Monday, December 31, 2012

Flipping - Masih Relevankah Pada 2013

Nampaknya dah hampir setahun usia blog Flipping For Dummies (FFD) ini. Kalau yang berkahwin tu mungkin dah mempunyai anak sekarang. Dan mungkin juga yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan ini, lepas setahun now dah ada 2-3 buah rumah.

Memang objektif penulis sejak awal ingin membuka mata pembaca di luar sana, berkongsi maklumat mengenai alternatif pelaburan hartanah dengan berflipping. Jangan ditanya pula berapa income penulis daripada nuffnang, sejak register 7 bulan lepas, walaupun amountnya tak sampai RM100, Alhamdulillah bolehlah cash out juga.

Dan ramai juga yang memberi pendapat pelaburan penulis FFD ini lebih lumayan dan mewah daripada cabang pelaburan hartanah lain. Setelah sekian lama berdiam diri, aku harus mengaku hari ini jawapannya adalah BETUL. Dan pembaca blog dan kawan-kawan yang mengenali aku personally, mereka tahu aku agak mewah dengan pendapatan pelaburan hartanah ini. Namun duit sebanyak mana pun, kalau tak pandai nak rolling/pusing akan habis juga. Duit 100k sekarang memang dah semakin menyusut nilainya.

Sebab itulah dengan 100k pertama yang aku dapat dulu, aku pejam mata dan beli 4 buah rumah lain. Anda congak sendiri berapa untungnya sekarang selepas kesemua 4 buah rumah ini telah terjual. Dan sampai sekarang aku masih buat benda yang sama.

Tahniah kepada mereka yang berani ke depan. Tahniah juga kepada pembaca-pembaca muda (sekitar umur 23-25 tahun) yang telah terbuka mata mereka untuk memulai pelaburan hartanah ini.

Yang bekerja tu (kita adalah sama - tiada bisnes dan bukan juga datang daripada family kaya), kerjalah dengan tekun dan dapatkan SLIP GAJI yang terbaik. Untuk mengurangkan modal (deposit 10%), memang dan mungkin ada cara untuk mengurangkannya. NAMUN untuk dapatkan loan, kebergantungan terhadap slip gaji memang tidak dapat dinafikan. Kebiasaanya pihak bank memang sukar berunding kalau DSR% kita memang dah cukup tinggi.

*Work out what salary you require to aim for, to give you the monthly income you need buying a house*


Sunday, December 30, 2012

Claim VAT in Paris

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Inilah harinya, aku akan pulang ke tanah air selepas lebih 3 minggu berada di bumi eropah ni, memang dah tak sabar sangat nak balik. Jalan-jalan atau kerja di luar negara ini sebenarnya seminggu je yang best, lebih daripada tu memang dah tak lalu dah, nak balik je rasanya. Aku ada jumpa juga hari tu, seorang pensyarah muda UiTM yang ada konvensyen di Paris selama 3 minggu, nampaknya dia pun dah tak tahan nak balik, macam aku juga.

Cerita pasal claim VAT pula, inilah kali pertama aku claim VAT sebab rasanya, aku ada significant amount yang kiranya berbaloi untuk beratur dan claim ni. Kalau dikutkan aku boleh claim di semua negara-negara yang dilawati seperti di bawah:

a) Budapest, Hungary - aku ada tanya juga kedai tu, semuanya macam blur-blur nak jawab. Kebanyakkanya tidak fasih berbahasa Inggeris.

b) Prague, Republic Czech - aku ada try buat claim di Hard Rock Cafe, borang semua dah isi, tapi bila aku cakap my last flight to non-EU adalah dari Paris. Dia pun tak tau nak buat macam mana and kat mana nak claim.

c) Vienna, Austria - aku nak claim di kedai cenderamata, sama sahaja masalahnya seperti di Prague. Aku abaikan sahaja.

Harapan aku cuma di Paris sahaja. Aku ada baca juga di blog-blog lain tentang cara-cara nak claim VAT refund ni tapi explainationnya masih kabur.

