Wednesday, January 30, 2013

TT Session – Pertama & Terakhir

Dah seminggu lebih aku tak menjenguk blog ini. Nampaknya semangat kenadotan aku semakin parah, sudah sampai ke tahap yang paling lemau.

Cerita kali ini berkisar tentang sesi TT. Berapa kalikah anda join sesi TT?

Sejak penglibatan aku secara serius dalam dunia hartanah ini, hanya sekali aku join TT. Tapi ini bukan sebarang sesi TT, sesinya memang sangat berharga, di sinilah aku berjumpa “king of the flipper”, dia memang legend, seorang oppurtunis dan pembakar semangat kami (anak-anak melayu) agar maju kehadapan setaraf dengan bangsa-bangsa lain. Definitely bukan jenis yang suka duduk diam, mengharap bantuan kerajaan, lepas tu komplen harga rumah naik sebab ramai pelabur beli rumah sama ada untuk jual ataupun sewa.

Tak guna sebenarnya kalau ada sesi TTnya banyak kali tapi end up tiada progress. Sekadar mendengar cerita rakan-rakan, meningkatkan motivasi tapi langsung tiada tindakan susulan. Ramai yang jadikan LTV 70% sebagai alasan, tapi mereka yang kreatif menjadikan sekatan LTV ini sebagai peluang.  

Pada sesi inilah aku kenal Setia Alam – SYURGA bagi pelabur hartanah seperti aku ini. Pada masa itu Putra Heights dah kehabisan tanah untuk dibangunkan dan aku pula kehabisan idea untuk membeli rumah seterusnya. Target masa itu adalah Bandar Kinrara. Tapi selepas lawatan tapak pada sesi TT itu, aku tidak menoleh kebelakang lagi, beli dan beli lagi rumah di Setia Alam. Diam tak diam dah 5 biji aku beli kat sana.

Ramai yang minta aku buat sesi TT. Bukan tidak berminat, tapi aku sendiri masih tidak yakin untuk menjadi mentor, macam mana aku nak lead sesi TT ini kepada orang lain?
 
 

Tuesday, January 22, 2013

Indikator Jelas Dalam Pembelian Rumah

Diceritakan oleh seorang sahabat dan pada ketika itu memang menjadi bahan jenaka kitaorang. Katanya kalau pergi satu-satu projek launching tu, bawalah buku cheque sebagai persediaan. Kalau agak-agak dan tengok ramai orang nak beli tu, bolehlah masuk queue sekali. Kalau SOLD OUT lagilah bagus. Tetapi kalau sambutannya hambar boleh simpan balik cheque itu, tunggu dulu.

Bila difikir-fikir balik ada logiknya juga indicator ini. Kalau ikut teori demand > supply, mungkin ada kebenarannya. 5 rumah terakhir yang aku beli semuanya SOLD OUT dalam sekelip mata. Tak sempat nak menjenguk unsold unit pada hari kedua. Termasuklah Seri Jati yang aku beli tahun lepas pada harga RM159k.

Kita tunggu lihat prestasi kumpulan apartmen Seri-Seri ini bila VP nanti (Jati/Baiduri/Intan/Kasturi). Akasia (walk up apt dan tiada apt facilities) pun sekarang dah berharga RM200k. Kalau ikutkan sekarang orang dah mula jual Seri Jati pada harga RM250k. Petanda baik sebenarnya ni biarpun kita tak tau the real transacted price.

Kenapa pentingnya SOLD OUT ni?
a)      Developer akan cepat jual rumah pada fasa seterusnya. Harga? Anda boleh agak sendiri.

b)      Market value akan setara dengan next launch.

c)       Petanda yang baik kerana ramai berminat pada rumah yang kita beli tu.

d)      Masih ada demand untuk orang-orang yang kecewa tak dapat beli masa launching day.
 
 
 

Thursday, January 10, 2013

New Condo (1200 sqt) - TAMARA By The Lake

Hari ini pagi-pagi sempat berjalan-jalan melihat tapak kondo baru, TAMARA di Presint 8, Putrajaya bersebelahan dengan Promenade Presint 8 kalau tak silap. Lokasinya memang mantap, especially kalau dapat unit yang menghadap tasik, bolehlah duduk depan balkoni rilek-rilek pada tahun baru, melihat bunga api memancar-mancar di Putrajaya.




Saiznya agak besar juga iaitu 1200 sqt. Agak-agak kalau buat luxury homestay OK kot? Buat pakej dengan AGODA, buat networking dengan travel agent oversea dan sediakan juga kereta sewa dari airport.

Dikhabarkan harganya masih dalam lingkungan 400++ psf. Kita tunggu apa pakej yang ditawarkan oleh developer. Kalau ada DIBS, boleh lawan kondo DWIPUTRA tu.






Thursday, January 3, 2013

Seri Jati / Baiduri - Progress week 1/1

Terima kasih kepada Kak Salina sebab e-mail saya foto ini. Saya tahu memang ramai pembaca blog ini juga merupakan pembeli Seri Jati/ Baiduri. Rasanya ini mungkin gambar terbaru Seri Jati. Kalau tengoknya progressnya, boleh tahan cepat juga dia buat.




Ada yang dah e-mail saya, minta pendapat lagi tentang apartmen ni. Sabar dulu kot. Masih awal lagi nak komen apa-apa pun. Lagipun dah banyak pendapat penulis dalam entry sebelum ini rasanya.

Kalau nak study, cuba tengok progress dan pergerakkan harga apartmen berdekatan iaitu AKASIA 825sqt. Dulu jual 100k-110k sahaja. Walaupun takdelah sama sangat sebab dia walk-up apartment, lokasi depan sedikit dan takde facilities macam Seri Jati. Tapi harganya sekarang average 200k, kalau tingkat 1, rata-rata seller minta 250k. Dalam masa 2 tahun ++, mungkin akan naik lagi.