Thursday, February 21, 2013

Pinjaman Perumahan Kerajaan (PPK) - Siri 2

Sebenarnya pada masa sekarang PPK dah agak effisyen, cumanya yang aku tak berapa nak gemar adalah talian hotline-nya yang jarang berjawab. Tapi kalau dapat tu selalunya memang pegawai2nya akan sentiasa berusaha membantu kita. Tapi takdelah masalah sangat untuk aku sebab rumah pun sepelaung je daripada office PPK. Agak2 susah sangat nak telefon tu, aku drop by kejap.


Masa aku nak beli rumah tu, aku ada baca semua senarai semak pinjaman. Knowing me, for sure korang dah tau aku memang particular part2 penyediaan loan dokumen ni. Lain-lain dokumen sama kecuali dia nak juga pengesahan ketua jabatan dan beberapa dokumen lain.


Cuma aku agak suspen, untuk under construction dia nak dokumen yang membuktikan pemaju berlesen dan permit iklan yang masih berkuatkuasa. So kalau beli daripada pre-launch/ soft launch/ early bird ke apa, memang akan ada masalah sebab biasanya developer ni dah jual sebelum ada AP lagi pun. So malas nak pike masalah kemudian hari, aku cuma pilih rumah yang dah betul2 launch dan daripada developer yang benar2 tersohor (contohnya SP Setia).


Kelam kabut jugalah pada mulanya, cari2 dengan siapa aku nak mintak dokumen ni. Last2 tanya lawyer yang buat SPA, dia kata memang lawyer yang ada dokumen ini. Lega.


Proses belian adalah seperti biasa, kena ambik FULL tenure MRTA. Mahal tu! nasib baik masuk dalam loan PPK tu. Legal fees developer tu free tapi untuk legal fees loan PPK, dia guna lawyer yang sama dan aku kena byr dalam 3k cash macam tu. Rumah ini berharga ~380k dan modal yang aku keluarkan dalam 3k sahaja. Memang berbaloi. No?


Inilah yang bagusnya loan PPK ni sebab jumlah loan adalah berdasarkan gaji hakiki dan bukan 90% daripada harga rumah. Dahlah tak check DSR dan CCRIS.


Mula-mula aku takut jugak kena penalti sebab PPK lambat disburse, but surpisingly everything went smoothly. Memang tabiklah PPK ni. Daripada awal sampai rumah siap takde masalah langsung. Dahlah tak kena bayar progressive fees dan loan x appear dalam CCRIS.

Dalam pada itu masih dalam loan PPK ni, dan sementara menunggu rumah siap, sempat juga aku menjual rumah dan merempit beli satu lagi untuk dapatkan margin 90%.

:
:
:
:
:
:


Bersambung Siri 3 - Proses Jualan Rumah