Semasa di Paris, aku check dikesemua 5 tempat shopping di bawah, dan semuanya memerlukan minimum requirement EURO170 sebelum kita boleh claim VAT ni.




1. La Valleee Village Premium Outlet - aku tanya semua kedai-kedai kat sini, katanya tak boleh combine resit. Dalam satu kedai tu, kalau berbelanja lebih EURO 179 baru boleh claim VAT. Aku try claim VAT di kedai Ralph Lauren dan Longchamp, katanya VAT refund cuma boleh dibuat di airport. Entah betul ke tidak tak taulah.
 
 

2. LAFAYATTE - Di sini boleh combine semua resit (kecuali LV), kalau lebih EURO170, baru boleh claim VAT ni. Jadi kalau rasa-rasa nak spend EURO 170 tu semasa di Paris, kalau nak beli handbag, minyak wangi, make-up dan barang-barang lain, aku cadangkan belilah semuanya kat sini.
 
 

3. Disneyland Paris - memang kena spend lebih EURO 170
 
 
 
4. LV - yang for sure dapat VAT sebab handbag dia mana ada yang kurang daripada EURO 170


 

5. Sephora - pun kena spend lebih EURO 170

Disebabkan ada minimum requirement ni, kami cuma berbelanja di kedai No 1 (La Vallee) & No 2 (Printemps) sahaja.


Untuk Kedai No 2 (Printemps) ni, caranya memang sangatlah mudah:

a) Masa nak bayar tu, cakap dengan Sales Assistant yang kita nak claim VAT untuk semua belian kita.

b) Dia akan minta kita punya passport dan akan masukkan dalam system dia. Simpan semua resit-resit ini.

c) Untuk handbag CHANEL and LV pula, katanya satu passport, kita cuma boleh beli satu bag dalam masa 6 bulan untuk claim VAT ni. Kitaorang iya-kan jelah sebab memang tak nak beli lebih pun.

d) Bawak semua resit tu ke kaunter VAT, yang peliknya kenapa orang-orang yang kerja kat kaunter VAT tu semua orang Jepun?

e) Dia akan bagi option untuk claim. Dokumen yang diperlukan adalah semua resit-resit, passport, credit card dan juga barang-barang yang dibeli (just in case dia nak tengok).

  • Credit Card 12% - dapat balik claim dalam masa 1-2 bulan terus credit dalam CC.

  • Cash at Printemps 10.8% - boleh dapat cash terus tapi lepas settle everything kat kaunter VAT ni, kena pergi pula tingkat atas untuk claim cash ni. Dia juga akan bagi satu surat dan kita masih kena dapatkan cop di airport dan kena poskan balik surat kepada mereka. Kalau tak dia akan tolak balik amount VAT tu from our credit card.

  • Cash at Airport 10.8%.
* Aku pilih option no 2 sebab aku rasa cepat dan pantas. No 1 tu macam memperjudikan nasib kita sebab aku dengar ada juga case yang kita tak dapat balik duit claim tu. Dan kena buat fotocopy semua form/resit just in case ada masalah tak dapat claim in the future.

Untuk Kedai No 1 (La Vallee) pula, aku claim di airport. Dokumen yang diperlukan adalah passport, resit-resit, boarding pass or print out tiket (kalau belum check in lagi) dan barang2 yang nak claim tu.

a) Dapatkan cop untuk resit-resit daripada pegawai yang macam police kat sebelah VAT kaunter tu. Ikut nasiblah sebab kadang-kadang dia minta tunjukkan barang yang dah dibeli. Dalam kes aku, dia mintak juga tapi aku cakap dah masuk dalam lugage, then dia nak jugak at least the paper bag. Terpaksalah aku keluarkan juga from lugage.

b) Aku dapatkan cop juga untuk barang2 yang dah claim di kedai 1 di atas, masukkan ke dalam envelop dan seterusnya poskan ke dalam mailbox yang disediakan.

c) Lepas (a), aku terus ke kaunter VAT bersebelahan, dia print satu resit, kita kena tulis alamat kita di Malaysia.

d) Seterusnya dia bagi nombor queue untuk claim VAT, kita boleh claim dalam apa-apa matawang yang kita nak tapi MYR takde OK tetapi Sing Dollar ada. Btw aku suggest ambik je EURO sebab exchange dia sangatlah merugikan kat situ.

e) Setiap satu resit tu pula dia akan charge 3 komisyen EURO, memang rugi betullah macam ni.



