Wednesday, January 30, 2013

TT Session – Pertama & Terakhir

Dah seminggu lebih aku tak menjenguk blog ini. Nampaknya semangat kenadotan aku semakin parah, sudah sampai ke tahap yang paling lemau.

Cerita kali ini berkisar tentang sesi TT. Berapa kalikah anda join sesi TT?

Sejak penglibatan aku secara serius dalam dunia hartanah ini, hanya sekali aku join TT. Tapi ini bukan sebarang sesi TT, sesinya memang sangat berharga, di sinilah aku berjumpa “king of the flipper”, dia memang legend, seorang oppurtunis dan pembakar semangat kami (anak-anak melayu) agar maju kehadapan setaraf dengan bangsa-bangsa lain. Definitely bukan jenis yang suka duduk diam, mengharap bantuan kerajaan, lepas tu komplen harga rumah naik sebab ramai pelabur beli rumah sama ada untuk jual ataupun sewa.

Tak guna sebenarnya kalau ada sesi TTnya banyak kali tapi end up tiada progress. Sekadar mendengar cerita rakan-rakan, meningkatkan motivasi tapi langsung tiada tindakan susulan. Ramai yang jadikan LTV 70% sebagai alasan, tapi mereka yang kreatif menjadikan sekatan LTV ini sebagai peluang.  

Pada sesi inilah aku kenal Setia Alam – SYURGA bagi pelabur hartanah seperti aku ini. Pada masa itu Putra Heights dah kehabisan tanah untuk dibangunkan dan aku pula kehabisan idea untuk membeli rumah seterusnya. Target masa itu adalah Bandar Kinrara. Tapi selepas lawatan tapak pada sesi TT itu, aku tidak menoleh kebelakang lagi, beli dan beli lagi rumah di Setia Alam. Diam tak diam dah 5 biji aku beli kat sana.

Ramai yang minta aku buat sesi TT. Bukan tidak berminat, tapi aku sendiri masih tidak yakin untuk menjadi mentor, macam mana aku nak lead sesi TT ini kepada orang lain?
 
 

7 comments:

Halif Mohamad said...

Bro dah lyk jd mentor. percaya pd diri. ramai yg nak ikut jejak langkah bro

Fendi said...

Betul kata bro Halif. Aku sendiri, balik Msia hujung tahun ni, memang niat nak jumpa bro Dzirhan. Nak jadikan mentor, boleh? Kalau ada TT, confirm nak join... :)

dzirhans said...

Masa kami buat TT, "legend" itu berumur 48 tahun.

It's all about your portfolio, kalau ada mixed-development, suksess jual 20 buah rumah, mungkin aku boleh start menulis e book.

khairul fauzee said...

Buat laa TT tuan. Setidak-tidaknya tuan dpt membuka ruang dan peluang untuk org lain..

VIRTUALMETAL said...

Jangan kan TT, kalau bro buat seminar pun saya turun.

mohd fairuz ahmad said...

kalo ade TT saye mesti mau join...

haniff's11 said...

Betul tu.. saya pun tunggu bro buat seminar