Thursday, July 11, 2013

ELMINA Part 3 - Balloting Day

Aku datang juga untuk ballot unit-unit ELMINA ini walaupun aku tahu peluangnya memang amat tipis. Ada lebih kurang 3k orang yang datang register pada masa tu. Bumi potential buyer juga mungkin ada dalam lingkungan 800-1k macam tu.

Dengan unit-unit Ariza (fasa 1 - 20 x 88) yang telah habis dijual, Keanna (fasa 2 - 24 x 79) pun tinggal end/corner lot, peluang yang ada hanya untuk memilikki Regia (fasa 3 30 x 69). Dan harganya 828/858k (facing field) untuk intermediate. GULP! telan ayaq liur beberapa kali bila aku dengar harganya yang ridiculiously mahal untuk rumah double storey link ini.

Aku gagahkan juga datang dan dapat rasakan yang ini mungkin bukan harinya, nombor aku tak dipanggil. Dengan perasaan 50-50 antara nak beli ke tidak (sbb harga yang sangat mahal ini) dan nombor aku yang tidak dipanggil, aku redha  bahawa hari ini bukanlah rezeki aku untuk memilikki rumah di ELMINA ini.

Walaupun pada mulanya dah berangan-angan pada suatu hari nanti, aku nak duduk di kawasan yang hebat dan kondusif seperti ELMINA ni ...nampaknya kena kuburkan impian ini dulu buat masa ini.

Aku sempat survey those potential buyers, nampaknya mereka ini bukan calang-calang orang, memang ramai kategori makcik-makcik dan uncle2 yang datang bid. Market ELMINA bukan market biasa tetapi lebih mid above and high range. Dengan harga rumah melebihi 800k++ ini, bukanlah cup of tea untuk semua orang. Daripada gaya berpakaian dan kereta yang mereka pandu, aku dapat rasakan kalau nak masuk waiting list pun sangatlah tipis peluangnya. Aku sempat berbual dengan seorang brother ni yang bekerja di luar negara dengan gaji USD, hebat memang hebat dia ni. Dapat gaji USD dan bid rumah MYR, kiranya murah bagi dia kot...