Wednesday, December 26, 2012

Jalan Jalan Paris - Part 1

Semalam blog ni dah kena "hack", kalau ada sesiapa yang cuba masuk, mereka akan dapat mesej "blog has been removed".

Bak kata RUCHAN dan beberapa e-mail lain yang telah dihantar, memang dah dekat 3 minggu ni sebenarnya tiada entry berkenaan dengan hartanah. Memang tiada apa yang hendak dikemaskini memandangkan penulis masih lagi berada nun jauh di perantauan.

Hari ni aku tiba di Paris sebelum pulang ke negara terchenta minggu depan. Penerbangan Air France dari Budapest selama 2 jam dan 20 minit hari ini telah tertangguh sejam dan aku jadi lewat tiba di CDG France, iaitu kira-kira jam 7 malam. Dari CDG kami tidak mengambil teksi (~EURO 60), sebaliknya kami menaiki train RER ke kota Paris (EURO 9.80 seorang), kalau dikirakan dah jimat RM170 tu. Aku hanya ada 5 hari sahaja untuk berjalan di Paris dan harapnya boleh cover semua tempat-tempat yang menarik di kota ini.

Selalunya aku akan check weather forecast dulu sebelum berjalan ni dan memang tak berapa best bila dapat tahu 2 hari pertama tu adalah mendung dan hujan. Nampaknya memang kena plan betul-betul dan 2 hari pertama dengan cuaca sebegitu seharusnya diisi dulu dengan aktiviti shopping dan lawatan ke muzium.

Selepas check-in di hotel, kami terus menuju stesyen berdekatan Eiffel Tower iaitu Bir Hakim untuk mengambil foto Eiffel Tower pada waktu malam. Sesiapa yang dah biasa pergi ke Paris, kebiasaanya mereka memang akan buat benda yang sama iaitu akan mengambil foto pada waktu siang dan juga waktu malam.