Sunday, December 30, 2012

Claim VAT in Paris

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Inilah harinya, aku akan pulang ke tanah air selepas lebih 3 minggu berada di bumi eropah ni, memang dah tak sabar sangat nak balik. Jalan-jalan atau kerja di luar negara ini sebenarnya seminggu je yang best, lebih daripada tu memang dah tak lalu dah, nak balik je rasanya. Aku ada jumpa juga hari tu, seorang pensyarah muda UiTM yang ada konvensyen di Paris selama 3 minggu, nampaknya dia pun dah tak tahan nak balik, macam aku juga.

Cerita pasal claim VAT pula, inilah kali pertama aku claim VAT sebab rasanya, aku ada significant amount yang kiranya berbaloi untuk beratur dan claim ni. Kalau dikutkan aku boleh claim di semua negara-negara yang dilawati seperti di bawah:

a) Budapest, Hungary - aku ada tanya juga kedai tu, semuanya macam blur-blur nak jawab. Kebanyakkanya tidak fasih berbahasa Inggeris.

b) Prague, Republic Czech - aku ada try buat claim di Hard Rock Cafe, borang semua dah isi, tapi bila aku cakap my last flight to non-EU adalah dari Paris. Dia pun tak tau nak buat macam mana and kat mana nak claim.

c) Vienna, Austria - aku nak claim di kedai cenderamata, sama sahaja masalahnya seperti di Prague. Aku abaikan sahaja.

Harapan aku cuma di Paris sahaja. Aku ada baca juga di blog-blog lain tentang cara-cara nak claim VAT refund ni tapi explainationnya masih kabur.

Semasa di Paris, aku check dikesemua 5 tempat shopping di bawah, dan semuanya memerlukan minimum requirement EURO170 sebelum kita boleh claim VAT ni.




1. La Valleee Village Premium Outlet - aku tanya semua kedai-kedai kat sini, katanya tak boleh combine resit. Dalam satu kedai tu, kalau berbelanja lebih EURO 179 baru boleh claim VAT. Aku try claim VAT di kedai Ralph Lauren dan Longchamp, katanya VAT refund cuma boleh dibuat di airport. Entah betul ke tidak tak taulah.
 
 

2. LAFAYATTE - Di sini boleh combine semua resit (kecuali LV), kalau lebih EURO170, baru boleh claim VAT ni. Jadi kalau rasa-rasa nak spend EURO 170 tu semasa di Paris, kalau nak beli handbag, minyak wangi, make-up dan barang-barang lain, aku cadangkan belilah semuanya kat sini.
 
 

3. Disneyland Paris - memang kena spend lebih EURO 170
 
 
 
4. LV - yang for sure dapat VAT sebab handbag dia mana ada yang kurang daripada EURO 170


 

5. Sephora - pun kena spend lebih EURO 170

Disebabkan ada minimum requirement ni, kami cuma berbelanja di kedai No 1 (La Vallee) & No 2 (Printemps) sahaja.


Untuk Kedai No 2 (Printemps) ni, caranya memang sangatlah mudah:

a) Masa nak bayar tu, cakap dengan Sales Assistant yang kita nak claim VAT untuk semua belian kita.

b) Dia akan minta kita punya passport dan akan masukkan dalam system dia. Simpan semua resit-resit ini.

c) Untuk handbag CHANEL and LV pula, katanya satu passport, kita cuma boleh beli satu bag dalam masa 6 bulan untuk claim VAT ni. Kitaorang iya-kan jelah sebab memang tak nak beli lebih pun.

d) Bawak semua resit tu ke kaunter VAT, yang peliknya kenapa orang-orang yang kerja kat kaunter VAT tu semua orang Jepun?

e) Dia akan bagi option untuk claim. Dokumen yang diperlukan adalah semua resit-resit, passport, credit card dan juga barang-barang yang dibeli (just in case dia nak tengok).

  • Credit Card 12% - dapat balik claim dalam masa 1-2 bulan terus credit dalam CC.

  • Cash at Printemps 10.8% - boleh dapat cash terus tapi lepas settle everything kat kaunter VAT ni, kena pergi pula tingkat atas untuk claim cash ni. Dia juga akan bagi satu surat dan kita masih kena dapatkan cop di airport dan kena poskan balik surat kepada mereka. Kalau tak dia akan tolak balik amount VAT tu from our credit card.

  • Cash at Airport 10.8%.
* Aku pilih option no 2 sebab aku rasa cepat dan pantas. No 1 tu macam memperjudikan nasib kita sebab aku dengar ada juga case yang kita tak dapat balik duit claim tu. Dan kena buat fotocopy semua form/resit just in case ada masalah tak dapat claim in the future.

Untuk Kedai No 1 (La Vallee) pula, aku claim di airport. Dokumen yang diperlukan adalah passport, resit-resit, boarding pass or print out tiket (kalau belum check in lagi) dan barang2 yang nak claim tu.

a) Dapatkan cop untuk resit-resit daripada pegawai yang macam police kat sebelah VAT kaunter tu. Ikut nasiblah sebab kadang-kadang dia minta tunjukkan barang yang dah dibeli. Dalam kes aku, dia mintak juga tapi aku cakap dah masuk dalam lugage, then dia nak jugak at least the paper bag. Terpaksalah aku keluarkan juga from lugage.

b) Aku dapatkan cop juga untuk barang2 yang dah claim di kedai 1 di atas, masukkan ke dalam envelop dan seterusnya poskan ke dalam mailbox yang disediakan.

c) Lepas (a), aku terus ke kaunter VAT bersebelahan, dia print satu resit, kita kena tulis alamat kita di Malaysia.

d) Seterusnya dia bagi nombor queue untuk claim VAT, kita boleh claim dalam apa-apa matawang yang kita nak tapi MYR takde OK tetapi Sing Dollar ada. Btw aku suggest ambik je EURO sebab exchange dia sangatlah merugikan kat situ.

e) Setiap satu resit tu pula dia akan charge 3 komisyen EURO, memang rugi betullah macam ni.