Friday, October 11, 2013

Thinking Out of The Box

Sama ada anda sedar atau tidak, banyak cara dan kaedah pelaburan yang digunakan dua tahun lepas (atau mungkin tahun lepas) sudah tidak relevan lagi pada masa ini. Fundamentalnya sama tetapi executionnya sangat berbeza. Jika anda masih lagi bermimpi dan perasan dengan ilmu penuh dalam dada sejak 2 - 3 tahun lepas, harus anda lupakan jelah.

Perlumbaan mencari rumah berdefinasi "boleh flip" sudah sampai pada tahap hampir pupus dan hanya mereka yang benar2 bertuah (yang dapat nombor ballot) atau yang benar2 "to die for OR die die must buy" (untuk kaedah 1st come 1st serve) yang akan sampai ke garisan penamat. Mungkin ramai yang celik hartanah sekarang sehinggakan semua pelabur aim pada projek yang sama.

Aku tak terkejut sangat dengan keadaan ini sebab dah tahu pelabur ber-portfolio undercon ini nak buat second round or third round keuntungan. Majoritinya dah dapat lebih 200k cash pada first round iaitu pada zaman beli apa sahaja rumah yang bagus dan anda akan dapat mininum 100k (pada tahun belian 2010 dan 2011).

Dengan kemudahan pinjaman/ kredit yang semakin ketat, satu demi satu langkah dilaksanakan sampaikan daya kreatif manusia untuk menanganinya pun sudah sampai ke tahap tepu. Refinance yang sebelum ini banyak membantu pelabur mendapatkan modal untuk menangani LTV30%, nampaknya bagaikan sampai ke penghujungnya.

Blog ini dah senyap, macam aku juga yang makin senyap dalam arus yang makin mencabar ini. Tapi bukankah sepatutnya sebegitu, pelabur senyap tapi aktif membeli rumah....hahaha...daripada sibuk mencanang cerita sana-sini tapi tahun 2013 ni takde pun beli rumah....masih berbangga lagi dengan pengalaman silam. a

Aku masih membeli tapi target selepas ini (projek sure-win pada 2014) Jangan dok PM aku pula nak tanya projek mana sebab inilah peluang terakhir aku. Kalau tak dapat yang ini...maka akan bertukarlah portfolio penulis kepada rental play dan subsale...yang mana persaingan dia masih boleh tolerate lagi...


4 comments:

faizal said...

I follow

Azmarnizam Omar said...

Tuan Dzirhans, mungkin sudah tiba masa nya beralih kepada biz property macam kedai etc. Mungkin kene buat skit anjakan paradigma tuan dari solo kepada share, terutama projek biz property ni yg kos nya agak besar. Dalam kes setia eco hill mungkin bole dapat jikalau tuan share atau apa saja cara asalkan bole dapat. Sekadar pandangan.

faz said...

Tuan, pls review bangi soho by pkns. Apparently there's a lot of noise for that project

faz said...

Tuan, pls review bangi soho by pkns. Apparently there's a lot of noise for that project