Wednesday, December 26, 2012

Jalan Jalan Paris - Part 1

Semalam blog ni dah kena "hack", kalau ada sesiapa yang cuba masuk, mereka akan dapat mesej "blog has been removed".

Bak kata RUCHAN dan beberapa e-mail lain yang telah dihantar, memang dah dekat 3 minggu ni sebenarnya tiada entry berkenaan dengan hartanah. Memang tiada apa yang hendak dikemaskini memandangkan penulis masih lagi berada nun jauh di perantauan.

Hari ni aku tiba di Paris sebelum pulang ke negara terchenta minggu depan. Penerbangan Air France dari Budapest selama 2 jam dan 20 minit hari ini telah tertangguh sejam dan aku jadi lewat tiba di CDG France, iaitu kira-kira jam 7 malam. Dari CDG kami tidak mengambil teksi (~EURO 60), sebaliknya kami menaiki train RER ke kota Paris (EURO 9.80 seorang), kalau dikirakan dah jimat RM170 tu. Aku hanya ada 5 hari sahaja untuk berjalan di Paris dan harapnya boleh cover semua tempat-tempat yang menarik di kota ini.

Selalunya aku akan check weather forecast dulu sebelum berjalan ni dan memang tak berapa best bila dapat tahu 2 hari pertama tu adalah mendung dan hujan. Nampaknya memang kena plan betul-betul dan 2 hari pertama dengan cuaca sebegitu seharusnya diisi dulu dengan aktiviti shopping dan lawatan ke muzium.

Selepas check-in di hotel, kami terus menuju stesyen berdekatan Eiffel Tower iaitu Bir Hakim untuk mengambil foto Eiffel Tower pada waktu malam. Sesiapa yang dah biasa pergi ke Paris, kebiasaanya mereka memang akan buat benda yang sama iaitu akan mengambil foto pada waktu siang dan juga waktu malam.


 
 
 
 

Friday, December 21, 2012

Pretty Vienna, Austria dan Kerinduan Yang Melampau

Memang bila tiba weekend je, aku akan merancang mana nak pergi atau ke destinasi seterusnya. Dan minggu ini kami telah plan untuk ke Vienna, Austria. Walaupun kota ini dikatakan tidaklah secantik dan sesempurna Prague, tapi aku rasa Vienna ada tarikan tersendiri dan lagi menarik daripada Paris (jangan ambik kira faktor Eiffel Tower & shopping) yang banyak digembar-gemburkan dan kotor itu.

Bila nampak gambar budak-budak kat foto ini, tetiba rasa kerinduan yang amat pula terhadap anak-anak di rumah. Apa khabarkah mereka? walaupun hari-hari aku telefon, tapi tak akan sama kalau melihatnya di depan mata. Memang tiada plan untuk membawa mereka bersama kali ini disebabkan cuaca yang tersangat sejuk dan sesungguhnya memang tidak sesuai untuk mereka.

 
Terjumpa benda ini masa dalam perjalanan menaiki tram. Terminator kot.
 
 
Dan tidak sah kalau tidak menonton concert beethoven/mozart semasa di Vienna.
 
 
Mercu tanda popular Vienna @Stephenplatz
 
 
Tasik pun beku disebabkan kesejukkan yang melampau
 
 
 
 

Thursday, December 20, 2012

Dividen dan Bonus ASB 2012 - 8.9%

Waktu sekarang adalah pukul 5.30 pagi di Budapest dan aku menerima whatapps mengenai pengumuman dividen dan bonus ASB.

Inilah harinya, hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan daripada kita. Hari dimana kita akan tahu berapakah dividen ASB dan bonus pada tahun 2012.

