Tuesday, February 19, 2013

Pinjaman Perumahan Kerajaan (PPK) - Siri 1

Refer di sini untuk SIRI 2.

Disclaimer - baca cerita ini ini dengan fikiran yang terbuka dan positif. Sebab apa yang nak aku ceritakan ini sebenarnya agak drastik dan aku memang terima 100% (no heart feeling) kalau korang komen aku tidak berfikir panjang dengan caraku ini.


Kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri membeli rumah under construction dengan pinjaman perumahan kerajaan. Aku memang menjadi bahan jenaka dan bahan cerita rakan-rakan (memang redha pun) yang tahu cara gila aku ini, kata mereka "jarang aku dengar ada orang guna pinjaman perumahan kerajaan tapi tak pasti nak duduk atau tidak rumah yang dibeli itu". Biaq pi-lah apa orang nak kata sebab aku rasa aku kreatif bertempat menggunakan cara ini.


a) Kenapa nak guna Pinjaman Perumahan Kerajaan?

Situasi semasa yang memaksa aku jadi begitu - dalam pelaburan hartanah ada ketikanya keadaan seperti "bola tanggung". Keadaan dimana 100% anda boleh smash dan untung > RM100k. Keadaan ini biasanya berlaku dalam projek township, hanya orang yang biasa membeli under construction sahaja biasanya dapat mengesan indicator ini. Kunci utamanya pelabur kena oppurtunis, berilmu dan mempunyai informasi yang tepat pada masa yang betul.

Keadaan masa tu:

Harga jualan semasa rumah (real transacted "OK" dan bukannya harga iklan iproperty or mudah.my) untuk fasa sebelum ini adalah lebih mahal > RM50k daripada fasa baru. Inilah bola tanggung yang aku maksudkan.

Sebab-sebab lain:

a) Kelayakkan pinjaman tidak memungkinkan aku membeli rumah untuk own stay menggunakan PPK.
b) Aku mungkin akan duduk di rumah ini. Siapa tahu?
c) Seorang kawan telah membeli rumah own stay (100% bukan pelabur) menggunakan PPK, tapi tak puas hati sbb rumah kecil dan jual 6 bulan sebelum rumah VP. Sama kesnya dengan aku kan? No? Dia dapat untung kasar 120k
d) Seorang lagi kawan telah menjual rumah PPK beliau selepasnya menyewakannya selama 2 tahun. Investment juga kan?
e) Seorang sahabat telah membeli rumah menggunakan PPK untuk sewa. Pelaburan jugak kan?

Sebenarnya sebab utama adalah - sudah cukup kuota 4 buah rumah aku suami isteri dan LTV70% akan menyebabkan aku terpaksa fork out > 100k sebagai deposit.

Kelebihan PPK ada banyak (yang aku nampaklah):

a) Tak perlu risau dgn DSR dan CCRIS sebab PPK tak check pun DSR/CCRIS kita. Loan akan masih tetap mengikut kelayakan gaji hakiki kita.
b) Loan tenure sekarang boleh tahan lama jugak (lebih daripada umur pencen)
c) Tiada lock in period - sama dengan bank lain.
d) Pada masa under construction, tiada tolakan gaji, dahlah tak masuk CCRIS, so boleh jual rumah lain dan bank tak dapat mengesan yang kita ada rumah ini.

Keburukkan

a) MRTA Full tenure - tak boleh lari.

Bersambung di SIRI 2.

10 comments:

Halif Mohamad said...

Tak tahu pun diorg xtgk ccris. patut senang lulus. cuma lmbt jerla

dzirhans said...

Kelayakkan adalah mengikut gaji hakiki.

Sebenarnya perkhidmatan PPK sekarang dah agak efisyen. Agak cepat dan pantas.

Ameer Iftikharuddin said...

Setuju dengan bro, cuma kena selalu follow up. Namun kadang-kadang bila tiimbul masalah, PPK susah nak contact. Talian hotline diorang macam hampes. Susah sangat nak tau status. Birokrasi punya hal pun masalah jugak. Tapi yang stay area putrajaya boleh terus direct dengan diorang je.

Ameer Iftikharuddin said...

Satu lagi, kelebihan bahagian d) tu yang paling best! =).

rohaniah noor said...

saya pun belum guna loan kerajaan lagi

tukangkebunmoden said...

mohon laluan...TQ tuan rumah coz invite saya as member blog ini. TQ juga kpd matjoe.

tukangkebunmoden said...

yang tak best...akan datang, PPK akan di outsource kpd bank. Maybe bank akan tengok CRIS untuk bagi kelulusan

mohd fairuz ahmad said...

tuan . nak tanye.. confirm loan ikut kelayakan yer..


contoh
-wife sy kerja gov.
-kelayakan loan rumah 160k
- tapi payslip ade potong PL 600 sebulan..

so , kelayakan pinjaman rumahnya still 160k.. atau berkurangan coz ade potongan dlam payslip (biro angkasa)

coz.. ade member ni kerja gov. die cakap.. ikut komitmen dalam payslip jugak..
mohon pencerahan yer tuan..
thanks

dzirhans said...

Masa saya tanya PPK tu dia kata kelayaksn berdasarkan gaji hakiki n ansuran bulanan x melebihi 60% gaji hakiki. Dia x mention pun psl net salary after tolak PL or Insurance.

Saya cadangkan call shj PPK bertanyakan soslan ini.

Omar Gold Realty said...

PPK ni kalo dh abes byr, boleh buat pinjaman lagi ke?