat...in between mungkin nak jual rumah. kalau dapat diskaun/less jika buat prepayment mungkin boleh dipertimbangkan

kalau option D - kalau lawayer bagi servis FOC..boleh proceed :D

salfhi said...

msk tribunal x pyh hire loye bro.. tp kna justify amount yg nk claim tu equivalent dgn loss of income eg. rental income etc.. tp kalo 75% is gud 4 u, proceed je utk elakkn dr buang msa.. tp pyment slalunya xdpt at 1 shot

hafez said...

Tak boleh negotiate ke 75% tu. Minta naikkan 80% ke? Alasan? Gov tax? :)

Khalid Noor said...

Based on harga rumah of RM550k,assuming Tuan rent it out at say 6% gross yield, that would have been RM33k annually or RM2.75k per month.So for 125 days (4.1months), you should be getting RM11.3k in total rent. 

So against the 75% of the LAD offer of RM18.8k, which is RM14.1k, in my honest opinion, it's still more than the rental you would have made. Tuan can pejam mata, take the offer:)

dzirhans said...

Bro..

Appreciate ur suggestion...!

dzirhans said...

Yes Salfi.. forgot to mention it's going to 4 installment every quarter..!

dzirhans said...

Katanya itu reasonable rate upon considering all the delaying factors

dzirhans said...

This is indeed very good figures (comparison) justifying to opt for (a)