Tuesday, December 11, 2012

HRC, Fridge Magnet & Makanan Halal

Alhamdulillah, nampaknya salji pun dah berkurangan (tengok foto kat bawah tu) dan semakin nipis, jadi lepas ni aku tak perlulah risaukan kesejukkan nak keluar pergi kerja pagi-pagi tu.



Sekarang ni memang tengah boring sangat, sebab wifey hari Jumaat ini baru sampai sini. Memang blur tak tahu aktiviti apa, nak buat lepas kerja. Kalau pergi jalan sorang2 sekarang, nanti dia datang sure aku kena ulang balik tawaf setiap kedai/ bangunan/ castle yang ada, menjadi calculator bergerak convert duit Hungary forint to ringgit Malaysia, dan juga menjadi banker terhormat masa nak buat pembayaran.

Kita tengok waktu sembahyang kat sini. Nampaknya memang aku kena qada' (haram) setiap hari untuk Zuhur 11.38, Asar 1.35 dan Maghrib 3.53.

Aku dah start kena gatal-gatal yang agak teruk sebab kulit kering. Walaupun aku bawak dan standby 3 botol besar krim Rosken nampaknya macam tak berkesan untuk cuaca serendah -10 degree celcius ni. Macam duduk dalam freezer je rasanya.

Benda yang aku cari (kalau pergi tempat oranglah) memanglah senantiasa sama (dah boleh predict):

a) T Shirt HRC - mungkin next time boleh buat peraduan dan hadiahnya T Shirt HRC ni.


b) Fridge Magnet

 
b) Makanan Halal. Sebenarnya aku dah kembang tekak tahap maksima nak makan makanan Turki ataupun Syria (foto kat bawah ni). Nak muntah pun ada bila tengok banyaknya dia letak susu masam. Last-last hari ni aku bukak Brahims yag aku bawak from KL dan bila makan tu, ooo nikmatnya macam dah tak jumpa makanan setahun.
 
 
 
 

9 comments:

salfhi said...

susah2 lu bg je t-set hrc tu kt gua bro he3.. saiz l ye

dzirhans said...

Ini tidak adil..hehehe

Matjoe said...

HRC shirt collector tu, taste orang kaya kaya. bro, beli satu dekat gwa HRC shirt tu, saiz gua L. harga bukan halangan (chewahh) nak design mcm dlm gambar tu la. aku baru ada yg bangkok jer.

dzirhans said...

Sure ke L, kecik tu..hehehe

Harga dia boleh tahan sama cam kat HK - RM125

Farid Adam said...

ada lagi ke offer nih? mintak saiz M ye! hehe

- www.FaridAdam.com -

Nadot said...

saye nak size XXXXL ade? hahahaha

seronoknyee tengok... smoge slamat je kat sane.. :)

Matjoe said...

hmm, kalo L kecik, xl la camtuh. aku nyer hrc bangkok saiz L ok jer. maybe saizing beza, bro penah jmpk aku, kalo bro rasa aku muat xl, beli xl la, ok jer rm125 tu.

dzirhans said...

XL besar sgtlah bro..

L pulak mcm kecik sket..

tapi tgklah nanti jugak nanti kalau ada space lagi..dah penuh dgn barang2 shopping..

Matjoe said...

kalau gitu L then. selai je bro, kene selit bagi muat. Haha. finish my first run event at malakoff ahad lepas. can wait to join MPIB bulan 1 ni