Friday, November 29, 2013

Suria Ixora, Setia Alam, Sunsuria

The ultimate success of the previous launch, Suria Raflessia was due to its affordable price. Talking about the build-up, 700 sqt for an apartment is actually quite small than average to accomodate 3 rooms and 2 baths. But the price factor, 250k for an apartment nowadays is almost extinct in Klang Valley except for those tiny shoe boxes concept called SOHO, SOFO, SOXO, SOVO, SOLO, SOGO and POYO.

The next launch Suria Ixora is expected to happen on the 11 Jan 2014.

DETAILS

FREEHOLD

a) Price for Bumi = 245k
b) Size = 700sf
c) Size of Development = 11.38 acres
d) Total Unit = 460
e) Two Blocks - TOWER A (12 levels) TOWER B (13 levels)
f) Maintenance Fees = RM175

g) Car Park = 2
h) Quota (Bumi 70% Non Bumi 30%)




Wednesday, November 27, 2013

Tiada Rahsia Loan Lulus 90%

Pinjaman lulus dengan margin 90% untuk rumah ke X saya (lebih daripada 2). Saya memang dah sediakan awal-awal deposit lebih kurang ~70k iaitu sebanyak 30% deposit disebabkan masalah LTV.

Agak mengejutkan, tapi tiada yang mustahil bila mana mengetahui loan saya telah lulus 90%. Jangan tanya atau PM-PM saya di FB bagaimanakah caranya? Adakah rumah saya sebelum ini telah dijual dan pastinya bukan ini sebabnya, kerana jawapan saya (Salfhi - sila baca) adalah "setiap system ada "bug" dan saya beruntung sebab system "bug" ini.

Tidak mahu terlalu gembira, cuma menunggu duit disbursement pertama untuk memastikan memang tiada masalah saya mendapat 90% ini. Takut-takut juga kalau ada bug-fixes dan saya terpaksa mengeluarkan 70% itu juga mengikut progress billing.

Oh dah jimat ~47k dan saya boleh berkira-kira untuk membeli rumah seterusnya.

Tuesday, November 26, 2013

Orang Sebelah Jual Lagi Murah?

Mood menulis datang lagi minggu ini. Mungkin disebabkan ada pembaca yang setia seperti Salfhi -bila diprivatekan blog, buka balik blog, takde update pun dia tetap ada. Wajib TT di Segamat ni nampaknya.

Isu kali ini berkisar dengan kenapa orang sebelah, depan belakang kita jual rumah lagi murah daripada kita selepas VP?



Perkara pertama yang perlu kita check adalah HARGA BELI. Selalu saya memang simpan semua harga beli bagi unit-unit yang sama dengan kita. Developer sekarang kreatif, rumah depan padang mahal, berdepan simpang dan mengadap barat murah, mengadap selatan mahal, tepi HTC kabel murah. Cuba tengok contoh harga di atas yang saya dapat daripada developer seminggu sebelum launch. Setiap baris harga lain, kalau ikutkan intermediate range dia daripada 580k sehingga 620k (40k tu beza dia).

Al-kisahnya satu hari agent tanya berapa kita nak jual, kita pun buka harga. Dia komplen kata rumah hujung jual murah 40k daripada kita. Kalau kita tiada info harga-harga ini, besar kemungkinan kita pun terikut dengan pujukkan agent tu. Tapi saya tak bolehlah nak dikelentongnya, sebab rumah saya ada back yard 15 kaki takde rumah orang, rumah hujung 5 kaki jer dan ada rumah orang. Justifylah 40k tu.

Memang semuanya bergantung willing seller willing buyer, desperate seller memang akan jual murah. But the point I was trying to explain here jangan kita terikut-ikut turunkan harga disebabkan perkara-perkara yang boleh dielakkan seperti di atas.

Monday, November 25, 2013

Keputusan Pinjaman Kecil

Janganlah atau tidak perlu "PM-PM" saya lagi di FB untuk mengetahui apakah pakej pinjaman perumahan yang telah diluluskan untuk Suria Raflessia sebab semuanya saya akan kongsikan di sini.

a) Islamic Loan

a) Margin Pinjaman : 90% + MRTA 5 Years + Loan Legal Fees

b) Kadar Faedah : BLR - 2.2 (Saya tahu bank yg saya tak berapa gemar itu boleh dapat BLR - 2.3)

c) Tempoh : Sehingga umur 70 tahun

d) Exit Penalty/ Lock-in Period : Tiada


Friday, November 22, 2013

Pinjaman Kecil dan Pinjaman Besar

Rakan-rakan FB rasanya mengetahui yang saya telah membeli rumah apartmen Suria Raflessia, Setia Alam yang merupakan pembelian terakhir saya untuk tahun ini. Tahun 2013 ini merupakan tahun yang sukar lagi mencabar dan saya bersyukur sangat-sangat kerana dapat juga melengkapkan kuota belian paling minimum, iaitu dua buah rumah dalam setahun.

Alhamdulillah pinjaman Suria Raflessia saya telah diluluskan. Tiada benda yang menarik untuk dikongsikan semasa proses mencari loan ini. Saya cuma memohon daripada satu bank sahaja, bukan kerana terlalu yakin tetapi dua lagi bank yang menjadi panel untuk projek ini tidak berapa saya gemari.

Agak terkilan juga dengan layanan pihak bank. Saya andaikan pinjaman untuk rumah ini (di bawah 200k) sebagai pinjaman kecil. Secara kasarnya, banker akan dapat 2% komisyen daripada jumlah pinjaman. Mungkin jumlahnya hanya dicelah gigi mereka tetapi tak bolehlah melayan bakal peminjam secara sambil lewa sahaja.

Satu lagi saya memang tak berapa apply loan pada akhir tahun ni. Kebanyakkan banker dah cukup kuota dan ready nak bercuti sahaja.

Kisah Bank 2 dan Bank 2

Bank 1 - saya memang telah sediakan 2 set dokumen lengkap untuk pinjaman. Kalau bank 1 sangkut, mungkin bank kedua boleh lepas. Saya telefon banker untuk serahan dokumen malangnya disuruhnya e-mail sahaja. Dinyatakan kepadanya juga yang saya dah fotostat semua dokumen-dokumen itu, dimintanya pula untuk scan. E-mail pun tak bagi, kita pula yang kena sms minta e-mail dia. Enough is enough...saya terpaksa abaikan sahaja bank ini. Takkan perigi nak cari timba pula.

Bank 2 - tiada pilihan lain, saya terpaksa menggunakan taktik yang biasa saya buat...saya call 100% dalam Bahasa Inggeris, kalau ada slang US lagi bagus. Saya cari bank yang berdekatan dengan pejabat Sunsuria dan hantar borang permohonan pinjaman. Dokumen telah lengkap, cuma saya tidak sertakan offer letter pinjaman-pinjaman perumahan saya sebelum ini. Bila kita call baru nak kata dokumen tak lengkap. Seminggu lepas tu senyap, bila kita call katanya dah dua hari pinjaman diluluskan. Bara je rasanya.

Berbeza dengan pinjaman besar saya sebelum ini, seminit lepas dapat kelulusan banker terus call. Sebelum diluluskan pula itu, setiap 2 hari call bagi update terkini. Free gift pun banyak.

Entahlah kenapa ada double standard macam ni.