Kalau pada tahun lepas (2011), pelabur telah menerima dividen 7.65 sen + 1.15 sen bonus (8.8%), tahun ini dijangkakan akan lebih daripada 9%. Harap-harap begitulah.

**Update**
Nampaknya apa yang diharap-harapkan tidak menjadi kenyataan, dividen diumumkan pada kadar 7.75 sen dan bonus 1.15 sen.

TOTAL =  8.9%.


Monday, December 17, 2012

Mengharungi Salji Tebal di Prague, Czech

Destinasi aku seterusnya adalah Prague, memang telah dikenali sebagai antara kota paling cantik di Europe. Dek kerana kesibukkan tugas, aku tak sempat nak cerita panjang tentang kota ini.

InsyaAllah bila balik Malaysia nanti boleh buat travellogue.

Salji tebal on the way to Prague Castle


The famous Charles Bridge


Hard Rock Cafe - wajib beli T-SHIRT

Thursday, December 13, 2012

Seri Jati - Project Progress

I have received these 2 pictures sent by Mr W. Thank you very much to him, at least I have something to write about today. And for Seri Jati buyers out there, you might also interested to see the progress of this project.





I haven't received the first billing from SPS and thinking that it's still at land clearing stages. However, by looking at the photos above, land clearing had been completed and they have commenced the construction work of Seri Jati.

I know that SPS can deliver, OR will deliver this project on time (we'll see!)

So far I haven't received any calls from the agent pertaining to this property. It's too early to tell and hopefully I can see the real increase of the price (in the future) towards letting it go now.


Tuesday, December 11, 2012

HRC, Fridge Magnet & Makanan Halal

Alhamdulillah, nampaknya salji pun dah berkurangan (tengok foto kat bawah tu) dan semakin nipis, jadi lepas ni aku tak perlulah risaukan kesejukkan nak keluar pergi kerja pagi-pagi tu.



Sekarang ni memang tengah boring sangat, sebab wifey hari Jumaat ini baru sampai sini. Memang blur tak tahu aktiviti apa, nak buat lepas kerja. Kalau pergi jalan sorang2 sekarang, nanti dia datang sure aku kena ulang balik tawaf setiap kedai/ bangunan/ castle yang ada, menjadi calculator bergerak convert duit Hungary forint to ringgit Malaysia, dan juga menjadi banker terhormat masa nak buat pembayaran.

Kita tengok waktu sembahyang kat sini. Nampaknya memang aku kena qada' (haram) setiap hari untuk Zuhur 11.38, Asar 1.35 dan Maghrib 3.53.

Aku dah start kena gatal-gatal yang agak teruk sebab kulit kering. Walaupun aku bawak dan standby 3 botol besar krim Rosken nampaknya macam tak berkesan untuk cuaca serendah -10 degree celcius ni. Macam duduk dalam freezer je rasanya.

Benda yang aku cari (kalau pergi tempat oranglah) memanglah senantiasa sama (dah boleh predict):

a) T Shirt HRC - mungkin next time boleh buat peraduan dan hadiahnya T Shirt HRC ni.


b) Fridge Magnet

 
b) Makanan Halal. Sebenarnya aku dah kembang tekak tahap maksima nak makan makanan Turki ataupun Syria (foto kat bawah ni). Nak muntah pun ada bila tengok banyaknya dia letak susu masam. Last-last hari ni aku bukak Brahims yag aku bawak from KL dan bila makan tu, ooo nikmatnya macam dah tak jumpa makanan setahun.
 
 
 
 

Monday, December 10, 2012

Beku di Eastern Europe

Kapal terbang telah mendarat di Ferihegy Airport dalam pukul 11.30am. Sebelum touch down tu dah nampak sesuatu yang sangat tidak menarik menurut pandangan mata kasar aku ni. Nampak suasana dan warna keputihan pada seluruh daratan. OMG kenapa ada salji? Aku tak ready lagi dengan pakaian yang sesuai sebab semua winter clothing yang tebal untuk < -10 degree celcius semuanya masih berada di dalam luggage.

