Tuesday, July 23, 2013

Southville City - Pelancaran Savanna Executives Suites Ditangguhkan

Source from this LINK (http://klse.i3investor.com)

"Southville delay. The preview of this project has been delayed from mid 2013 to 4Q, as MSGB is awaiting approval of the new North-South Highway interchange. Phase 1, Savanna Suites, has received overwhelming response with more than 15,000 registrants as of July 2013".

Satu lagi project yang sangat dinanti-nantikankan pada tahun ini adalah Savanna Executives Suites yang bakal dibina di Southville City (SC). Ia sepatutnya dilancarkan pada bulan July/August 2013 tetapi telah ditangguhkan sehingga akhir tahun ini. Sebabnya adalah sangat jelas, yang merupakan 100% selling point untuk projek ini iaitu New Exit - Southville City @ PLUS highway yang masih belum diluluskan.

Tak kurang daripada 10 orang yang bertanyakan aku tentang projek ini. Apa yang dapat aku katakan master plannya sangat bagus. Tanah FREEHOLD. Harganya memang murah berbanding dengan harga semasa. Cuma lokasinya mungkin agak baru (untested area) dan kena tahu target market di situ. Kalau lokasinya "hot" surely harganya pun tinggi mencanak seperti PETALZ, 8 Kinrara mahupun The Fennel. Selling point adalah new PLUS interchange dan master plannya. Mah Sing juga terkenal dengan jualan rumahnya with low enty capital, berita baik untuk mereka yang tiada banyak cash untuk bayaran deposit.

Dengan 15k bakal pembeli berdaftar, nampaknya terpaksa berebut-rebut lagi, sama ada secara balloting ataupun beratur seawal subuh. Aku rasa tak kurang daripada 1.5k akan sama-sama memeriahkan pembelian service apt ini.

Dengan penangguhan pelancarannya juga, mungkin harganya akan naik lagi....