Wednesday, December 5, 2012

Tuntutan Kerja Ke Eropah & LEND A HELPING HAND 2012

Kalau ikutkan hati kecil aku ni, memang aku nak join seminar yang RN organize minggu ini - "LEND A HELPING HAND 2012". Tapi apakan daya, dah tertulis aku terpaksa ke luar negara di atas nama tugas hakiki sehingga akhir bulan ini. Mana tahu aku boleh jumpa pelabur-pelabur hartanah di luar sana dan sama-sama bertukar buah fikiran. Dan melalui networking ini akan membutirkan sebuah projek yang bagus!

**Buat organizer, aku doakan seminar ini menjadi sesuatu yang terbaik yang pernah anda dikendalikan**

Selama 3 minggu ini juga, mungkin tiada entry hartanah dalam blog ini selain gambar-gambar salji yang banyak menyelubungi sebahagian besar tanah eropah pada musim sejuk ini. Antara bandar yang bakal dikunjungi adalah PARIS, kata orang, bandar ini bandar romantik, mungkin sesuailah juga sebab trip kali ini merupakan trip honeymoon berdua-duaan sahaja. Anak-anak ditinggalkan di kampung.




Banyak preparation berkaitan hartanah yang perlu aku buat sebelum terbang ni, sebab ada beberapa rumah sekarang yang masih dalam proses jualan (banyak stagenya), ada yang tengah dalam proses belian dan sebagainya. Aku memang tiada runner, jadi 100% memang berharap kepada kawan ataupun e-mail, kalau ada isu-sisu berbangkit yang berkaitan dgn hartanah ni.

Ke Eropah ini memang 100% atas tuntutan kerja bukannya berjalan-jalan, melepak-lepak menghadiri kursus, berseminar atau menghadiri training. Sebaliknya aku yang kena conduct training dan berdikusi tentang isu kerja. Kalau training pasal flipping, bolehlah juga aku goreng sampai hangit, tapi ini lain...sesuatu yang memang mencabar akal dan minda.


3 comments:

salfhi said...

bro dlm line IT ke?

dzirhans said...

Sebagaimana lagu umbrella - ramalan anda *** belaka!

salfhi said...

hahaha