Ketika itu badan aku hampir beku, kejang, tangan berwarna merah menusuk ke tulang, telinga pula sakit dicucuk-cucuk kesejukkan. Seluar jean yang tebal yang aku pakai tu tak membantu langsung.

Salji yang hampir kering

Keadaan jalan menjadi begitu licin.

Sebelum sampai aku dah siap-siap request nak bilik yang facing the Danube River, Subhanallah dengan rezekiMU aku telah sampai ke bandar yang terlalu indah dan nyaman ini.

Waduh bangunan-bangunan di bandar ini nampaknya beyond my expectation, semuanya unik dan spectacular. Macam semua bangunan kat sini aku nak ambik gambonya. Mungkin bandar ini boleh dikatakan lebih cantik daripada bandar Amsterdam. Cuba tengok bangunan kat bawah ni, semuanya lebih kurang sama. Bangunan lama yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!





Friday, December 7, 2012

SPS Die Hard Fan

Ada blogger terkenal ni bagi aku gelaran di atas. Sebenarnya aku ada juga beli rumah-rumah daripada developer lain yang ada brand dan tersohor, contohnya Sime Darby, PKNS, Glomac & INP. Tapi treatment SPS memang lain, so far mengikut pendapat aku yang tidak bias ini, SP Setia memang yang terbaik.

Contohnya - selain servis dan perkhidmatan yang tip-top, dia bagi aku card privilege ni. Kalau anda pembeli produk SP Setia, tunggulah nanti, anda akan dapat kad ini juga. Beli rumah dapat points, beli banyak rumah dan beli rumah yang lagi mahal, lagilah banyak points yang kita akan dapat, lebih kurang macam kad bonuslink jugaklah. Sampai cukup point boleh claim hadiah dia nanti.

Macamana...ada berani?





Wednesday, December 5, 2012

Tuntutan Kerja Ke Eropah & LEND A HELPING HAND 2012

Kalau ikutkan hati kecil aku ni, memang aku nak join seminar yang RN organize minggu ini - "LEND A HELPING HAND 2012". Tapi apakan daya, dah tertulis aku terpaksa ke luar negara di atas nama tugas hakiki sehingga akhir bulan ini. Mana tahu aku boleh jumpa pelabur-pelabur hartanah di luar sana dan sama-sama bertukar buah fikiran. Dan melalui networking ini akan membutirkan sebuah projek yang bagus!

**Buat organizer, aku doakan seminar ini menjadi sesuatu yang terbaik yang pernah anda dikendalikan**

Selama 3 minggu ini juga, mungkin tiada entry hartanah dalam blog ini selain gambar-gambar salji yang banyak menyelubungi sebahagian besar tanah eropah pada musim sejuk ini. Antara bandar yang bakal dikunjungi adalah PARIS, kata orang, bandar ini bandar romantik, mungkin sesuailah juga sebab trip kali ini merupakan trip honeymoon berdua-duaan sahaja. Anak-anak ditinggalkan di kampung.




Banyak preparation berkaitan hartanah yang perlu aku buat sebelum terbang ni, sebab ada beberapa rumah sekarang yang masih dalam proses jualan (banyak stagenya), ada yang tengah dalam proses belian dan sebagainya. Aku memang tiada runner, jadi 100% memang berharap kepada kawan ataupun e-mail, kalau ada isu-sisu berbangkit yang berkaitan dgn hartanah ni.

Ke Eropah ini memang 100% atas tuntutan kerja bukannya berjalan-jalan, melepak-lepak menghadiri kursus, berseminar atau menghadiri training. Sebaliknya aku yang kena conduct training dan berdikusi tentang isu kerja. Kalau training pasal flipping, bolehlah juga aku goreng sampai hangit, tapi ini lain...sesuatu yang memang mencabar akal dan minda.


Tuesday, December 4, 2012

Seri Kasturi Setia Alam - The Bestest unit?

