Saturday, March 2, 2013

Kenalkah Siapa Bakal Buyer Anda?

Sebagaimana landlord yang cuba mengenali dan memahami tingkah laku penyewa rumah-rumah mereka, pelabur hartanah (flip) juga perlu tahu siapakah bakal pembeli rumah mereka pada masa depan. Ini merupakan salah satu faktor yang sangat penting sebelum kita commit untuk membeli satu-satu rumah pelaburan itu.

For my case, the scope is all limited selling landed double storey houses with a range of 500k - 750k. Sekadar memilih 3 faktor utama (out of 10), kebanyakkan situasi-situasinya adalah sama seperti berikut. Lain orang berbeza pengalamannya sebab ianya banyak bergantung segmen property mana yang anda masuk dan juga faktor timing dan lokasi.

a) Tak ramai genuine buyer yang membeli rumah under construction, majoritinya TIDAK!

Sebab apa ye? Tukarlah Dasar Kerajaan pun untuk memberi priority kepada 1st home buyer for own stay sebelum dibuka kepada pelabur/ orang awam. Pastinya keadaan yang sama berlaku.

- Buyer ni kalau nak beli rumah > 500k untuk own stay, dia nak tengok rumah tu siap, nak tengok KUALITInya, kalau nak rasa dan feel rumah tu besar mana, dapur dia macamana, nak tahu actual location unit dia tu. Nak tengok siapa jiran dia. Pike2 nak renovation ke tidak. Kalau banyak crack sana sini dan ada soil problem, siapa yang nak beli rumah itu pun.

- Sometimes memang ada show unit untuk bagi feel kat buyer tu, tapi buat masa ini show unit kebanyakkannya hanya dibuat kalau banyak rumah dalam projek tu yang masih tak boleh jual. Satu lagi show unit biasanya adalah kualiti terbaik yang dibuat oleh kontraktor kelas AAA. Sedang main con projek tu, company lain.

- Sekali tengok sahaja, buyer tak akan terus DEAL walaupun dia memang betul2 berkenan dengan rumah kita. Dia akan bawak segerombolan keluarga dia untuk menilai rumah yang dia beli. Yang chinese memang akan tengok faktor fengshuinya.

- Satu lagi mintak maaflah nak cakap, orang ni kalau nak beli rumah mahal, takdenya nak bukak mudah.my call kita. Mereka lebih yakin dan percaya kepada agen.

b) Masih berkenaan faktor (a) above, genuine buyer tak nak ambik risiko pada masa construction period 2 tahun

- macam mana kalau projek terbengkalai. Aku ada 2 orang kawan membeli rumah terbengkalai lebih 10 tahun. Memang TALAM betul.

- dalam masa 2 tahun ++ lagi, kita tak tahu adakah kita masih bekerja di tempat yang sama? susah sebenarnya nak cari tempat kita nak settle down sampai tua ni. faktor ini jugalah yang menyebabkan aku delay buying my own stay house.

c) Satu lagi faktor yang penting adalah faktor UPGRADERS. Most of my buyers adalah upgraders from kondo atau apartmen.

- jangan takutlah takde demand sebab malaysian mostly bila dah ada anak 2, dah besar sikit memang target nak cari landed.

- sebab itu aku tak takut nak beli rumah landed ni.

*** points to note
- sesiapa yang nak beli landed Setia Eco Hills bulan April-June ni, memanglah kena mengharungi beribu-ribu umat manusia.