Wednesday, November 28, 2012

My LAD Discussion - Menekan dan sangat Merugikan

LAD merupakan singkatan kepada "Liquidated and Ascertained Damages" atau "Liquidated Agreed Damages". Tak sure mana satu yang lebih tepat tapi maksud dia lebih kurang macam ni - ia merupakan satu clause dalam SPA yang mengenai penalty for late completion. Biasanya untuk rumah under construction, developer akan bayar penalti 10% kalau project delay dan disiapkan lebih 2 tahun dari tarikh SPA.

Hari ini merupakan kali pertama aku pergi LAD discussion dan to be frank aku tak tau nak expect apa-apa. Lagipun tak ambik port sangat sebab aku memang busy dengan my kerja hakiki lately dan satu lagi sebab aku rasa jumlahnya mungkin hanya 2-3k sahaja. Dalam blog-blog juga tak banyak dinyatakan pasal benda-benda ni, so aku bulldoze je datang bila developer call untuk bincang pasal benda ini.

Mula-mula Senior Manager Sales tu bukak mulut, kalau ikutkan my SPA, kelewatan adalah selama 125 hari.

Berdasarkan kiraan 125/365 x 550,000 (harga rumah) x 10% = jumlah penalti adalah RM18,835.

Aku dah mula senyum kambing, boleh tahan banyak amount tu, ingatkan 2-3k sahaja, nampaknya macam boleh beli rumah lagi ni (tetiba terdetik dalam hati).

Baru sahaja nak rasa happy, tetiba diceritakan the bad news pulak

..... bad news akan diceritakan pada entry esok hari


5 comments:

hafez said...

Ada juga bahasa Inggeris pasar disebut sebagai Late At Delivery...haha. Pendapat saya yang pertama tu lebih tepat

dzirhans said...

Betul juga late at delivery tu..

salfhi said...

slalunya dvlper xmo byr full n propose new amount(read:kurang)..
fight 4 ur rite smpai ke tribunal!!!

Matjoe said...

lebih 4 bulan lewat tu. biasa la, bukan senang pemaju nk kasik duit. ada la loophole mana2 tu

majorarmstrong said...

apa project ini?