Tuesday, November 20, 2012

Soal Jawab 2 - Seri Intan Seri Kasturi

Nampaknya bertubi-tubi e-mail datang selepas saya publish entry sebelum ini. Kali ni saya nak share e-mail daripada En AF.

Salam En. Adam,

Ditakdirkan Allah SWT sebab Intan Kasturi ni, saya AF, melekat dgn http://nurynsophea.blogspot.com/. Cuma tak tau macamana nak post comment. so that's why saya email.

Baca posting latest En, berbesar hati saya sekiranye En. boleh rungkaikan beberapa perkara (btw, kakak berjaya balloting):

1) Nama bank & Pegawai merujuk kpd:
Dah jawab via e-mail

2) Apa cara or syarat utk amik bank non-panel, or totally tidak boleh?
Masa saya beli fasa pertama dulu, dia ada bagi clause dalam offer letter, the purchaser shall apply for a Loan from any one of the below End-Financiers ONLY. In this case memang tak boleh.

3) Ape advantage ambik panel bank, e.g., free loan disbursement, loan legal fee, etc?
Memang tiada option untuk ambil bank lain. Mungkin salah satu sebabnya adalah berkenaan dengan market value. Purchase price (A1) adalah murah sahaja, tapi additional works (A2 Upgrade) tu yang menyebabkan harganya mahal. Certain bank mungkin tak boleh bagi valuation = A1 + A2.
 
Saya ada apply 2 bank bukan panel sebelum ini dan kena tolak bulat2 dengan pihak bank. 

4) Ape freebies & promotion, if any, apart from free SPA legal fee?
Tiada

5) Harga sale mcmane?
 Your S&P will consists of 2 parts:

Seri Kasturi
SPA price RM96,000 (min) - RM100,000 (max)
Upgrading work RM133,000
Total price RM229,000 (min) - RM233,000 (max)
Seri Intan
SPA price RM68,000 (min) - RM72,000 (max)
Upgrading work RM113,000
Total price RM181,000 (Min) - RM185,000 (max)

The upgrading works which include change of ceramic tiles, door and other fittings.
So, ape final harga lepas Bumi 7% discount (apply pada total price or only on SPA price without upgrading price) ?

Memang dalam SPA ada schedule 1 (Purchase Price - 7%) dan schedule 2 (Upgrade works - 7%) for bumi. Tapi tak payah nak pening-pening, anggap sahaja harga adalah RM229,000 - 7% = ~213k (kasturi min) dalam SPA dan loan 90% adalah berdasarkan harga ~213k ini.


10 comments:

nana kaka said...

Tq. Pening pulak nak memilih unit nih tiket no 15_
Mohon advice unit kasturi mana yg best..

hafez said...
This comment has been removed by the author.
hafez said...

Salam Tuan, adakah loan kerajaan dibenarkan untuk projek ni?

dzirhans said...

Hmm susah soalan ni, x boleh jwb.

Kena tanya SP Setia, mungkin boleh kot

dzirhans said...

Wah tahniah.. Bagus number tu..

Try ambik facing south..if ada..

adli danial said...

Maknanya kalau jual kurang daripada 5 tahun, RPGTnya dikira daripada harga SPA kan? Teruk juga kena bayar RPGT kalau macam ni..

hafez said...

Masalah yang saya nampak, sebab projek projek apartment ni ada dua bahagian SnP. Nanti nak jual bawah 5 tahun, RPGT akan dikenakan pada basic unit atau disekalikan dengan kos upgrading.

dzirhans said...

Saya pernah jual rumah (rumah lain) yg ada cost upgrade, masa isi borang rgpt, harga belian disekalikan

hafez said...

terima kasih tuan atas penjelasan.

maya comel said...

Salam semua,

Sape2 buyer Intan/Kasturi yang nak apply loan RHB -2.3% bagitau ye...

0173638560