Sunday, February 3, 2013

Harga Sawit Jatuh Merudum

Cuti 3 hari lepas sempat pula aku pulang ke kampung. Kampung yang penuh dengan pengusaha kecil ladang kelapa sawit. Jangan tak tahu ada seorang peneroka tu sudah mencapai taraf hartawan melebihi pendapatan diamond leader MLM PB iaitu > 250k sebulan. Tak silap aku, dia pernah menang sebagai peneroka kelapa sawit terbaik Malaysia 2-3 tahun lepas.


Orang kampung mulai mengeluh. Harga yang setinggi RM700 setan sekarang merundum ke angka RM320 setan sahaja (purata harga Januari 2013). Kalau secara puratanya, peneroka yang selalu dapat 20 tan @14k per month now tinggal RM6.4k sahaja. Gaji pekerja, baja, racun dan kos-kos lain tak turun pula mengikut harga semasa kelapa sawit.

Kenapa aku bercerita tentang kelapa sawit pulak ni? Apa kaitannya?

Pada zaman kegemilangan aku bermain property, I tried to diversify my portfolio kepada pembelian tanah. Aku beli tanah 10 ekar kelapa sawit berharga RM160k pada tahun 2009. Transaksi adalah tunai sebab permintaan adalah melebihi penawaran, lagipun kebun ni kat tepi jalan, so memang menjadi aim orang ramai. Mungkin dah jadi rezeki aku masa tu, sebab penjual tu nak cash deal, nak cepat sebab dia nak beli tanah lain kat utara katanya.

Aku cari juga duit yang pada aku melampau banyaknya dan kutip mana-mana simpanan yang ada. OD personal dah tak boleh buat masa tu so aku tiada pilihan lain. Memang hampir habis semua simpanan cash reserve aku masa tu, sebab nak beli tanah ini.


Alhamdulillah dah 3 tahun tanah tu mengeluarkan hasil dan kini sang hartawan tu nak beli tanah aku at minimum 300k. Not bad profit at all @RM140k dalam masa 3 tahun. Tapi mana mungkin aku nak jual kalau ia memberikan aku pendapatan bulanan yang bagus setiap bulan. Mungkin boleh juga buat education fund anak-anak yang ingin belajar nanti.
 
Namun sekarang ni agak sakitlah juga sebab harga pun tak berapa menggalakkan, but still ada lebih sikit2 juga lepas tolak upah, pruning, racun dan baja.

12 comments:

nexel said...

300k 10 ekar waaaahhh still murah tu. b

nizam said...

convert kpd kediaman dan pecah lot lepas tu jual RM10psf boleh dapat RM430k utk 1 ekar... jika 10 ekar dpt RM4.3 juta..

rohaniah noor said...

hm.. teruk juga tu. banyak juga jatuhnya

rohaniah noor said...

hm.. teruk juga tu. banyak juga jatuhnya

rohaniah noor said...
This comment has been removed by the author.
khairul fauzee said...

patut lah mertua di kampung mood kuranggg....

dzirhans said...

Murah sbb leasehold n rezab melayu

dzirhans said...

InSyaAllah..Amin..gigil dgr duit juta2 ni

dzirhans said...

Sukar nak terima tapi itulah hakikatnya...keuntungan berdasarkan harga pasaran

dzirhans said...

Yup..mmg betul.. Nak pula time election ni

Ameer Iftikharuddin said...

Ada pasang, adu jugak surutnya. Sebab tu perlu beringat. Buat simpanan awal.

Halif Mohamad said...

Itula. setuju dgn pendpt kat atas. Biasanya developer bina rumah atas tanah pertanian yg dah mantap dan kukuh dr segi strukturnya