Friday, December 21, 2012

Pretty Vienna, Austria dan Kerinduan Yang Melampau

Memang bila tiba weekend je, aku akan merancang mana nak pergi atau ke destinasi seterusnya. Dan minggu ini kami telah plan untuk ke Vienna, Austria. Walaupun kota ini dikatakan tidaklah secantik dan sesempurna Prague, tapi aku rasa Vienna ada tarikan tersendiri dan lagi menarik daripada Paris (jangan ambik kira faktor Eiffel Tower & shopping) yang banyak digembar-gemburkan dan kotor itu.

Bila nampak gambar budak-budak kat foto ini, tetiba rasa kerinduan yang amat pula terhadap anak-anak di rumah. Apa khabarkah mereka? walaupun hari-hari aku telefon, tapi tak akan sama kalau melihatnya di depan mata. Memang tiada plan untuk membawa mereka bersama kali ini disebabkan cuaca yang tersangat sejuk dan sesungguhnya memang tidak sesuai untuk mereka.

 
Terjumpa benda ini masa dalam perjalanan menaiki tram. Terminator kot.
 
 
Dan tidak sah kalau tidak menonton concert beethoven/mozart semasa di Vienna.
 
 
Mercu tanda popular Vienna @Stephenplatz
 
 
Tasik pun beku disebabkan kesejukkan yang melampau