Monday, December 10, 2012

Beku di Eastern Europe

Kapal terbang telah mendarat di Ferihegy Airport dalam pukul 11.30am. Sebelum touch down tu dah nampak sesuatu yang sangat tidak menarik menurut pandangan mata kasar aku ni. Nampak suasana dan warna keputihan pada seluruh daratan. OMG kenapa ada salji? Aku tak ready lagi dengan pakaian yang sesuai sebab semua winter clothing yang tebal untuk < -10 degree celcius semuanya masih berada di dalam luggage.

Ketika itu badan aku hampir beku, kejang, tangan berwarna merah menusuk ke tulang, telinga pula sakit dicucuk-cucuk kesejukkan. Seluar jean yang tebal yang aku pakai tu tak membantu langsung.

Salji yang hampir kering

Keadaan jalan menjadi begitu licin.

Sebelum sampai aku dah siap-siap request nak bilik yang facing the Danube River, Subhanallah dengan rezekiMU aku telah sampai ke bandar yang terlalu indah dan nyaman ini.

Waduh bangunan-bangunan di bandar ini nampaknya beyond my expectation, semuanya unik dan spectacular. Macam semua bangunan kat sini aku nak ambik gambonya. Mungkin bandar ini boleh dikatakan lebih cantik daripada bandar Amsterdam. Cuba tengok bangunan kat bawah ni, semuanya lebih kurang sama. Bangunan lama yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!