Thursday, December 20, 2012

Dividen dan Bonus ASB 2012 - 8.9%

Waktu sekarang adalah pukul 5.30 pagi di Budapest dan aku menerima whatapps mengenai pengumuman dividen dan bonus ASB.

Inilah harinya, hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan daripada kita. Hari dimana kita akan tahu berapakah dividen ASB dan bonus pada tahun 2012.

Kalau pada tahun lepas (2011), pelabur telah menerima dividen 7.65 sen + 1.15 sen bonus (8.8%), tahun ini dijangkakan akan lebih daripada 9%. Harap-harap begitulah.

**Update**
Nampaknya apa yang diharap-harapkan tidak menjadi kenyataan, dividen diumumkan pada kadar 7.75 sen dan bonus 1.15 sen.

TOTAL =  8.9%.