Sunday, June 30, 2013

Faktor Umur

Faktor UMUR memang sangat berkait rapat dengan pelaburan hartanah ini. Suka atau tidak bila umur sudah menginjak ke usia yang lebih tua, ianya akan mengurangkan peluang kita dalam pelaburan ini.

Antara dilema yang terpaksa kita tangani:

a) Baru memasukki alam pekerjaan...

- umur 21-24 memang sesuai untuk memulakan pelaburan hartanah ni sebab boleh ambik loan ~40 tahun. MRTA pula masih murah.

- Kalau tersilap beli rumah, or terbeli di lokasi yang tak bagus, masih ada masa untuk belajar daripada kesilapan dan perbaiki lagi.

- masalah utama waktu ini adalah gaji yang masih rendah sebab tak boleh nak demand sangat (takde pengalaman). Untuk yang graduate first class bolehlah demand maksimum lebih kurang extra RM500 macam tu (company aku ada polisi ni).

- then nak kumpul duit, belanja makwe, nak kahwin, bagi orang tua, beli kereta?

- ilmu pelaburan pun tak berapa nak ada.

- tu yang aku respek, ramai anak-anak muda awal 20an dah celik mata melabur dalam hartanah ini.

b) Umur 30an...

- aku mula serius dalam pelaburan ini pada awal usia 30an.

- masa ni dah settle down, dah boleh fikir tentang FUTURE (apa kita nak buat 10 tahun akan datang).

- ilmu pun dah cukup di dada.

- kerjaya/ income pun dah stabil

- jadinya pasa umur 30-39 ini memang kita kena pulun habis-habisan. Kalau dapat 5 kitaran flipping dengan 4 rumah sekali round, boleh beli 20 buah rumah. Katalah untung minimum 50k nett (conservative figures) setiap rumah....dapatlah 1 mill CASH untuk rolling masa umur 40 an nanti..

- bank-bank biasanya bagi loan till 70 tahun sahaja kecuali beberapa bank yang boleh bagi till 75 tahun. Ada juga yang kedekut bagi till 60 tahun sahaja. MRTA masa ini averagelah premium dia.

c) Umur 40 series...

- kerjaya dah semakin mantap tetapi peluang pelaburan dah semakin kurang sebab jangkamasa loan yang semakin pendek. MRTA pula semakin mahal, terutamanya kalau kita jenis yang kolestrol tinggi.

- kalau ada cash 500k pun berapa sangatlah boleh beli rumah flipping pada masa ini.

- strategi dah kena tukar ke rental play pula...

d) Umur 50

- ada ke bank nak bagi loan?

- memang dah kena main rental sahaja...

- banyakkan ilmu ibadat..