Monday, April 15, 2013

Salahkah Bekerja Makan Gaji?

Ramai yang meletakkan penanda aras kebebasan kewangan sebagai salah satu objektif kehidupan, lagi muda mencapainya, dikatakan lebih berjayalah seseorang itu. Justeru ramailah yang berlumba-lumba untuk bersara awal dengan uang pelaburan hartanah ini, baik daripada rumah sewa and berflipping.

Justeru banyaklah persoalan yang ditujukan kepada aku, kenapa aku masih nak makan gaji lagi? ataupun macam ni lebih kurang bunyi soalannya. Adam Dzirhan tu tak lama lagi dah, kalau dia boring2 blah lah dia nanti daripada company ni. Aku senyum je mendengarnya.

Company aku sekarang adalah company yang ke 7. Aku pernah resign daripada 3 syarikat konglomerat terkemuka tanah air. Dalam pekerjaan ni, kadang2 kita terpaksa rela mengikut rentak orang lain walaupun kita sebenarnya terperangkap dengan rutin 8am - 5pm dan tak suka dengan pekerjaan kita tu. Itu adalah harga yang perlu kita bayar sebab we need money to survive, to pay our bills.

Aku pernah restart my career pada usia 31 tahun. Aku bazirkan dan lupakan pengalaman 7 tahun terdahulu dan mulakan dengan kerja baru. Start from zero, keluar daripada comfort zone, start balik gaji rendah dan menjadi fresh graduate semula. Pada masa stay dengan kerja lama tu, kerja sangat membosankan especially bila tiba malam Ahad, esoknya pulak nak kena kerja.

Apa yang aku dapat daripada tindakan drastik ini adalah job satisfaction walaupun sampai sekarang masih lagi pada tahap gaji eksekutif biasa (cukuplah untuk membeli 2 rumah pada satu masa). Pada masa lapang pula, secara sambilan aku menyibukkan diri dengan benda yang aku minat iaitu pelaburan hartanah.

OKlah tu, ada kerja hakiki yang kita minat dan juga buat kerja sambilan yang berbaloi. Buat masa sekarang, masih lagi happy setelah 4 tahun ++ kerja dengan company ini. Esok-esok tak tau juga..

Alhamdulillah...