Thursday, July 18, 2013

ELMINA - Episod Finale

Ini adalah episod terakhir kisah pembelian Elmina, daripada cerita balloting, membeli sehinggalah loan diluluskan.

a) Bank Kedua
Bank kedua ini merupakan bank yang kedua terbesar di negara kita. Walaupun bankernya agak muda tapi memang bersungguh-sungguh nak menolong. Aku memang respek cara dia bekerja. Tak kira weekend, kalau ada update, cepat2 dia bagitau kita. Telefon tak pernah tak angkat, kalau ada miss call terus call kita balik. Mungkin dia mengejar kuotanya dan juga komisyen. Bagi siapa2 yang tak tahu, banker ini kebiasaannya akan mendapat komisyen 2% daripada jumlah loan kita.

Tak perlu aku terangkan lagi, dia terus minta aku punya ASB copy with dividen for 2011 & 2012 dan juga bonus for 2010, 2011 & 2012 (termasuk EA form utk 3 tahun ini).

Nampak macam ada sinar harapan sebab dia kira bonus net 3 tahun / 36 dan dividen 2 tahun / 24. Dengan pertambahan pendapatan ini, DSR aku turun kepada 7X%. Kalau 7X% ni, memanglah mudah bank nak bagi lulus.

Tekaan aku tepat sekali, selepas 4 hari bank call kata loan aku lulus 90% tapi bersyarat. Aku kena settlekan credit card bil yang 24k tu. Hari tu juga aku settlekan bil dan fax to him the payment slip.

Hari kelima, sebagaimana jerebu yang telah pulih, banker call lagi kata loan aku dah approve.

ALHAMDULILLAH......! rezekiNYA. Mungkin boleh tambah baby sorang lagi ini untuk mencukupkan kuota beli satu rumah, lahirnya satu anak....

12 comments:

sari said...

:) kena tambah bebi tu

salfhi said...

tahniah.. haha.. mcm cite thriller.. ada unsur saspen tp hujungnya hepi ending

salfhi said...

tahniah.. haha.. mcm cite thriller.. ada unsur saspen tp hujungnya hepi ending

hafez said...

wah ilmu baru teknik lulus pinjaman perumahan. Tahniah lah Tuan.

rohaniah noor said...

wahhh!! tahniah!!!
memang kena tambah anak ni.. nanti terlebih rumah pula ;)

azizi said...

wah...happy ending rupanya...
tahniah bro....baru tau rupanya banker dapat 2%, patutla bankers bersungguh2 suruh hantar application utk rumah PJH aku tu...

khairul fauzee said...

seram...dan mendebarkan.... , tahniah tuan..

Matjoe said...

yg bongsu tu dah byk kali dah gigit kaki sendiri. haha, mabruk bro dpt umah. advance mabruk untuk baby yg latest, semalam malam jumaat kan?

AMIR.DIN said...

cerita beli rumah nie dah setaraf dengan khabir bhatia...
ha..ha tahniah.

Cikgu Ameer said...

Alhamdulillah, tahniah tuan.

Halif Mohamad said...

Tambah baby ok. jgn tambah org rumah. hehe

MySham said...

terbaik bro...congrats