Mungkin anda semua nak tahu dalam beribu-ribu unit Seri Intan dan Seri Kasturi, apakah unit-unit yang dipilih oleh pembeli-pembeli terawal - No 1, No 2 & No 3 semasa balloting hari tu? Pening ke mereka-mereka ni walaupun dapat nombor-nombor terawal? Kalau akupun sure pening sebab bila kat dalam tu, banyak sangat pilihan, kalau salah pilih menyesal pula nanti.

Betulkah tekaan aku? dan tekaan anda semua? walaupun semuanya telah berakhir, unit-unit pun dah SOLD OUT, aku sekadar nak berkongsi maklumat ini untuk future potential pembeli Seri Mutiara.

Kalau ikutkan entry aku sebelum ini, aku rasa buyer akan pilih blok 2 dulu, unit-unit yang berhadapan dengan urban park. Mari kita tengok apa yang mereka-mereka ini pilih:

a) No 1 - seorang aunty chinese beria-ia benar nak level 8 block 1 facing urban park/south. Mungkin aunty ni tak perasan yang block 1 tu dah kena reserve dengan staff!

Setelah menunjukkan rasa tak puas hati, last-last dia pilih BLOCK - 2, TINGKAT - 8, FACING - URBAN PARK, RUMAH NOMBOR 3

b) No 2 - pasangan suami isteri melayu. Nampaknya pasangan ini begitu yakin dan tidak ragu-ragu dengan pemilihan mereka.

Mereka pilih BLOCK - 2, TINGKAT - 8, FACING - URBAN PARK, RUMAH NOMBOR 6

c) No 3 - chinese, dia nak pilih juga unit yang aunty nombor 1 tu pilih, iaitu unit 2-8-3 tapi end up kena pilih unit lain dalam tingkat yang sama.



**KESIMPULANNYA UNIT TERBAIK ADALAH NO 2-8-3**


- betul ke? kalau tak takkan Buyer No 1 & No 3 nakkan unit yang sama. Buyer No 2 tu aku rasa, kalau aunty tu tak pilih sure dia akan sambar unit 2-8-3 ni juga.

Sunday, December 2, 2012

Setia Eco Hill Semenyih - SPS reveals the Master Plan

Refer below for the other entries related to SEH project:
a) Setia Eco Hills - Introduction
b) Setia Eco Hills - Site Clearing 

This is what we are waiting for....finally SP Setia reveals on the town planning for the Setia Eco Hill project in Semenyih.

By looking at the master plan, ~700 acres in my opinion, is actually quite a small township (definitely not as big as Setia Alam). And this could be one of the vital the reason that SPS is now working very hard to acquire another piece of land nearby, called Eco Mas (~1000 acres).

From the master plan also I could see Eco Hill will be divided into 3 precinct (they name it precinct again, like Setia Alam). There are some plot reserved for schools, unfortunately I could not see any, reserved for Shopping Complex (no future Setia City Mall in Semenyih?).

a) Presint 2 & 3 - Bungalow & Semi-D and Superlink (may be around ~70% of the whole township). I wish that I could secure one semi D unit for investment, targetting for upgraders. There will be a club house too, to be built here.



b) Only 1 pocket of superlink houses across the LEKAS highway.



Million thanks to the SPS staff working on this project, they are very friendly and quite helpful answering all my questions. Btw, currently not much details I could gather, on these Precinct 2 & 3(semi-D/ Bungalow - e.g. information like the sizes, price and also the launch date).

c) All the double storey houses (other than superlinks) and apartments are to be built at Precinct 1. You can see below there're 4 pockets. Based on the information given by the SA:, they are all guarded only (not gated).

a) The 1st pocket (nearest to exit, after TESCO Semenyih) is 20 x 65, going to be launched in April 2013 at ~380k

b) The 2nd & 3rd pocket are 20 x 70. You can see one roundabout there, (near to the 3rd pocket) is a direct access the LEKAS highway (around 1 km to Semenyih exit)

c) The last piece of the plot is 22 x 75.




d) You can see the canal walk at each pocket (see below). Surely people die-die will choose units next to this canal walk first.



e) The 22 x 75 is to be built next to the lake (recreation park), reason for the houses to command a higher price.